Tuesday, October 15, 2013

Syiling 100 Tahun St.John Ambulans Malaysia

Pada 24 Jun 2008, Duit syiling peringatan bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-100 penubuhan St.John Ambulans Malaysia (SJAM) telah dilancarkan oleh YB Dato' Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan di Kementerian Kesihatan, Kuala Lumpur. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis Duit syiling peringatan; RM100 emas pruf, RM10 perak pruf dan juga RM1 Emas Nordic. Ianya mula dijual pada 24 Jun 2008 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Ambulans

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan gambar dua sukarelawan SJAM sedang membawa pesakit ke dalam ambulans. Perkataan St.John Ambulans Malaysia tertera pada bahagian sisi atas duit syiling, manakala cogan kata rasmi SJAM, iaitu Perkhidmatan Bagi Manusia, dipaparkan pada bahagian sisi bawah duit syiling tersebut.

St.John Ambulans

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi SJAM pada bahagian tengah duit syiling. "St.John's Wort", sejenis tumbuhan herba berbunga kuning yang digunakan untuk merawat luka, lecur, gigitan serangga dan penyakit malaria dipaparkan mengelilingi bahagian bawah lambang rasmi SJAM. Perkataan Ulang Tahun Ke-100 dipaparkan pada bahagian atas sisi duit syiling menandakan tempoh 100 tahun penubuhan SJAM manakala perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang, tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling. Nilai muka duit syiling tertera di bawah pada bahagian tengah duit syiling tersebut.

Syiling peringatan RM1 Nordic Emas 100 Tahun St.John Ambulans
1 Ringgit Emas

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 8.8g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM8
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Syiling peringatan RM10 Perak Peruf 100 Tahun St.John Ambulans
100 Tahun St.John Ambulans

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.7 mm
Tempaan: 350 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM138
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Syiling peringatan RM100 Emas Peruf 100 Tahun St.John Ambulans
100 tahun st. john

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 100 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1248
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 200 set.
Harga Jualan: RM188
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 150 set.
Harga Jualan: RM1,438
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.