Isnin, 20 Januari 2014

Nilai duit syiling 1 sen mengikut tahun

Senarai ini dibuat berdasarkan pemerhatian saya kepada harga pasaran di sekitar Lembah Klang pada 12 Januari 2014.

1 sen walaupun nilai mukanya nampak agak kecil tetapi ada di antaranya yang mempunyai harga beribu-ribu kali ganda daripada nilai dimukanya di pasaran numismatik. Lantaran itu, syiling 1 sen adalah di antara duit syiling yang pada kebiasaannya akan menarik minat mana-mana pengumpul duit lama selepas duit syiling 50 sen.

Di antara syiling 1 sen yang biasanya menarik perhatian adalah 1 sen 1970, 1 sen 1976 Copper/Bronze dan 1 sen 1973 Copper Clad Steel. Kepada anda yang masih tidak tahu, duit syiling 1 sen yang mana perlu diperiksa dengan magnet untuk harga yang lebih tinggi, boleh baca artikel saya; What coins need to test with magnet. Bukan semua syiling Malaysia itu perlu diperiksa dengan magnet.

1 sen

Cuma saya minta, jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link http://www.malaysiancoin.com. Saya benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog saya. Jangan lupa untuk Facebook Like atau tweet artikel ini.
Duit syiling 1 sen Parlimen
1967 ------>Harga VF=RM4
1968 ------>Harga VF=RM40
1970 ------>Harga VF=RM90
1970 -Rare- Copper Clad Steel----->Harga VF=RM900
1971 ------>Harga VF=RM2
1973 ------>Harga VF=RM6
1973 -Rare- Copper Clad Steel----->Harga VF=RM25
1976 ------>Harga VF=RM4
1976 -Rare- Copper----->Harga VF=RM1800
1977 ------>Harga VF=RM4
1978 ------>Harga VF=RM2
1979 ------>Harga VF=RM6
1980 ------>Harga VF=RM6
1981 ------>Harga VF=RM4
1982 ------>Harga VF=RM2
1983 ------>Harga VF=RM6
1984 ------>Harga VF=RM4
1985 ------>Harga VF=RM2
1986 ------>Harga VF=RM2
1987 ------>Harga VF=RM2
1988 ------>Harga VF=RM2
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 1 sen Parlimen
Source: http://www.malaysiancoin.com.

Duit Syiling 1 sen siri kedua-bunga raya
1989 ------>Harga VF=RM3
1990 ------>Harga VF=FV
1991 ------>Harga VF=FV
1992 ------>Harga VF=FV
1993 ------>Harga VF=FV
1994 ------>Harga VF=FV
1995 ------>Harga VF=FV
1996 ------>Harga VF=FV
1997 ------>Harga VF=FV
1998 ------>Harga VF=FV
1999 ------>Harga VF=FV
2000 ------>Harga VF=FV
2001 ------>Harga VF=FV
2002 ------>Harga VF=FV
2003 ------>Harga VF=FV
2004 ------>Harga VF=FV
2005 ------>Harga VF=FV
2006 ------>Harga VF=FV
2007 ------>Harga VF=FV

Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; 1 sen siri kedua.

Kepada bukan kolektor yang tidak memahami mengenai kondisi duit syiling mereka, bolehlah membaca mengenainya di post saya; coin pictures grading for newbies. FV bermaksud Face Value atau hanya mempunyai harga pasaran pada nilai muka sahaja. Kepada pengumpul duit lama yang merasakan nilai yang saya kongsikan di sini kurang tepat, anda boleh bertanyakan terus di Facebook page saya. Cuma jangan bertanyakan pada saya nilai untuk duit syiling uncirculated dsb. Jika anda serius untuk mengumpul duit lama atau ingin membuat pelaburan didalam duit lama, beli salah satu buku yang saya nyatakan diatas. Anda perlu ada ilmu numismatik jika anda ingin melabur didalam hobi ini. Perkataan "Rare" yang digunakan di dalam artikel ini bukanlah bermaksud rare yang digunakan oleh pengumpul duit lama tetapi lebih kepada syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama.

PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ