Ahad, 9 November 2014

Syiling Sidang Kemuncak Asean ke-11

Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Ke-11 telah dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 30 Ogos 2005. Tiga jenis duit syiling peringatan telah dikeluarkan sempena persidangan ASEAN ke-11 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 12-14 Disember 2005; Syiling RM100 Emas (peruf), Syiling RM10 Perak (peruf) dan Syiling RM1 Tembaga-Nikel (coincard). Ketiga-tiga duit syiling tersebut adalah sah diperlakukan (legal tender) di Malaysia.

Kesemua jenis duit syiling peringatan ini mempunyai reka bentuk yang sama.

Sidang Kemuncak Asean ke-11

Bahagian belakang duit syiling ini pula memaparkan nilai muka, lokasi, dan tarikh persidangan serta ukiran bangunan KLCC sebagai mercu tanda Kuala Lumpur diletakkan di bahagian tengah duit syiling. Bahagian atas duit syiling tertera "SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-11" dan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian bawah duit syiling.

11th ASEAN Summit

Duit syiling ini mempunyai reka bentuk hadapan yang sama dengan logo rasmi ASEAN di bahagian tengah syiling dan perkataan "Malaysia" dan tahun "2005" dibawah logo sebagai mengingati tuan rumah persidang ke-11. Disekeliling duit syiling tertera perkataan "11th ASEAN SUMMIT" dan "ONE VISION.ONE IDENTITY.ONE COMMUNITY" iaitu tema persidangan kali ini.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia.

Duit Peringatan RM100 Emas (peruf) Sidang Kemuncak Asean ke 11
emas asean

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Emas Peruf
Logam: Emas Au999.9
Nilai Muka(RM): 100 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 150
Diameter: 22.0 mm
Berat: 8.60g
Harga Jualan BNM: RM1,028.
Harga Pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Duit Peringatan RM10 Perak (peruf) Sidang Kemuncak Asean ke 11
duit perak asean

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Perak peruf
Logam: Perak Ag .925
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 250
Diameter: 35.7 mm
Berat: 21.7 g
Harga Jualan BNM: RM138.
Harga Pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Peringatan RM1 tembaga-nikel Sidang Kemuncak Asean ke 11
Syiling Asean 11

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: tembaga-nikel (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 20,000
Garis Pusat (mm): 33.7
Berat(g): 16.8
Harga Jualan BNM: RM8
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan tembaga-nikel peruf.
Tempaan: 200 set.
Harga Jualan BNM: RM168
Harga pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan tembaga-nikel peruf.
Tempaan: 150 set.
Harga Jualan: RM1,268
Harga pasaran: Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.