Jumaat, 7 Oktober 2016

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Merdeka

Pada 30 Julai 2007, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah melancarkan  tiga jenis duit syiling peringatan sempena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan yang Ke-50 di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Pelancaran Duit syiling peringatan ini telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Dr. Rais Yatim. Kesemua duit syiling yang dikeluarkan adalah Sah diperakukan (legal tender) untuk kegunaan di Malaysia. 

50 tahun Merdeka

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan gambaran bangunan Sultan Abdul Samad dengan berlatarbelakangkan gambaran bangunan Parlimen, Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas. Gabungan reka bentuk empat bangunan ini menggambarkan kesinambungan dan kemajuan negara. Simbol rasmi perayaan terletak pada bahagian tengah atas duit syiling, manakala perkataan "SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN" tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.

100 Ringgit

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan Jata negara. Angka "1957" dan "2007" masing-masing tertera pada sebelah kiri dan kanan duit syiling untuk menandakan 50 tahun kemerdekaan negara. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian sisi atas duit syiling, manakala nilai mukanya tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.

Syiling-syiling ini adalah hasil rekaan Tuan Ismail Ibrahim, Master Designer Royal Mint of Malaysia.

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-50:

RM1 Nordic Gold 50 tahun Merdeka

1 Ringgit Nordic

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 8.8g
Diameter: 30.00mm
Ketebalan: 1.6mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM15
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


RM10 Pruf Perak 50 tahun Merdeka

syiling perak

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: proof .925 Silver.
Berat: 21.00g
Diameter: 35.70mm
Ketebalan: 2.4mm
Tempaan: 200 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM235
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


RM100 Pruf Emas 50 tahun Merdeka

syiling emas

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 Gold.
Berat: 7.96g
Diameter: 22.00mm
Ketebalan: 1.50mm
Tempaan: 100 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: RM100.
Harga Jualan: RM1,250
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf
Tempaan: 1,000 keping.
Harga Jualan: RM250
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf
Tempaan: 1,000 keping.
Harga Jualan: RM1,500
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan dijual pada 30 Julai 2007 di lokasi berikut:

a) Balai Seni Lukis Negara
No. 2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(No. Tel: 03-40254990)
(Akan dijual dari 30 Julai 2007 hingga 5 Ogos 2007)

b) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Tingkat 16, Menara TH Perdana
1001, Jalan Sultan Ismail
50694 Kuala Lumpur
(No. Tel: 26128221)

c) The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(No.Tel: 03 - 55191611/2/3)
(Duit syiling emas, duit syiling perak dan duit syiling emas Nordic hanya dijual secara berasingan)

d) Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang
Bank Negara Malaysia
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(No. Tel: 26988044)
(Duit syiling emas, duit syiling perak dan duit syiling emas Nordic hanya dijual secara berasingan)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.