Isnin, 29 Februari 2016

Syiling Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2016

Syiling Peringatan Bersempena Dengan Kejohanan Pingpong Berpasukan Dunia 2016 mulai dijual pada 29 Februari 2016 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (Sasana Kijang), pejabat wilayah Bank Negara Malaysia (BNM) di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta di cawangan Kuala Terengganu.

Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2016 di adakan di Kuala Lumpur dari 28 Febuari sehingga 6 Mac 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam. Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Malaysia Major Events. Ini adalah kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia (WTTC), kali pertama pada tahun 2000.

Syiling Ping Pong

Aksi pemain pingpong melakukan servis dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini. Bagi duit syiling perak berwarna, imej bet pingpong berwarna merah dan bolanya berwarna kuning. Perkataan ”WORLD TEAM” tertera pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan ”TABLE TENNIS CHAMPIONSHIPS 2016” pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling ini.

wttc logo

Perkataan ”BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling pula tertera pada bahagian bawah duit syiling. Logo acara bersempena dengan Kejohanan Pingpong Berpasukan Dunia 2016 (World Team Table Tennis Championships-WTTC 2016) dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini.


Ping Pong perak

Duit Peringatan Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM212. (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

duit tembaga

Duit Peringatan Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia Tembaga
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Tembaga Tulen
Logam: tembaga (Cu99.9)
Nilai Muka(RM): 5 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 260; 130 keping kemasan tanpa kilat, 130 keping kemasan kilat (mirip pruf).
Diameter (mm): 60
Berat(g): 130
Harga Jualan BNM: 120 set dilelong pada harga penunjuk RM150.


RM1 Emas Nordic

Duit Peringatan Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan BNM: RM265 (termasuk 6% GST)
Harga pasaran: (Rujuk: Senarai harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Perubahan Jualan Syiling Peringatan BNM
Buat pertama kalinya, BNM melakukan beberapa perkara "baru" didalam jualan syiling peringatan mereka.

1. Rekabentuk baru Kotak syiling peringatan.

set 2 in 1

2. Tidak mengeluarkan syiling peringatan emas.

3. Menjual syiling peringatan tembaga dengan hanya membuat lelongan kepada tidak sampai separuh daripada jumlah mintage yang dikeluarkan.

4. Mengeluarkan syiling peringatan bersaiz 60mm.

5. Mintage untuk syiling single silver hanya 500 set.

6. Mintage untuk coincard nordic hanya 10,000 set.


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.