Sabtu, 31 Ogos 2013

Syiling Peringatan 50 tahun Muzium Negara

Pada 31 Ogos 2013, Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ke-56, Bank Negara Malaysia telah melancarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Muzium Negara Ke-50 tahun. Syiling Muzium Negara ini telah dilancarkan di perkarangan Muzium Negara Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Muzium Negara

Pada Bahagian Hadapan duit syiling ini memaparkan imej bahagian hadapan Muzium Negara dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “JUBLI EMAS MUZIUM NEGARA” dan tahun “1963 – 2013” yang menandakan ulang tahun ke-50 Muzium Negara tertera pada bahagian atas duit syiling.

50 tahun Muzium

Pada Bahagian belakang duit syiling ini memaparkan imej mural dari Muzium Negara dipaparkan adalah pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling ini tertera di bahagian bawahnya.

50 tahun Muzium

Nazri Abdul Aziz

Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. Muzium ini telah didirikan di atas bekas tapak Muzium Selangor yang telah musnah pada 10 Mac 1945 akibat pengeboman semasa perang dunia kedua.

duit muzium

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 2 September 2013 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru, dan cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. Pra Jualan telah dibuat di Muzium Negara bermula pada jam 5.00 petang semasa hari pelancarannya.

Duit 100 Ringgit Emas peruf 50 tahun Muzium Negara
RM100 Emas

Spesifikasi Teknikal:
Jenis:Gold Proof
Logam:Gold (Au999.9)
Nilai Muka(RM):100
Kuantiti Tempaan (keping/set):500
Garis Pusat (mm):22.0
Berat(g):7.96
Bentuk:Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM1,800.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Duit 10 Ringgit Perak peruf 50 tahun Muzium Negara
RM10 Perak

Spesifikasi Teknikal:
Jenis:Silver Proof
Logam:Silver (Ag92.5)
Nilai Muka(RM):10
Kuantiti Tempaan (keping/set):1000
Garis Pusat (mm):35.7
Berat(g):21.0
Bentuk:Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM150.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit 1 Ringgit Emas Nordic 50 tahun Muzium Negara
RM1 Emas Nordic

coincard

Spesifikasi Teknikal:
Jenis:Nordic Gold (B.U.)
Logam:Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM):1
Kuantiti Tempaan (keping/set):25,000
Garis Pusat (mm):30.0
Berat(g):8.5
Bentuk:Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM10.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 750 set.
Harga Jualan: RM200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan: RM2,000
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Video Duit Syiling Pruf Perak:

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.