Wednesday, August 3, 2016

Syiling 100 tahun Pandu Puteri Malaysia

Pada 28 Mei 2016, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan melancarkan Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Ke-100 di Langkawi International Convention Centre selepas baginda merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPPM 2015/2016 yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua PPPM, Datin Seri Rosmah Mansor.

100 tahun Pandu Puteri

Bahagian hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan imej simpul buku sila (reef knot) yang melambangkan persahabatan yang berkekalan dalam kalangan ahli Pandu Puteri di dalam dan luar negara, dan juga logo perayaan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun PPPM Ke-100. Imej tali yang mengelilingi bahagian tengah duit syiling ini melambangkan kekukuhan dan hubungan yang erat dalam organisasi ini. Perkataan PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tempoh tahun '1916-2016' diletakkan di bahagian bawah duit syiling ini.

Pandu Puteri Malaysia

Bahagian belakang duit syiling peringatan ini memaparkan logo rasmi PPPM. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA pula dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling tertera di bahagian bawah duit syiling ini.

Duit syiling ini telah dijual pada 6 Jun 2016 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG), pejabat wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta cawangan di Kuala Terengganu.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

10 Ringgit

Duit Syiling Peringatan 100 tahun Pandu Puteri Malaysia Perak Berwarna (peruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM212. (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Pandu Puteri


Duit Syiling Peringatan 100 tahun Pandu Puteri Malaysia Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan BNM: RM265 (termasuk 6% GST)
Harga pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan 2 dalam 1)


Pada 28 Mei 2016, BNM ada mengumumkan senarai pemenang pertandingan mereka duit syiling 100 tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Namun, tidak dinyatakan rekaan siapakah yang terpilih untuk syiling ini.

Tempat pertama: Mohammad Haniff bin Halim, Universiti Sultan Zainal Abidin
Tempat kedua: Yeoh Pui See, LimKokWing University of Creative Technology
Tempat ketiga: Hazirah binti Kamaruddin, Universiti Teknologi MARA

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.