Sabtu, 12 Ogos 2017

Duit Syiling 100 tahun Industri Kelapa Sawit

Pada 27 Julai 2017, YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah melancarkan Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia ke-100 di Muzium dan Galeri Seni, Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang, Kuala Lumpur.

syiling sawit

Bahagian hadapan duit syiling memaparkan logo rasmi sambutan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia ke-100 yang melambangkan kemajuan industri minyak sawit di Malaysia dipaparkan di tengah-tengah duit syiling. Perkataan "MINYAK SAWIT MALAYSIA, KEBANGGAAN DAN PENCAPAIAN KITA" tertera pada sekeliling duit syiling.

Syiling Malaysia

Bahagian belakang duit syiling memaparkan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka tertera pada bahagian bawah duit syiling ini. Bahagian tengah duit syiling memaparkan ilustrasi imej pokok sawit, yang melambangkan pertumbuhan dan perkembangan industri minyak sawit ke arah pencapaian cemerlang bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-100.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada Rabu, 9 Ogos 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan di pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

Buat pertama kalinya, pengundian awam dijalankan oleh Bank Negara Malaysia untuk jualan duit syiling peringatan, anda boleh membacanya disini; Sistem Balloting untuk Syiling 100 tahun Sawit.


Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Peringatan 10 Ringgit Perak Berwarna (peruf) 100 Tahun Industri Kelapa Sawit
Syiling perak sawit


Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 700
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM243.80 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Peringatan 1 Ringgit Emas Nordic 100 Tahun Industri Kelapa Sawit
Coincard Sawit

1 Ringgit

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 13,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 1,300 set.
Harga Jualan BNM: RM296.80 (termasuk 6% GST)
Harga pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan 2 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.