Saturday, September 17, 2016

Syiling Peringatan 75 tahun Taman Negara

Pada 29 Oktober 2014, Pelancaran Duit Syiling Peringatan 75 tahun Taman Negara telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. James Dawos Mamit di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Pelancaran itu turut dihadiri oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Norzila Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abd Rasid Samsudin.

syiling harimau

Pada bahagian hadapan duit syiling peringatan ini terdapat imej Pantera Tigris Jacksoni iaitu spesies harimau yang hanya ditemui di Taman Negara . Banjaran Tahan dan pokok Keruing Neram yang terdapat di sepanjang Sungai Tahan menjadi latar belakang duit syiling. Lavistonia Tahanensis, sejenis palma yang ditemui hanya di kawasan Banjaran Tahan, pula dipaparkan pada bahagian bawah kanan duit syiling. Perkataan “SAMBUTAN 75 TAHUN TAMAN NEGARA” tertera pada bahagian atas duit syiling dan tahun “1939-2014” yang menandakan ulang tahun yang ke-75 dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

peta semenanjung

Pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini tertera peta Semenanjung Malaysia dengan garisan sempadan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditebalkan untuk menunjukkan kawasan Taman Negara. Bahagian yang berlorek menunjukkan lokasi sebenar Taman Negara. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling ini tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 28 November 2014 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Duit Peringatan RM100 Emas (pruf) 75 tahun Taman Negara

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Gold Proof
Logam: Gold (Au99.99)
Nilai Muka(RM): 100 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 22.0
Berat(g): 7.96
Harga Jualan BNM: RM1,800.
Harga Pasaran semasa: RM????


Duit Peringatan RM10 Perak (pruf) 75 tahun Taman Negara

taman negara

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 2,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM200.
Harga Pasaran semasa: RM???


Duit Peringatan RM1 Emas Nordic 75 tahun Taman Negara

RM1 Emas

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 25,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10
Harga Pasaran semasa: RM?? (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 750 set.
Harga Jualan BNM: RM250
Harga pasaran semasa: RM???


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 750 set.
Harga Jualan: RM2,100
Harga pasaran semasa: RM????

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.


Taman Negara merupakan sebuah taman negara yang terkemuka di Malaysia dan juga destinasi ekopelancongan yang terkenal. Taman Negara juga merupakan salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia dan terkenal sebagai habitat bagi kira-kira 150 spesies mamalia, 53 spesies ikan, 479 spesies burung dan lebih daripada 3,000 spesies tumbuh-tumbuhan.