Khamis, 31 Oktober 2013

Syiling Kejohanan Hoki Piala Dunia Ke-10

Bersempena dengan Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia ke 10 yang berlangsung di Kuala Lumpur mulai 24 Februari sehingga 9 Mac 2002, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan. Ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sah diperlakukan di Malaysia; RM100 Emas Pruf, RM10 Perak Pruf dan RM1 Emas Nordic.

Duit syiling peringatan kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia ke 10 ditempa oleh The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam dan mula dijual pada 29 Januari 2002. Ianya dijual di cawangan-cawangan utama 5 buah bank perdagangan iaitu Affin Bank Berhad, Bumiputra-Commerce Bank Berhad, Maybank Berhad, Public Bank berhad dan Southern Bank berhad. Duit syiling peringatan ini juga boleh dibeli dari Ibu pejabat Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn serta di cawangan-cawangan Bank Negara seluruh Malaysia dan The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam.

Hoki Piala Dunia

Kesemua Reka Hadapan Duit Syiling yang dikeluarkan mempunyai persamaan dari segi reka bentuk iaitu memaparkan sebahagian peta dunia, aksi dua pemain hoki dan mercu tanda Kuala Lumpur yang terdiri daripada Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur sebagai reka bentuk latar. Perkataan "KEJOHANAN HOKI LELAKI PIALA DUNIA KE-10" dan "25 FEB-9 MAC KUALA LUMPUR" mengelilingi motif utama tersebut.

KL 2002 World Cup

Manakala reka bentuk bahagian belakang pula memaparkan logo rasmi Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia 2002 di bahagian tengah, nilai muka syiling serta perkataan "BANK NEAGARA MALAYSIA" di sebelah atas.


Syiling RM1 Emas Nordic Kejohanan Hoki Piala Dunia Ke-10
1 ringgit hoki

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 10.40g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 100,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM10
Harga pasaran semasa: RM50 (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Syiling RM10 Perak Peruf Kejohanan Hoki Piala Dunia Ke-10
syiling hoki

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf
Berat: 16.80 gram
Diameter: 32.00 mm
Tempaan: 2500 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM150
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling RM100 Emas Peruf Kejohanan Hoki Piala Dunia Ke-10
hockey coin

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: .900 emas pruf
Berat: 9.0 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 500 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM800
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas pruf
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan: RM1,000
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.