Isnin, 26 Disember 2016

Syiling Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong XIII

Pada 19 Julai 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Duit syiling yang ditempa dalam tiga jenis itu dilancarkan secara rasmi oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara dan telah dijual kepada orang ramai pada 19 Julai 2007.

Tuanku Mizan

Bahagian hadapan duit syiling tersebut memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin lengkap dengan pakaian kebesaran diraja dan disekeliling potret tertulis perkataan "SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU ZAINAL ABIDIN" dan tarikh pertabalan "26 APRIL 2007".

Pertabalan Agong XIII

Bahagian belakang syiling pula memaparkan lambang rasmi Yang di-Pertuan Agong dan nilai denominasi syiling dibawahnya. Perkataan "PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG" dan "BANK NEGARA MALAYSIA" mengelilingi logo tersebut.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan telah dijual pada 19 Julai 2007 di di lokasi berikut:
The Royal Mint of Malaysia,
Kompleks Kilang Wang,
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15,
40000 Shah Alam.


Syiling RM1 Emas Nordic Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong XIII
Agong XIII

1 Ringgit Agong XIII

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas Nordic - Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Berat: 8.80g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: The Royal Mint of Malaysia.
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM8
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling RM10 perak (peruf) Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong XIII
10 Ringgit Agong XIII

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Perak (Ag92.5)
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 200 keping.
Penempa: The Royal Mint of Malaysia.
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM138
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Emas (peruf) Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong XIII
100 Ringgit Agong XIII

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas (Au999.9)
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 100 keping.
Penempa: The Royal Mint of Malaysia.
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,028
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)



Set Peruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 300 set.
Harga Jualan BNM: RM188
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Peruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 300 set.
Harga Jualan BNM: RM1,268
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.