Isnin, 8 Februari 2016

Duit peringatan 1 ringgit copper-nickel

Duit Syiling Peringatan 1 Ringgit Malaysia mula dikeluarkan sejak tahun 1969. Syiling peringatan copper nickel Malaysia mempunyai saiz yang besar, diameter lebih dari 33mm, antara syiling Malaysia yang terbesar. Di dalam artikel ini, saya sertakan senarai mintage duit peringatan 1 ringgit.

1 ringgit

Kepada bukan collector, Mintage bermaksud jumlah sesuatu duit syiling yang dikeluarkan untuk tahun atau tema syiling peringatan tersebut. Jumlah mintage yang kecil mungkin menyebabkan syiling tersebut sukar untuk ditemui dan harganya lebih mahal dari yang lain.

Syiling peringatan 1 Ringgit mula dikeluarkan dengan menggunakan material logam copper-nickel sejak 1969 selain material logam copper plated zinc dan Nordic gold (logam pilihan tetap BNM untuk syiling 1 Ringgit pada masa ini).


MINTAGE DUIT SYILING PERINGATAN 1 RINGGIT:
SYILING PERINGATAN (BUKAN PERUF)   TAHUN     MINTAGE
Ulangtahun ke-10 BNM 1959-1969      1969       1,000,000
Taraf Bandaraya Kuala Lumpur 1972      1972       500,000
Ulang Tahun ke-25 KWSP 1976      1976       500,000
Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980      2005       1,000,000
Sukan SEA ke-9 (Sea Games)-1977      1977       1,000,000
20 tahun merdeka 1957-1977      1977       500,000
100 Tahun Getah Asli 1877-1977      1977       500,000
Ulangtahun ke-20 BNM 1959-1979      1979       300,000
Sambutan 15 Abad Hijrah-1401 Hijrah      1980       500,000
Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985      1981       1,000,000
25 tahun merdeka 1957-1982      1982       1,500,000
Ulangtahun ke-35 Persidangan PATA 1986      1986       500,000
Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990      1986       1,000,000
30 tahun merdeka 1957-1987 (Zinc Copper)      1987       1,000,000

Untuk senarai lengkap harga duit syiling peringatan RM1, anda boleh membaca di artikel senarai lengkap harga duit syiling peringatan RM1

Untuk syiling peringatan 1 Ringgit yang lain, anda mungkin boleh  membacanya didalam artikel:
Senarai Harga Coin Card Malaysia
Senarai Harga Medallion Card Malaysia

PERHATIAN: Jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link http://www.malaysiancoin.com. Saya benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog saya.

Jangan lupa untuk Facebook Like atau tweet artikel ini.

PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ