Rabu, 10 Februari 2016

Harga duit syiling 50 sen mengikut tahun

Senarai Duit syiling ini dibahagikan kepada senarai harga untuk duit 50 sen Parlimen, 50 sen bunga raya serta 50 sen siri ketiga. Harga yang di paparkan di dalam entri ini adalah untuk duit syiling pada kondisi Very Fine sahaja.

Senarai ini dibuat berdasarkan pemerhatian kami kepada harga pasaran di sekitar Lembah Klang pada November 2015.

50 sen


Bercakap tentang harga duit syiling 50 sen, kita tidak boleh lari daripada soalan popular bukan collector, harga duit syiling terbelah tepi untuk 50 sen 1967, 1968 dan 1969.

Cerita mengenai duit syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 yang terjual sehingga beribu ringgit membuatkan bukan collector beranggapan, syiling yang mereka ada itu bernilai tinggi.

Mereka tidak membaca dan ada juga yang membaca tetapi tidak faham, apa yang collector cari untuk syiling-syiling tersebut.

50 sen milled edge

Kepada bukan collector, sila lihat gambar yang disertakan di atas. Terdapat dua jenis sisi untuk syiling tahun-tahun tersebut, sisi bergerigi (milled edge) dan juga sisi sekuriti (security edge). Apa yang dicari collector adalah syiling Milled edge seperti gambar di atas bukan syiling bersisi sekuriti atau terbelah tengah yang anda ada.

Syiling security edge yang mendapat harga tinggi semasa acara lelongan dijalankan kerana gred kualitinya yang tinggi.

Kepada bukan kolektor yang tidak memahami mengenai kondisi / grade / gred / grading (VF=Very Fine, UNC=Uncirculated) duit syiling mereka, bolehlah membaca mengenainya didalam artikel; coin pictures grading for newbies.

milled edge

Syiling Milled edge ini amat sukar ditemui didalam edaran pada ketika, kebanyakkan collector yang menyimpan syiling ini tidak akan melepaskannya.  Hinggakan ada yang membawa masuk syiling Milled edge palsu dari negara China. Terdapat juga syiling Milled edge palsu diperbuat daripada syiling security edge.

Kepada bukan collector, kalau nak belajar mengenai syiling ini, saya dah menulis banyak kali mengenainya didalam blog ini, sila baca artikel-artikel berikut:
1. Maklumat Salah mengenai syiling 50 sen terbelah.
2. Maklumat mengenai syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969.
3. 50 sen terbelah tepi.
4. 50 sen 1969 milled edge terjual RM81K

Semasa tinjauan harga dibuat, kebanyakkan dealer tidak mahu membeli duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 security edge kerana mereka juga masih menyimpan stok yang banyak. Jika anda rajin membaca, anda pasti tahu, jumlah syiling itu tersangatlah banyaknya, hinggakan hampir setiap rumah di Malaysia ini boleh memiliki sekurang-kurangnya sekeping. Jika anda ada akal, rasanya anda akan faham syiling itu tiada harga sebab orang lain pun ada syiling yang sama.

Selain dari itu, syiling 50 sen 1971 dan 1995 juga adalah di antara syiling yang masih lagi dicari oleh collector. Namun, harga syiling 50 sen 1995 agak turun kerana masih boleh mudah didapati di pasaran.

Syiling extra dot yang disenaraikan didalam artikel ini adalah berdasarkan senarai katalog syiling yang dikeluarkan oleh International Stamp & coin atau lebih dikenali sebagai Kedai Coin Steven Tan. Jangan tanya kami mengenai harga syiling extra dot yang lain.

SENARAI DUIT SYILING 50 SEN PARLIMEN   GRED     HARGA
50 sen 1967 (Security Edge)      VF       RM2
50 sen 1967 (Milled Edge)      VF       RM2100
50 sen 1968 (Security Edge)      VF       RM2
50 sen 1968 (Milled Edge)      VF       RM2100
50 sen 1969 (Security Edge)      VF       RM30
50 sen 1969 (Milled Edge)      VF       RM4500
50 sen 1971      VF       RM6
50 sen 1973      VF       RM3
50 sen 1977      VF       RM3
50 sen 1978      VF       RM3
50 sen 1979      VF       RM12
50 sen 1979 extra dot      VF       RM70
50 sen 1980      VF       RM3
50 sen 1981      VF       RM3
50 sen 1982      VF       RM3
50 sen 1983      VF       RM3
50 sen 1984      VF       RM3
50 sen 1985      VF       RM5
50 sen 1986      VF       RM5
50 sen 1987      VF       RM5
50 sen 1988      VF       RM2
50 sen 1988 extra dot      VF       RM45
*VF=Very Fine (grade duit syiling)

Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 50 sen Parlimen



SENARAI SYILING 50 SEN BUNGA RAYA   GRED     HARGA
50 sen 1989      VF       RM10
50 sen 1990      VF       50 sen
50 sen 1991      VF       50 sen
50 sen 1992      VF       50 sen
50 sen 1993      VF       RM10
50 sen 1994      VF       RM10
50 sen 1995      VF       RM25
50 sen 1996      VF       RM10
50 sen 1997      VF       RM3
50 sen 1998      VF       50 sen
50 sen 1999      VF       50 sen
50 sen 2000      VF       50 sen
50 sen 2001      VF       50 sen
50 sen 2002      VF       50 sen
50 sen 2003      VF       50 sen
50 sen 2004      VF       50 sen
50 sen 2005      VF       50 sen
50 sen 2006 (tiada ditemui)       -       ??
50 sen 2007      VF       50 sen
50 sen 2008      VF       50 sen
50 sen 2009      VF       50 sen
50 sen 2010      VF       50 sen
50 sen 2011      VF       50 sen
*VF=Very Fine (grade duit syiling)

Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 50 sen Bunga Raya.



SENARAI SYILING 50 SEN SIRI KETIGA   GRED     HARGA
50 sen 2012      VF       50 sen
50 sen 2013      VF       50 sen
50 sen 2014      VF       50 sen
50 sen 2015      VF       50 sen
50 sen 2016      VF       ??
*VF=Very Fine (grade duit syiling)

Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 50 sen Siri ketiga.


DUIT 50 SEN TIADA KELUARAN MENGIKUT TAHUN
1970, 1972, 1974, 1975 & 1976


FV bermaksud Face Value (nilai muka / nilai denominasi) atau tidak mempunyai nilai harga pasaran kepada komuniti numismatik. Pada ketika ini, syiling yang mempunyai nilai FV kami tulis harganya 50 sen untuk memudahkan bukan collector faham.

PERHATIAN: Jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link http://www.malaysiancoin.com. Saya benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog saya.

Jangan lupa untuk Facebook Like atau tweet artikel ini.

PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ