Selasa, 25 Februari 2014

Syiling Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel CHOGM 1989

Pada 18 Oktober 1989, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang telah diadakan di Langkawi, Kedah pada 18-24 Oktober 1989. Dua jenis duit syiling peringatan dikeluarkan iaitu syiling perak peruf bernilai muka 25 Ringgit dan Syiling Peringatan Tembaga bersalut Zink. Kedua-dua syiling ini adalah sah diperlakukan (legal tender) di Malaysia.

Syiling Chogm

Untuk rekabentuk hadapan syiling perak, bahagian tengahnya dihiasi dengan peta dunia dan bendera Malaysia yang sedang berkibar di pacakkan di peta Malaysia. Ianya dikelilingi dengan logo rasmi CHOGM, tahun "1989" dan perkataan "MESYUARAT KETUA-KETUA KERAJAAN KOMANWEL" dibahagian atas syiling dan Perkataan "THE COMMONWEALTH HEADS OF GOVERNMENT MEETING" dibahagian bawah syiling. Untuk rekabentuk hadapan syiling tembaga bersalut zink, bahagian tengahnya digantikan dengan bangunan Sultan Abdul Samad berlatar belakang beberapa garisan lurus melintang di bahagian bawah. Ciri-ciri lain adalah sama.

Rekabentuk bahagian belakang untuk kedua-dua jenis syiling adalah sama dimana di bahagian tengah tertera perkataan "MALAYSIA" di atas satu garisan lurus melintang syiling tersebut. Di atas perkataan Malaysia itu, terpapar Jata Negara Malaysia sementara di bawah perkataan Malaysia diletakkan nilai muka syiling peringatan tersebut.

Duit syiling peringatan ini ditempa oleh Kilang Wang Bank Negara Malaysia

5 Ringgit Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel CHOGM 1989
5 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Copper Plated Zinc-Tembaga (84%), Zink (12%) dan Timah (4%)
Berat: 10.40 gram
Diameter: 26.00 mm
Tempaan: pruf-8,000 keping; bukan pruf-150,000 keping.
Penempa: Kilang Wang Bank Negara, Shah Alam
Nilai muka: RM5
Harga Jualan: RM?
Harga pasaran semasa: (Rujuk; Harga Duit syiling 5 Ringgit)


25 Ringgit Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel CHOGM 1989
Mesyuarat Komanwel

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf (Silver 92.5%, Copper 7.5%)
Berat: 21.70 gram
Diameter: 35.70 mm
Tempaan: pruf-8,000 keping; bukan pruf-30,000. klik utk info: Apa itu duit syiling proof.
Penempa: Kilang Wang Bank Negara, Shah Alam
Nilai muka: RM25
Harga Jualan: RM?
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan tembaga bersalut zinc
Tempaan: 15,000 set.
Harga Jualan: RM-
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.