Sabtu, 19 Ogos 2017

Nilai harga duit syiling 1 ringgit

Senarai duit syiling ini saya bahagikan kepada senarai harga untuk duit peringatan 1 ringgit copper-nickel, Duit 1 ringgit Parlimen dan 1 ringgit bunga raya. Harga yang di paparkan di dalam entri ini adalah untuk duit syiling pada kondisi Uncirculated (UNC) sahaja.

Senarai ini dibuat berdasarkan pemerhatian saya kepada harga pasaran di sekitar Lembah Klang pada Julai 2017.

1 ringgit

Untuk Duit 1 ringgit bunga raya, saya syorkan berhati-hati kepada anda kerana ada penjual duit lama yang menjual duit palsu dan ada juga kemungkinan duit 1 ringgit bunga raya anda palsu kerana memang terdapat banyak duit palsu 1 ringgit bunga raya dalam edaran.

Untuk pengetahuan anda juga, duit syiling edaran RM1 tidak lagi sah diperlakukan sejak 7 Disember 2005. Ini bermakna, ianya tidak lagi boleh digunakan untuk sebarang urus niaga.

Sepertimana yang saya perkatakan sebelum ini, jika anda mempunyai duit syiling Parlimen 1 ringgit selain daripada tahun 1971, sila simpan kerana suatu hari nanti ianya akan sukar ditemui kerana mintagenya yang rendah. Pada ketika ini, duit syiling RM1 1982 adalah yang paling menarik harganya berbanding duit syiling seringgit yang lain.

Kepada mereka yang mempunyai duit syiling 1 ringgit 1971, jangan bermimpi dengan menjual duit anda sehingga beribu ringgit. Duit itu mempunyai jumlah mintage yang paling banyak di dalam siri duit 1 ringgit parlimen, harganya adalah yang paling rendah dan murah sebenarnya.

Artikel ini ditulis untuk berkongsi nilai duit syiling 1 ringgit Malaysia mengikut tahun kepada mereka yang bukan kolektor. Oleh itu, harga yang saya kongsikan di sini adalah hanya untuk duit yang mempunyai kondisi Uncirculated (UNC) sahaja.

Harga Syiling Peringatan 1 Ringgit Malaysia:
Tahun Syiling UNC BU Proof
1969 Ulangtahun ke-10 Bank Negara Malaysia 30 - 2300
1972 Penganugerahan Bandaraya-Kuala Lumpur 30-2100
1976 Ulang Tahun ke-25 KWSP 25-180
1976 Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980 20-150
1977 Sukan SEA ke-9 (Sea Games) 20-130
1977 20 tahun merdeka 1957-1977 30-180
1977 100 Tahun Getah Asli 1877-1977 20--
1979 Ulangtahun ke-20 Bank Negara Malaysia 40-180
1980 Sambutan 15 Abad Hijrah-1401 Hijrah 30--
1981 Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985 20-140
1982 25 tahun merdeka 1957-1982 15-120
1986 Ulangtahun ke-35 Persidangan PATA 30--
1986 Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 15-140
1987 30 tahun merdeka 1957-1987 25-120
*UNC= UNCIRCULATED. Harga dalam Ringgit Malaysia

Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit peringatan 1 ringgit copper-nickel.

Untuk syiling peringatan 1 Ringgit yang lain, anda mungkin boleh  membacanya didalam artikel:
Senarai Harga Coin Card Malaysia
Senarai Harga Medallion Card Malaysia



SENARAI DUIT SYILING 1 RINGGIT PARLIMEN:
TAHUN SYILING    GRED     HARGA
1 Ringgit 1971 (Shah Alam Mint)      UNC       RM12
1 Ringgit 1971 (London Mint)      UNC       RM16
1 Ringgit 1980      UNC       RM45
1 Ringgit 1981      UNC       RM30
1 Ringgit 1982      UNC       RM180
1 Ringgit 1984      UNC       RM40
1 Ringgit 1985      UNC       RM80
1 Ringgit 1986      UNC       RM60
*UNC=UNCIRCULATED (grade duit syiling)

Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 1 ringgit Parlimen.


SENARAI DUIT SYILING 1 RINGGIT BUNGA RAYA:
TAHUN SYILING    GRED     HARGA
1 Ringgit 1989      UNC       RM25
1 Ringgit 1990      UNC       RM8
1 Ringgit 1991      UNC       RM8
1 Ringgit 1992      UNC       RM8
1 Ringgit 1993 $1      UNC       RM8
1 Ringgit 1993 1 RINGGIT      UNC       RM5
1 Ringgit 1994      UNC       RM20
1 Ringgit 1995      UNC       RM8
1 Ringgit 1996      UNC       RM12
*UNC=UNCIRCULATED (grade duit syiling)

Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 1 ringgit Bunga Raya.

PERHATIAN: Jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link http://www.malaysiancoin.com. Saya benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog saya.

Jangan lupa untuk Facebook Like atau tweet artikel ini.

PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ