Rabu, 18 Mei 2016

Syiling Peringatan 50 tahun Yayasan Sabah

Pada 9 Mei 2016, Bank Negara Malaysia melancarkan Duit Syiling Peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Yayasan Sabah ke-50. Syiling Perak berwarna dan juga emas nordic itu dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Auditorium Tun Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu.

Yayasan Sabah

Bahagian hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan imej dan persekitaran Menara Tun Mustapha, yang juga dikenali sebagai Menara Yayasan Sabah, serta perkataan “Ulang Tahun Ke-50” dan tahun “1966 - 2016” sebagai menandakan ulang tahun ke-50. Perkataan “YAYASAN SABAH” pula dipaparkan pada bahagian atas duit syiling.

logo Yayasan Sabah

Bahagian Belakang Duit Syiling memaparkan perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling ini. Logo rasmi Yayasan Sabah dipaparkan di tengah-tengah duit syiling peringatan ini.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

peruf

Duit Peringatan 50 tahun Yayasan Sabah Perak Berwarna (peruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM212. (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


1 Ringgit Nordic

Duit Peringatan 50 tahun Yayasan Sabah Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Peruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan BNM: RM265 (termasuk 6% GST)
Harga pasaran: (Rujuk: Senarai harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Yayasan Sabah ke-50 ini mula dijual pada 16 Mei 2016, di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG), Pejabat-pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu.

Rekabentuk duit syiling ini adalah hasil daripada Pertandingan Merekabentuk duit syiling peringatan Yayasan Sabah yang dibuka oleh BNM kepada institusi pengajian tinggi di negara ini. Ianya dimenangi oleh:
1st Place : En. Muhammad Fikri bin Abd Aziz, Universiti Sultan Zainal Abidin
2nd Place : En. Amer Ikmal Hisham bin Zulkarnain, Universiti Teknologi MARA
3rd Place : En. Muhamad Farizuan bin Rosli, Universiti Teknologi MARA

Tidak dinyatakan oleh BNM, sama ada rekabentuk pemenang pertama digunakan untuk syiling ini.


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.