Ahad, 13 November 2016

Syiling Tahun Astronomi Antarabangsa 2009

Pada 13 April 2009, YB Dato' Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi melancarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 (IYA2009) di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan dikeluarkan dalam 3 jenis; RM100 Emas, RM10 Perak dan RM1 Emas Nordic.

International Year of Astronomy

Sebelah hadapan Duit Syiling memaparkan Balai Cerap Negara Langkawi dengan teleskop utamanya terletak di sisinya. Latar belakang duit syiling ini memaparkan kumpulan bintang yang dikenali sebagai Orion Belt dan planet Zuhal. Perkataan "International Year of Astronomy 2009" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling sebagai menandakan perayaan astronomi global.

Sebelah belakang Duit Syiling memaparkan logo rasmi IYA2009 dan tema utamanya "The Universe, Yours To Discover". Perkataan Bank Negara Malaysia dipaparkan di bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling, di bahagian bawah.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan telah dijual pada 14 April 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Syiling RM1 Emas Nordic Tahun Astronomi Antarabangsa 2009
RM1 Emas

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas Nordic - Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Berat: 8.80g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM10
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling RM10 perak (pruf) Tahun Astronomi Antarabangsa 2009
RM10 Perak

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Perak (Ag92.5)
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 350 keping.
Penempa: Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM150
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Emas (pruf) Tahun Astronomi Antarabangsa 2009
RM100 Emas

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas (Au999.9)
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 100 keping.
Penempa: Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)



Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 200 set.
Harga Jualan BNM: RM200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 150 set.
Harga Jualan BNM: RM1,450
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.