Sunday, August 20, 2017

Harga syiling peringatan set 2 dalam 1 Malaysia

Artikel ini adalah mengenai Harga pasaran Duit Syiling peringatan set 2 dalam 1 (set of 2) Malaysia yang dikeluarkan sejak tahun 1976 sehingga yang terkini. Jadual harga ini dibahagikan kepada tiga bahagian; fasa awal (1969-1992), era penswastaan (1999-2007) dan juga selepas penswastaan (2007-terkini).

Kami bukan pembeli atau penjual, harga pasaran yang dikongsikan ini adalah panduan kepada collector duit lama sahaja, segalanya terpulang kepada budi bicara penjual dan pembeli serta penawaran dan permintaan pasaran pada masa kini. Harga pasaran ini ditinjau di sekitar Lembah Klang dan harga pasaran di tempat lain kemungkinan besar berbeza.

PERHATIAN: Jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link asal artikel http://www.malaysiancoin.com. Kami benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog malaysiancoin.com.

set 2 dalam 1

PERHATIAN: Untuk butiran lanjut mengenai duit syiling, sila klik pada tajuk syiling tersebut.

Syiling Peringatan 1969-1992:
TahunSyilingUNCBUProof
1976Pemuliharaan Hidupan Liar 1976--2300
1986 Ulangtahun ke-35 Persidangan PATA --450
1989Sukan SEA Ke-15 (Sea Games)--400
1989Mesyuarat Ketua-ketua kerajaan Komanwel--400
*UNC=Uncirculated; BU=Brilliant Uncirculated;
**Harga dalam Ringgit Malaysia


Syiling Peringatan semasa Era Penswastaan Kilang Wang, hanya ada 3 syarikat yang sempat mengeluarkan syiling peringatan Malaysia; Boustead Mint Sdn Bhd, Mariwasa Kraftangan dan The Royal Mint of Malaysia. Anda boleh membaca mengenai penswastaan Kilang Wang BNM didalam artikel kami sebelum ini; Sejarah penswastaan Kilang Wang BNM.

Syiling Peringatan semasa era Penswastaan Kilang Wang BNM 1999-2007:
TahunSyilingUNCBUProof
2000Bandaraya Shah Alam--2100
2001Sukan SEA ke-21 (Sea Games)--3500
200210th Men's Hockey World Cup--5000
200245 tahun merdeka 1957-2002--1800
2003Non-Aligned Movement (NAM)--1600
2003Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA)--3000
2003Persidangan Ketua Negara Islam ke-10 (OIC)--1400
2004100 tahun Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj--3200
200530th annual Meeting of IDB--600
2005Sidang Kemuncak Asean ke 11--4000
2006Songket Seni Warisan Agung--5500
200650 Years of FELDA--1100
200650 Years of Universiti Teknologi Mara--2000
2006Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK 9)--3500
2007200 tahun sambutan penubuhan Pasukan Polis--2100
2007Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIII--2500
200750 tahun merdeka 1957-2007--1100
*UNC=Uncirculated; BU=Brilliant Uncirculated;
**Harga dalam Ringgit Malaysia


BNM telah mengambil alih aktiviti Kilang Wang pada bulan Februari 2008 dan operasi penempaan duit syiling telah dimulakan pada bulan Mac 2008.

Syiling Peringatan Selepas 2007-terkini:
TahunSyilingUncB.UncProof
200850 tahun Tentera Udara Diraja Malaysia--1300
2008100 tahun St. John Ambulans--1200
2009Ulangtahun ke-50 Bank Negara Malaysia--600
2009International Year of Astronomy 2009--1200
200975 tahun-Jubli Intan TLDM--1500
2009Ulangtahun ke-50 Parlimen Malaysia--1500
2010125 tahun Keretapi Tanah Melayu--1000
201050 tahun Bunga Raya-Bunga Kebangsaan--1000
2010125 tahun JUPEM--1200
201150 tahun ulangtahun WWF--1200
2012100 tahun Pandu Puteri Sedunia--700
2012Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV--850
201350 tahun Muzium Negara--500
2013Hari Malaysia ke-50 tahun--500
201380 Tahun ATM-Angkatan Tentera Malaysia--600
201440 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China--900
201475 Tahun Taman Negara--400
2015Persidangan ASEAN 2015--350
201550 Tahun Masjid Negara--350
2016Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia--300
201650 Tahun Yayasan Sabah--300
2016Ulang tahun RTM ke-70 tahun--300
2016100 tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia--300
201650 tahun FELCRA--300
2017100 tahun Industri Kelapa Sawit--350
*UNC=Uncirculated; BU=Brilliant Uncirculated;
**Harga dalam Ringgit Malaysia


Jangan lupa untuk ShareLike atau tweet artikel ini.

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.

PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ