Duit syiling peringatan songket

Pada 14 Februari 2006, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan "Songket - Seni Warisan Agung" bersempana dengan usaha mempromosikan tenunan songket Malaysia yang dimulakan oleh Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood. Ianya telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Sri Pentas Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Tiga jenis duit syiling peringatan dikeluarkan oleh BNM; RM100 emas pruf, RM10 perak pruf dan juga RM1 emas Nordic. Ketiga-tiga duit syiling ini sah diperlakukan (legal tender) di Malaysia dan mula dijual pada hari yang sama dengan pelancarannya.

Duit songket

Kesemua jenis duit syiling peringatan ini mempunyai reka bentuk yang sama. Duit syiling Songket ini mempunyai reka bentuk hadapan yang sama dengan menggambarkan corak Songket dengan perkataan "Songket Seni Warisan Agung" dan "Songket The Regal Heritage". Bahagian belakang duit syiling ini pula memaparkan nilai muka dan satu daripada tiga motif popular yang biasa digunakan pada Songket. Duit syiling emas menggambarkan motif Tampuk Kesemak, manakala duit syiling perak pula menggambarkan motif Bunga Bintang dan duit syiling dwilogam menggambarkan motif Bunga Ketola.

Syiling RM1 Emas Nordic Songket - Seni Warisan Agung
bunga ketola

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 8.15g
Diameter: 26.50mm
Tempaan: 20,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM8
Harga pasaran semasa: RM38 (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Syiling RM10 pruf perak Songket - Seni Warisan Agung
bunga bintang

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak Sterling pruf
Berat: 21.70 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 200 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM138
Harga pasaran semasa: RM750

Syiling RM100 pruf emas Songket - Seni Warisan Agung
tampuk kesemak

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 8.60 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 150 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,028
Harga pasaran semasa: RM3,000.


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 150 set.
Harga Jualan: RM188
Harga pasaran semasa: RM900.


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 150 set.
Harga Jualan: RM1,268
Harga pasaran semasa: RM4,500.


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.

0 comments:

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.