Friday, December 30, 2016

Syiling 50 Tahun Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan

Pada 30 September 2010, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah melancarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-50 pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan di Kompleks Perbadanan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.

Bunga Raya

Bahagian hadapan duit syiling memaparkan imej Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini, manakala perkataan "50 Tahun" dipaparkan pada bahagian atas syiling dan tahun "1960 - 2010" tertera di bawah imej Bunga Raya. Perkataan "Bunga Raya Bunga Kebangsaan" dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

Jabatan Warisan Negara

Bahagian belakang duit syiling memaparkan peta Malaysia berlatarbelakangkan bendera Malaysia dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling ini. Perkataan "Bank Negara Malaysia" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling dipaparkan di bawah perkataan "Bank Negara Malaysia". "Jabatan Warisan Negara" selaku jabatan yang bertanggungjawab terhadap sambutan ulang tahun pengisytiharan ini dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling peringatan.


Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 1 Oktober 2010 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


Syiling RM1 Emas Nordic 50 Tahun Bunga Raya
1 ringgit bunga raya

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas Nordic - Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Berat: 8.80g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM10
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling RM10 perak (peruf) 50 Tahun Bunga Raya
10 ringgit bunga raya

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Perak (Ag92.5)
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 400 keping.
Penempa:Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM150
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Emas (peruf) 50 Tahun Bunga Raya
100 ringgit bunga raya

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas (Au999.9)
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 150 keping.
Penempa:Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Peruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 600 set.
Harga Jualan BNM: RM200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Peruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 300 set.
Harga Jualan BNM: RM1,450
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.