Ahad, 6 Julai 2014

Syiling 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China

Pada 31 Mei 2014, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan Syiling Peringatan 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China kepada TYT Li Keqiang, Perdana Menteri China sebagai tanda hubungan diplomatik antara kedua-dua negara selama lebih daripada empat dekad dan akan terus diperkukuh pada masa akan datang. Acara penyampaian syiling peringatan ini berlangsung pada 31 Mei 2014 di Great Hall of The People, Beijing.

Syiling Peringatan ini telah mula dijual pada 27 Jun 2014 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

40 tahun Malaysia-China

Pada bahagian depan syiling memaparkan gambar Menara Berkembar Petronas dan Tembok Besar Negara China sebagai ikon bagi Malaysia dan China, manakala bendera kedua-dua negara (yang berwarna bagi versi penuh berwarna) dipaparkan pada bahagian bawah ikon masing-masing. Perkataan “MALAYSIA-CHINA DIPLOMATIC RELATIONS” tertera pada bahagian atas duit syiling dan tahun “1974-2014” yang menandakan ulang tahun yang ke-40 dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

40th Anniversary

Bahagian belakang duit syiling memaparkan perkataan ‘40th Anniversary’ tertera pada bahagian tengah berlatarkan langit Malaysia dan China yang masing-masing dipaparkan pada bahagian kiri dan kanan duit syiling. Latar langit Malaysia terdiri daripada Muzium Negara, Menara Telekom Malaysia, Menara Kuala Lumpur, Pejabat Perdana Menteri Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, Menara Tabung Haji, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Latar langit China pula terdiri daripada Oriental Pearl Tower, China International Trust Investment Plaza, Tembok Besar Negara China, Beijing National Stadium, China Central Television Headquarters, Shanghai World Financial Centre, Jin Mao Tower, Forbidden City, Yonghe Temple dan Temple of Heaven. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

Duit syiling peringatan ini ditempa oleh Singapore Mint untuk syiling perak dan Kilang Wang Shah Alam untuk syiling emas dan emas nordic.

Duit Peringatan RM100 Emas (pruf) 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China
100 ringgit gold

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Gold Proof
Logam: Gold (Au99.99)
Nilai Muka(RM): 100 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 22.0
Berat(g): 7.96
Harga Jualan BNM: RM1,800.
Harga Pasaran semasa: RM????


Duit Peringatan RM10 Perak (pruf) 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Malaysia-china diplomatik

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag92.5)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 2,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM200.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Peringatan RM1 Emas Nordic 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China
1 ringgit

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 25,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10
Harga Pasaran semasa: RM?? (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 750 set.
Harga Jualan BNM: RM250
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 750 set.
Harga Jualan: RM2,100
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.