Tuesday, August 2, 2016

Syiling Peringatan Ulang Tahun RTM ke-70

Pada 16 April, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak telah melancarkan Syiling Peringatan sempena Ulang Tahun RTM ke-70 di Angkasapuri. 2 jenis syiling dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia; RM10 Perak Berwarna (peruf) dan RM1 Emas Nordic.

Duit syiling ini telah dijual pada 25 April 2016 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG), pejabat wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta di cawangan Kuala Terengganu.

RTM ialah penyiar pertama di Malaysia yang melancarkan siaran radio pada 1 April 1946 dan siaran televisyen pada 28 Disember 1963.

RTM

Bahagian hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan imej ibu pejabat RTM yang ikonik iaitu Angkasapuri. Bangunan ini mempunyai muka hadapan yang unik, dihiasi dengan motif yang berasaskan bentuk lidah. Perkataan RADIO TELEVISYEN MALAYSIA dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun 1946 - 2016 yang menandakan ulang tahun ke-70 dipaparkan di bawah perkataan tersebut.

70 tahun rtm

Bahagian belakang syiling ini memaparkan perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling pula tertera pada bahagian bawah reka bentuk duit syiling. Logo perayaan bersempena dengan Ulang Tahun RTM Ke-70 dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini.


Syiling ini adalah rekaan Tuan Mohd Ubaidillah Daud.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

syiling rtm

Duit Syiling Peringatan 70 tahun RTM Perak Berwarna (peruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM212. (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)




rtm coin

Duit Syiling Peringatan 70 tahun RTM Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan BNM: RM265 (termasuk 6% GST)
Harga pasaran: (Rujuk: Senarai harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.