Saturday, September 17, 2016

Duit Syiling Peringatan Persidangan Asean 2015

Pada 25 April 2015, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Duit Syiling Peringatan Asean 2015 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Syiling peringatan ini akan dijual pada 27 April 2015 di Sasana Kijang dan di semua BNM seluruh negara.

ASEAN

Bahagian belakang duit syiling peringatan ini memaparkan imej burung kenyalang dengan motif bintang-bintang dan imej Bunga Raya sebagai latar belakangnya. Bendera 10 negara ASEAN dipaparkan dalam bentuk bulatan yang mengelilingi bahagian tengah duit syiling. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini pula dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling ini tertera pada bahagian bawahnya.

ASEAN 2015

Bahagian hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan logo ASEAN dengan 10 lengkungan di dalam gelung molekul yang melambangkan kemajuan negara ASEAN serta mencerminkan perpaduan komuniti ASEAN. Perkataan ASEAN 2015 MALAYSIA dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tema ASEAN bagi tahun 2015 iaitu OUR PEOPLE, OUR COMMUNITY, OUR VISION pula tertera pada bahagian bawah duit syiling.


Duit Peringatan RM100 Emas (pruf) Asean 2015

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Gold Proof
Logam: Gold (Au99.99)
Nilai Muka(RM): 100 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 22.0
Berat(g): 7.96
Harga Jualan BNM: RM1,800.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Duit Peringatan RM10 Perak (pruf) Asean 2015

silver asean coin

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 5,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM200.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Peringatan RM1 Emas Nordic Asean 2015

Emas Nordic

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 25,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10
Harga Pasaran semasa: RM?? (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan BNM: RM250
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan: RM2,100
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.

Nota: Harga adalah tertakluk kepada 6% GST.


Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Sidang Kemuncak ASEAN 2015 ini merintis jalan kepada penubuhan Komuniti ASEAN, yang merupakan pencapaian penting ke arah merealisasikan wawasan bersama ASEAN untuk mewujudkan rantau yang aman, stabil dan makmur. Asas komuniti ASEAN secara keseluruhan terdiri daripada tiga rangka tindakan komuniti iaitu ASEAN Political Security Community (APSC), ASEAN Economic Community (AEC) dan ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC). Komuniti ASEAN menzahirkan semangat kekitaan yang teguh dan ikatan hubungan yang erat antara 10 buah negara anggota ASEAN dan juga penduduknya.