Jumaat, 17 Januari 2014

Nilai & Harga Duit Syiling 10 sen Malaysia

Senarai ini dibuat berdasarkan pemerhatian saya kepada harga pasaran di sekitar Lembah Klang pada 12 Januari 2014.

Rasanya, apabila bercakap mengenai Nilai & Harga Duit Syiling 10 sen Malaysia, sudah pasti semua orang akan teringat kepada duit syiling 10 sen 1971. Ianya dicari oleh collector kerana mintagenya yang rendah dan harganya yang agak tinggi.

Rasanya sudah ramai yang tahu, 10 sen 1971 dilaporkan mempunyai 3 jenis die variety. Ianya menjadi isu hangat, dengan ada "kumpulan newbies" yang mengatakan 10 sen 1971 Variety 2 adalah palsu. Apa pun isunya, pada ketika ini, 10 sen 1971 adalah di antara syiling yang paling hangat dipasaran numismatik. Harganya melonjak dengan agak tinggi kerana ramai daripada collector dan juga investor yang ingin menyimpannya.

Selain dari 10 sen 1971, duit syiling 10 sen lain yang turut di ambil perhatian oleh collector adalah 10 sen tahun 1994 dan juga tahun 2003. Namun, lambakan duit syiling ini dipasaran pada tahun lepas, menyebabkan harganya turut mengalami turun naiknya.

Artikel ini ditulis untuk berkongsi nilai duit syiling 10 sen Malaysia mengikut tahun kepada mereka yang bukan kolektor. Oleh itu, harga yang saya kongsikan di sini adalah hanya untuk duit yang mempunyai kondisi circulated (telah berada didalam edaran) atau very fine sahaja. Jika anda benar-benar ingin menjadi pengumpul duit lama, perlu sekurang-kurangnya memiliki buku rujukan daripada Steven Tan atau KN Boon. Anda boleh membaca mengenainya di blog saya; Steven Tan 20th edition book atau KN Boon 6th edition book

Harga 10 sen


Jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link http://www.malaysiancoin.com. Saya benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog saya. Jangan lupa untuk Facebook Like atau tweet artikel ini.

Senarai Tahun Keluaran Duit 10 sen Parlimen:
1967 ------>Harga VF=RM0.50
1968 ------>Harga VF=RM0.50
1971 V1------>Harga VF=RM900--->Harga UNC=RM1800
1971 V2------>Harga VF=RM400--->Harga UNC=RM600
1973 ------>Harga VF=FV
1976 ------>Harga VF=FV
1977 ------>Harga VF=RM0.50
1978 ------>Harga VF=RM1
1979 ------>Harga VF=RM0.50
1980 ------>Harga VF=RM0.50
1981 ------>Harga VF=FV
1982 ------>Harga VF=FV
1983 ------>Harga VF=RM0.50
1988 ------>Harga VF=RM3
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 10 sen Parlimen
Source: http://www.malaysiancoin.com.

Senarai Tahun Keluaran Duit 10 sen Bunga Raya:
1989 ------>Harga VF=RM2
1990 ------>Harga VF=FV
1991 ------>Harga VF=FV .
1992 ------>Harga VF=FV
1993 ------>Harga VF=RM2
1994 ------>Harga VF=RM5
1995 ------>Harga VF=FV
1996 ------>Harga VF=FV
1997 ------>Harga VF=FV
1998 ------>Harga VF=FV
1999 ------>Harga VF=FV
2000 ------>Harga VF=FV
2001 ------>Harga VF=FV
2002 ------>Harga VF=FV
2003 ------>Harga VF=RM5
2004 ------>Harga VF=FV
2005 ------>Harga VF=FV
2006 ------>Harga VF=FV
2007 ------>Harga VF=FV
2008 ------>Harga VF=FV
2009 ------>Harga VF=FV
2010 ------>Harga VF=FV
2011 ------>Harga VF=FV
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 10 sen Bunga Raya.
Source: http://www.malaysiancoin.com.

Kepada bukan kolektor yang tidak memahami mengenai kondisi duit syiling mereka, bolehlah membaca mengenainya di post saya; coin pictures grading for newbies. FV bermaksud Face Value atau hanya mempunyai harga pasaran pada nilai muka sahaja. Kepada pengumpul duit lama yang merasakan nilai yang saya kongsikan di sini kurang tepat, anda boleh bertanyakan terus di Facebook page saya. Cuma jangan bertanyakan pada saya nilai untuk duit syiling uncirculated dsb. Jika anda serius untuk mengumpul duit lama atau ingin membuat pelaburan didalam duit lama, beli salah satu buku yang saya nyatakan diatas. Anda perlu ada ilmu numismatik jika anda ingin melabur didalam hobi ini. Perkataan "Rare" yang digunakan di dalam artikel ini bukanlah bermaksud rare yang digunakan oleh pengumpul duit lama tetapi lebih kepada syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama.

PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ