Selasa, 23 Jun 2015

Syiling LIMA 2003 (Pameran Maritim dan Udara Langkawi)

Syiling Peringatan Pameran Maritim dan Udara Langkawi 2003 (LIMA 03) telah dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 29 September 2003. Syiling peringatan LIMA 2003 dilancarkan bersempena dengan Pameran Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA) yang berlangsung pada 30 September - 5 Oktober 2003 di Langkawi.

syiling LIMA 2003

Tiga jenis syiling peringatan telah dikeluarkan; Syiling RM100 Emas (peruf), Syiling RM10 Perak (peruf) dan Syiling RM1 Tembaga-Nikel (coincard). Ketiga-tiga duit syiling tersebut adalah sah diperlakukan (legal tender) di Malaysia.

Rekabentuk hadapan untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu tertera logo rasmi LIMA dan glob yang melambangkan LIMA sebagai acara bertaraf antarabangsa. Ianya dikelilingi dengan perkataan "LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE" dan tarikh "30 SEPT-5OCT 2003".

Di sebelah belakang pula tertera imej kapal terbang pejuang buatan Rusia jenis Sukhoi-30 dan kapal perang KD Laksamana Tan Pusmah milik Tentera Laut Diraja Malaysia. Nilai denominasi "1 RINGGIT" disebelah atas dan "BANK NEGARA MALAYSIA" disebelah bawah.

Duit syiling peringatan sempena LIMA ’03 ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Duit syiling peringatan ini mula dijual pada 30 September 2003 di pusat-pusat jualan seperti berikut:

1. Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri

2. Coin Shoppe, The Royal Mint of Malaysia, Kompleks Kilang Wang, Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40740 Shah Alam.
(Tel no: 603-55191611/2/3)

3. Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur.
(Tel no: 603-26988044)

Ianya direka oleh Master Designer Royal Mint of Malaysia, Ismail Ibrahim.

Duit Peringatan RM100 Emas (peruf) Pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 03)
LIMA gold

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Emas Peruf
Logam: Emas Au999.9
Nilai Muka(RM): 100 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 50
Diameter: 22.0 mm
Berat: 8.60g
Harga Jualan BNM: RM1,008.
Harga Pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Duit Peringatan RM10 Perak (peruf) Pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 03)
lima coin

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Perak peruf
Logam: Perak Ag .925
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 300
Diameter: 35.7 mm
Berat: 21.7 g
Harga Jualan BNM: Hanya boleh didapati dalam set 2 dalam 1 serta set 3 dalam 1.


Duit Peringatan RM1 tembaga-nikel Pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 03)
1 Ringgit lima

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: tembaga-nikel (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 25,000
Garis Pusat (mm): 33.7
Berat(g): 16.8
Harga Jualan BNM: RM8
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan tembaga-nikel peruf.
Tempaan: 300 set.
Harga Jualan BNM: RM168
Harga pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan tembaga-nikel peruf.
Tempaan: 100 set.
Harga Jualan: RM1,208
Harga pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.