Sabtu, 8 Oktober 2016

Duit peringatan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9)

Pada 6 November 2006, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). RMK9 telah dibentangkan pada bulan Mac 2006 menggariskan agenda pembangunan Malaysia dari tahun 2006 sehingga 2010.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan mula dijual pada 13 November 2006. Duit syiling tersebut mempunyai tiga jenis dan denominasi; RM1 Emas Nordic, RM10 Pruf Perak dan juga RM100 Pruf Emas. Kesemua duit syiling yang dikeluarkan adalah sah diperakukan (legal tender) untuk kegunaan di Malaysia.

Abdullah Ahmad Badawi

Pada bahagian hadapan duit syiling bagi kesemua denominasi memaparkan potret Perdana Menteri. Perkataan "CEMERLANG GEMILANG TERBILANG" tertera pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan denominasi duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

RMK9

Pada bahagian belakang duit syiling digambarkan menerusi empat elemen utama yang memakai simbol peta dunia, atom, double helix (DNA) dan daun-daun diolah yang mewakili lima teras utama RMKe-9. Simbol peta dunia mewakili persekitaran ekonomi global dan kesediaan negara menghadapi cabaran. Simbol atom dan double helix (DNA) pula mewakili bidang sains, teknologi dan inovasi yang membolehkan negara menjana sumber kekayaan baru melalui teknologi dan sektor intensif pengetahuan seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan bioteknologi. Daun-daun yang diolah pula mewakili sektor pertanian yang digiatkan semula dengan tumpuan pada pertanian secara moden dan komersial dalam skala besar, aplikasi teknologi moden yang lebih meluas, produk nilai tambah yang lebih banyak, pemanfaatan potensi bioteknologi, dan pengukuhan rangkaian pemasaran dan global. Perkataan "RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN" dan tempoh rancangan "2006-2010" tertera pada bahagian atas duit syiling.

Syiling-syiling ini adalah hasil rekaan Tuan Ismail Ibrahim, Master Designer Royal Mint of Malaysia.

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9):

Syiling RM1 Emas Nordic RMK9
RM1 Emas Nordic

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 8.8g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM8
Harga pasaran semasa: RM120 (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling RM10 pruf perak RMK9
RM10 Perak Pruf

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak Sterling pruf
Berat: 21.7 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 300 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM138
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling RM100 pruf emas RMK9
RM100

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 500 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,028
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 300 keping.
Harga Jualan: RM188
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 500 keping.
Harga Jualan: RM1,268
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.