Thursday, October 17, 2013

Duit peringatan 50 tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pada 9 November 2006, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena sambutan jubli emas Universiti Teknologi MARA (UiTM); RM100 Emas Pruf, RM10 Perak Pruf dan RM1 Emas Nordic. Pengeluaran duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) ini adalah sebagai menghargai peranan dan sumbangan penting UiTM melahirkan siswazah dalam bidang perniagaan, dan sains dan teknologi. Sepanjang 50 tahun yang lalu, siswazah UiTM telah menyumbang ke arah pembangunan pelbagai industri dalam ekonomi Malaysia yang pesat membangun.

50 tahun Universiti Teknologi Mara

Reka bentuk bahagian belakang memaparkan logo rasmi sambutan jubli emas UiTM dengan perkataan "JUBLI EMAS UiTM 2006" di bahagian atas. Tujuh biji manik di sisi kanan dan kiri pula menggambarkan 14 kampus cawangan UiTM di seluruh Malaysia. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan nilai muka duit syiling dipaparkan di bahagian bawah duit syiling.

Jubli Emas ITM

Reka bentuk bahagian depan duit syiling ini memaparkan lambang rasmi UiTM sebagai motif utama di bahagian tengah. Perkataan “Universiti Teknologi Mara” diukir dalam tulisan rumi di bahagian atas dan tulisan khat nasakh di bahagian bawah duit syiling.

Ianya direka oleh Master Designer Royal Mint of Malaysia, Ismail Ibrahim.

Duit syiling peringatan RM1 Emas Nordic 50 tahun UiTM
1 Ringgit uitm

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 8.8g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM8
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Duit syiling peringatan RM10 Perak Pruf 50 tahun UiTM
50 tahun ITM

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.7 mm
Tempaan: 500 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM138
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Duit syiling peringatan RM100 Emas Pruf 50 tahun UiTM
50 tahun UiTM

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 300 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1028
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 300 set.
Harga Jualan: RM188
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 300 set.
Harga Jualan: RM1,268
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.