Sabtu, 31 Disember 2016

Syiling 125 tahun Keretapi Tanah Melayu (KTM)

Pada 21 Jun 2010, duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-125 Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah dilancarkan pada 21 Jun 2010 oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Tiga jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) dikeluarkan untuk Syiling 125 tahun Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Keretapi

Bahagian hadapan duit syiling memaparkan perkembangan dan transformasi kereta api negara sejak 125 tahun yang lalu, bermula daripada kereta api lokomotif berkuasa arang batu kepada Sistem Kereta Api Elektrik (Electric Train System, ETS), iaitu kereta api terbaharu dalam kumpulan kereta api KTM yang sedia ada. Perkataan "Keretapi Tanah Melayu" dan "125 Tahun" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala tahun "1885 - 2010" pula dipaparkan pada bahagian bawah permukaan duit syiling.

KTM logo

Bahagian belakang duit syiling memaparkan imej logo KTM yang sedia ada di tengah-tengah duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling ini tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai mukanya pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 22 Jun 2010 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


Syiling RM1 Emas Nordic 125 tahun Keretapi Tanah Melayu (KTM)
1 ringgit ktm

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas Nordic - Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Berat: 8.80g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 15,000 keping.
Penempa: Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM10
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling RM10 perak (peruf) 125 tahun Keretapi Tanah Melayu (KTM)
10 ringgit ktm

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Perak (Ag92.5)
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 300 keping.
Penempa:Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM150
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Emas (peruf) 125 tahun Keretapi Tanah Melayu (KTM)
RM100 KTM

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas (Au999.9)
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 150 keping.
Penempa:Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Peruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 200 set.
Harga Jualan BNM: RM200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Peruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 250 set.
Harga Jualan BNM: RM1,450
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.