Sabtu, 8 Oktober 2016

Duit Syiling Peringatan Polis ke-200 tahun

Duit Syiling peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Malaysia dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 26 Mac 2007. Tiga jenis duit syiling dikeluarkan iaitu RM1 emas nordic, RM10 pruf perak dan juga RM100 pruf emas.

Polis 200 tahun logo

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan simbol jabat tangan untuk menggambarkan hubungan kerjasama yang erat antara pasukan polis dengan orang ramai. Logo rasmi sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia tertera pada bahagian atas simbol jabat tangan tersebut.

logo PDRM

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi Polis Diraja Malaysia . Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. Gambar sebutir bintang terdapat pada sebelah kiri dan kanan nilai muka duit syiling berkenaan.

Syiling-syiling ini adalah rekaan Ismail Ibrahim, Master Designer Royal Mint of Malaysia.

Duit Syiling peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Malaysia:

Syiling RM1 Emas Nordic 200 tahun polis
1 ringgit polis

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 8.8g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM8
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling RM10 pruf perak 200 tahun polis
10 Ringgit polis

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak Sterling pruf
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 350 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM138
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling RM100 pruf emas 200 tahun polis
emas polis

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 500 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,028
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 200 set.
Harga Jualan: RM188
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 200 set.
Harga Jualan: RM1,268
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia.

Duit syiling peringatan ini ditempa dijual pada 26 Mac 2007 di:
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)

Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Tel. No: 03 - 26988044)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.