Sunday, September 15, 2013

Duit Syiling Peringatan 45 Tahun Merdeka

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-45 pada 31 Ogos 2002. Ketiga-tiga duit syiling yang sah diperlakukan (legal tender) adalah seperti berikut; Duit Syiling Peringatan RM100 Emas (peruf), Duit Syiling Peringatan RM10 Perak (peruf) dan Duit Syiling Peringatan RM1 Emas Nordic (kilatan istimewa dan peruf). Kuantiti duit syiling ini adalah di anatra yang paling sedikit didalam sejarah pengeluaran Duit Syiling Peringatan Malaysia.

Duit syiling peringatan ini mulai dijual pada 2 September 2002 di pusat-pusat jualan seperti berikut: Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri, Cawangan terpilih AmBank Berhad dan AmFinance Berhad, Coin Shoppe The Royal Mint of Malaysia, Kompleks Kilang Wang, Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40740 Shah Alam dan Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur. 

logo merdeka

Ketiga-tiga syiling mempunyai rekabentuk yang sama. Pada muka hadapannya tertera bendera Malaysia, logo dan tema hari kebangsaan 2002, 'Keranamu Malaysia', perkataan '45 TAHUN MERDEKA' dan tarikh '31 OGOS 2002'.

10 Ringgit

Rekabentuk belakang syiling tertera Bangunan Sultan Abdul Samad, KL Monorail dan Menara Kuala Lumpur, nilai muka dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

Syiling Peringatan RM1 Emas Nordic 45 Tahun Merdeka
45 Tahun Merdeka

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 9.16g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM7
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Syiling Peringatan RM10 Perak Peruf 45 Tahun Merdeka
10 Ringgit Perak

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf
Berat: 21.7 gram
Diameter: 35.7 mm
Tempaan: 1,500 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM128
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Syiling Peringatan RM100 Emas Peruf 45 Tahun Merdeka
RM100 Emas

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 8.6 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 200 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM888
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 200 set.
Harga Jualan: RM168
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 100 set.
Harga Jualan: RM1,008
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.