Saturday, December 31, 2016

Syiling 100 tahun Pandu Puteri & Pengakap Sedunia

Pada 29 Mei 2012, DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah melancarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia di Ipoh, Perak.

100 tahun Pandu Puteri

Bahagian hadapan duit syiling memaparkan logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia tertera di tengah duit syiling ini dan perkataan "Ulang Tahun Ke-100" pada bahagian atasnya sebagai menandakan sambutan ulang tahun pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri antarabangsa yang keseratus, yang diadakan selama tiga tahun, dari tahun 2010 hingga 2012. Pada bahagian bawah duit syiling pula tertera perkataan "Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia".

logo Pandu Puteri

Pada bahagian belakang duit syiling dipaparkan logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai menggambarkan penglibatan Malaysia dalam Persatuan Sedunia ini. Perkataan "Bank Negara Malaysia", iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawahnya.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 30 Mei 2012 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, dan pejabat wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Syiling RM1 Emas Nordic 100 tahun Pandu Puteri & Pengakap Sedunia
coincard

1 ringgit pandu puteri

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas Nordic - Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Berat: 8.80g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 15,000 keping.
Penempa: Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM10
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling RM10 perak (peruf) 100 tahun Pandu Puteri & Pengakap Sedunia
10 ringgit pandu puteri

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Perak (Ag92.5)
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 600 keping.
Penempa:Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM150
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Set Peruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan BNM: RM200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Set 2 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.