Thursday, October 13, 2016

Syiling Pemuliharaan Hidupan Liar 1976

Pada tahun 1975 Royal Mint UK bersama-sama dengan WWF (World Wildlife Fund) dan IUCNNR (Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli) mengeluarkan koleksi 12 keping syiling pruf perak, dua keping dari setiap enam negara yang berbeza (Malaysia, Mongolia, Pakistan, Sudan, Venezuela & Zaire) untuk Siri Pemuliharaan Hidupan Liar 1976 (Wildlife Conservation coins 1976).

wwf 1976 coin

Malaysia mengeluarkan 3 denominasi duit syiling Pemuliharaan Hidupan Liar 1976; 15 ringgit Seladang, 25 ringgit Enggang dan 500 ringgit Cipan. Hidupan liar tersebut dipaparkan pada muka belakang syiling mengikut denominasi masing-masing. Muka hadapan kesemua denominasi syiling didalam siri ini mempunyai rekabentuk yang sama dengan memaparkan jata negara Malaysia beserta tulisan 'MALAYSIA' diatasnya dan tahun 1976 disebelah bawah.

Pada tahun 1974-1976, 24 negara mengeluarkan 1 syiling emas dan 2 syiling perak (Dalam jumlah 24 syiling emas & 48 syiling perak) untuk siri pemuliharaan Hidupan Liar dengan setiap syiling memaparkan satu spesies terancam dari negara itu. Negara-negara yang telah dijemput untuk syiling pemuliharaan yang dikeluarkan WWF; Afghanistan, Botswana, Colombia, Costa Rica, Ethiopia, Fiji, Kepulauan Falkland, Gambia, Indonesia, Jordan, Malawi, Malaysia, Mauritius, Mongolia, Nepal, Oman, Pakistan, Seychelles, Sudan, Tanzania, Thailand, Venezuela, Zaire dan Zambia. Siri duit syiling ini telah dilancarkan di Malaysia pada 19 Januari 1976.

Syiling 15 ringgit Seladang Pemuliharaan Hidupan Liar 1976
15 Ringgit Seladang

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 15 ringgit
Aloi: Perak .925
Diameter: 38.61mm
Berat: 28.28g
Mintage Pruf: 8,113 pieces
Mintage bukan pruf: 40,000 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling 25 ringgit Enggang Pemuliharaan Hidupan Liar 1976
25 Ringgit Enggang

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 25 ringgit
Aloi: Perak .925
Diameter: 42.001mm
Berat: 35.00g
Mintage Pruf: 8,008 pieces
Mintage bukan pruf: 40,000 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling 500 ringgit Cipan Pemuliharaan Hidupan Liar 1976
500 Ringgit Cipan

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 500 ringgit
Aloi: Emas .900 pruf
Diameter: 34mm
Berat: 33.437g
Ketebalan: 2.6mm
Mintage Pruf: 508 pieces
Mintage bukan pruf: 2,894 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Proof set of 2
7,500 sets RM15 & RM25
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Proof set 3
2,641 sets of RM15, RM25 and RM500
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.