Sabtu, 29 Ogos 2015

Duit Syiling Jubli Emas Masjid Negara

Pada 27 Ogos 2015, Bank Negara Malaysia telah melancarkan duit syiling peringatan untuk memperingati Sambutan Jubli Emas Masjid Negara. Duit syiling 50 tahun Masjid Negara itu telah dilancarkan oleh yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Masjid Negara.

Masjid Negara telah dibuka secara rasmi pada 27 Ogos 1965 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

Masjid Negara

Bahagian hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan imej Masjid Negara dan perkataan Masjid Negara dalam tulisan bahasa Jawi. Perkataan "JUBLI EMAS MASJID NEGARA" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun “1965 - 2015” dan landskap Masjid Negara pula dipaparkan di bahagian bawah reka bentuk syiling tersebut.

sambutan jubli emas masjid negara

Bahagian belakang duit syiling peringatan ini memaparkan logo perayaan sempena sambutan Jubli Emas Masjid Negara. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” pula dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala nilai muka syiling tertera di bahagian bawah reka bentuk duit syiling tersebut.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Peringatan RM100 Emas (peruf) Jubli Emas Masjid Negara
Emas Masjid Negara

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Gold Proof
Logam: Gold (Au99.99)
Nilai Muka(RM): 100 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 200
Diameter (mm): 22.0
Berat(g): 7.96
Harga Jualan BNM: RM1,908. (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Duit Peringatan RM10 Perak (peruf) Jubli Emas Masjid Negara
syiling masjid negara

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 2,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM212. (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Peringatan RM1 Emas Nordic Jubli Emas Masjid Negara
1 Ringgit

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 25,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan BNM: RM265 (termasuk 6% GST)
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan: RM2,226 (termasuk 6% GST)
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.

Nota: Harga adalah tertakluk kepada 6% GST.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 28 Ogos 2015 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat-pejabat perwakilan dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.