Isnin, 26 Disember 2016

Syiling Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia

Pada 3 Julai 2009, Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis syiling peringatan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia. Syiling tersebut dilancarkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

cokmar parlimen

Bahagian belakang syiling pula memaparkan jata (lambang kebesaran) negara Malaysia serta cokmar-cokmar Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Perkataan Bank Negara Malaysia dan nilai muka syiling masing-masing tertera pada bahagian atas dan bawahnya.

Parlimen Malaysia

Bahagian hadapan syiling itu memaparkan bangunan Parlimen dengan tahun 1959-2009 tertera di bawahnya. Pada sisi syiling tersebut, terdapat lambang anak bulan dengan perkataan Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia tertera di dalamnya. Pada bahagian atas kanan syiling itu pula tertera bintang pecah 14 yang melambangkan 14 negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Syiling itu mula dijual pada 4 Julai 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Baharu, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Syiling RM1 Emas Nordic Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia
1 Ringgit Parlimen

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas Nordic - Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Berat: 8.80g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM10
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling RM10 perak (peruf) Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia
10 Ringgit Parlimen

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Perak (Ag92.5)
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 300 keping.
Penempa:Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM150
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Emas (peruf) Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia
100 Ringgit Parlimen

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas (Au999.9)
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 100 keping.
Penempa:Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Peruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 200 set.
Harga Jualan BNM: RM200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Peruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 250 set.
Harga Jualan BNM: RM1,450
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.