Isnin, 26 Disember 2016

Syiling Peringatan 50 tahun FELCRA

Pada 20 Disember 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) yang ke-50. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

50 tahun FELCRA

Bahagian hadapan duit syiling ini memaparkan imej pokok kelapa sawit dan getah, di tengah-tengah landskap hijau yang melambangkan perniagaan perladangan teras FELCRA, berserta jalan raya yang menuju ke bangunan pencakar langit Kuala Lumpur sebagai latar belakang. Perkataan "SAMBUTAN JUBLI EMAS FELCRA" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun 1966-2016 tertera pada bahagian bawah duit syiling ini.

logo FELCRA

Bahagian belakang duit syiling memaparkan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling ini. Pada bahagian tengah duit syiling dipaparkan logo rasmi sambutan jubli emas FELCRA.

Duit syiling peringatan FELCRA ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan telah dijual pada 21 Disember 2016 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) yang terletak di Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur dan di pejabat wilayah di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta di cawangan Kuala Terengganu.

Pemenang pertandingan rekaan duit syiling ini dimenangi oleh Cik Yong Wen Xia daripada Universiti Lim Kok Wing.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Peringatan 10 Ringgit Perak Berwarna (peruf) 50 tahun FELCRA
10 Ringgit felcra
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 700
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM212. (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)



Duit Syiling Peringatan 1 Ringgit Emas Nordic 50 tahun FELCRA
coincard

1 Ringgit felcra
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 13,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan BNM: RM265 (termasuk 6% GST)
Harga pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan 2 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.