Tuesday, September 17, 2013

Duit syiling Hari Malaysia Ke-50 tahun

Pada 16 September 2013, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50. Duit syiling Hari Malaysia Ke-50 dikeluarkan didalam bentuk; RM1 Nordic Gold, RM10 Silver 999 dan juga RM100 gold 999.9. Buat pertama kalinya, BNM mengeluarkan syiling perak berwarna.

Syiling tersebut mula dijual pada 17 September 2013 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Di Sasana Kijang, set syiling 3 in 1, 2 in 1 dan coincard habis terjual lebih kurang jam 1.45 petang dan di kebanyakan tempat juga keputusannya adalah sama. Silver Pruf bagaimanapun masih ada lagi setakat artikel ini ditulis tadi.

50 tahun Malaysia

Bahagian Hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan imej Jalur Gemilang yang berwarna di bahagian tengahnya. Perkataan “PERAYAAN HARI MALAYSIA” dan “50 Tahun” dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala perkataan “16 SEPTEMBER 1963-2013” dipaparkan di bahagian bawah duit syiling.

Jata Negara

Bahagian Belakang duit syiling peringatan ini memaparkan imej Jata Negara dan peta Malaysia. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling tertera di bahagian bawahnya.


Duit Syiling RM100 Emas (peruf) Hari Malaysia Ke-50

Spesifikasi Teknikal:
Jenis:Gold Proof
Logam:Gold (Au999.9)
Nilai Muka(RM):100
Kuantiti Tempaan (keping/set):750
Garis Pusat (mm):22.0
Berat(g):7.96
Bentuk:Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM1,800.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Duit Syiling RM10 Perak berwarna (peruf) Hari Malaysia Ke-50
10 Ringgit Perak berwarna

Spesifikasi Teknikal:
Jenis:Silver Proof
Logam:Silver (Ag999)
Nilai Muka(RM):10
Kuantiti Tempaan (keping/set):10,000
Garis Pusat (mm):40.7
Berat(g):31.1
Bentuk:Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM200.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling RM1 Emas Nordic Hari Malaysia Ke-50
50 tahun

Spesifikasi Teknikal:
Jenis:Nordic Gold (B.U.)
Logam:Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM):1
Kuantiti Tempaan (keping/set):25,000
Garis Pusat (mm):30.0
Berat(g):8.5
Bentuk:Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM10.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1000 set.
Harga Jualan: RM250
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan: RM2,100
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.