Selasa, 25 Mac 2014

Syiling Persidangan Tahunan Ke-35 PATA

Pada 9 April 1986, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena Persidangan Tahunan Ke-35 PATA (Pacific Asia Travel Association). Dua jenis duit syiling dikeluarkan: Duit Syiling Peringatan Perak-mengandungi syiling perak peruf RM5 dan syiling perak peruf RM1 dan juga 1 ringgit copper-nickel. Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan Tahunan ke-35 PATA tersebut dari 9 hingga 16 April 1986. Kedua-dua jenis syiling peringatan tersebut sah diperlakukan (legal tender).

PATA 86

Rekabentuk bahagian hadapan memaparkan seekor penyu iaitu logo rasmi persidangan ke-35 di bahagian tengah syiling dan tarikh persidangan "APRIL 9-16 1986" dan perkataan "35th ANNUAL CONFERENCE" di bahagian atas syiling.

5 Ringgit

Rekabentuk belakang pula dihiasi dengan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" diletakkan dibelah atas syiling, nilai muka diletakkan dibahagian tengah syiling sementara tiga jambak bunga raya ditempa dibahagian bawah syiling.

Duit syiling ini telah ditempa oleh Singapore Mint.

Syiling Peringatan Perak Persidangan Tahunan Ke-35 PATA
5 ringgit pata

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 50.0 perak pruf
Berat: 29.30 gram (5 Ringgit); 16.850 (1 Ringgit)
Diameter: 38.00mm (5 Ringgit); 33.35mm (1 Ringgit)
Tempaan: 11,000 set
Penempa: Singapore Mint
Nilai muka: 5 Ringgit & 1 Ringgit
Harga Jualan: RM?
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Syiling Peringatan 1 ringgit Copper Nickel Persidangan Tahunan Ke-35 PATA
1 Ringgit PATA

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1986
Nilai Muka: $1
Komposisi: Copper-nickel
Berat: 17.00g
Diameter: 33.55 mm
Ketebalan:: 2.55 mm
Tempaan (Mintage): 500,000 pcs
Kilang Wang: Singapore Mint
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Nilai duit syiling 1 ringgit)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.