Wednesday, April 2, 2014

Syiling Peringatan Sidang Kemuncak NAM XIII

Pada 17 Februari 2003, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan pelancaran tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali XIII (NAM). Persidangan NAM XIII telah berlangsung pada 20 - 25 Februari 2003 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Ketiga-tiga jenis duit syiling tersebut (RM1 Emas Nordic, RM10 Pruf Perak dan RM100 Pruf Emas) adalah sah diperlakukan (legal tender).

NAM logo

Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera lambang rasmi Sidang Kemuncak NAM XIII. Perkataan “XIII CONFERENCE OF HEADS OF STATE OR GOVERNMENT OF THE NON-ALIGNED MOVEMENT” dipaparkan disekeliling logo tersebut.

parlimen

Di sebelah belakang pula tertera Bangunan Parlimen serta bulan sabit dan bintang melambangkan Kerajaan Malaysia, amalan demokrasi dan tempat di mana polisi-polisi Kerajaan digubal. Perkataan "MALAYSIA" dan tahun syiling dikeluarkan di bahagian atas. Nilai muka syiling serta perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian bawah reka bentuk duit syiling tersebut.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia.

Ianya direka oleh Master Designer Royal Mint of Malaysia, Ismail Ibrahim.

Duit Syiling Peringatan RM100 Emas (pruf) Sidang Kemuncak NAM XIII

gold coin malaysia


Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Gold Proof
Logam: Gold (Au999.9)
Nilai Muka(RM): 100 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 200
Diameter (mm): 22.0
Berat(g): 8.60
Harga Jualan BNM: RM888.
Harga Pasaran semasa: RM3,800


Duit Syiling Peringatan RM10 Perak (pruf) Sidang Kemuncak NAM XIII

nam 13


Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag92.5)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 2,400
Diameter (mm): 35.7
Berat(g): 21.7
Harga Jualan BNM: RM128.
Harga Pasaran semasa: RM700


Duit Syiling Peringatan RM1 Emas Nordic Sidang Kemuncak NAM XIII

syiling nam


Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 9,400
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 9.16
Harga Jualan BNM: RM8
Harga Pasaran semasa: RM100 (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 300 set.
Harga Jualan BNM: RM168
Harga pasaran semasa: RM1600

Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 100 set.
Harga Jualan: RM1,088
Harga pasaran semasa: RM5,500


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.