Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mei 2022

Lambakan syiling palsu dimana jalan penyelesaiannya?

Lambakan duit syiling palsu sering kali diperkatakan oleh rakan-rakan numismatik, sama ada di Media Sosial dan juga di Media Arus Perdana tetapi dimanakah jalan penyelesaiannya? Sampai bila collector yang kurang berpengetahuan ditipu dengan syiling palsu?

Syiling Palsu


Tujuan kami menulis artikel ini sebagai pengetahuan kepada rakan-rakan numismatik yang baru menceburi bidang ini mengenai duit syiling palsu yang dijual sebagai syiling tulin/asli. Syiling palsu yang kami maksudkan didalam artikel ini adalah duit syiling lama yang dijadikan koleksi. 

Berapa Jenis Duit Syiling Yang telah dipalsukan?

Tuan Ahmad Nasyruddin Ismail melalui Facebook beliau dan juga di Laporan Berita Harian; Lambakan Wang Palsu Jejaskan Hobi Numismatik pernah melaporkan perkara yang serupa. 

Menurut hasil kajian Tuan Ahmad Nasyruddin, terdapat 300 jenis duit unik daripada keluaran lama atau yang moden sudah dipalsukan dan dijual di pasaran negara ini.

Antaranya adalah duit syiling 10 sen keluaran 1971; 50 sen keluaran 1969; duit abad ke 15-18 Kesultanan Melaka; Kesultanan Johor; Kesultanan Kelantan-Pattani; Kesultanan Terengganu Kesultanan Pahang; era penjajah seperti Portugis; Belanda; Jepun dan British, pernah dibida sehingga RM5,000 sekeping.

Bagaimana biasanya penjual menjual duit palsu mereka?

Mereka biasanya menjual kepada pembeli baru yang dirasakan oleh mereka tidak mempunyai pengalaman untuk mengenal pasti duit syiling itu adalah palsu.

Jika syiling itu berharga mahal, mereka akan memasang umpan dengan menjual syiling-syiling biasa dahulu pada harga murah. Apabila pembeli sudah kerap kali datang atau bertanya tentang syiling palsu tersebut, barulah mereka akan mengeluarkan syiling itu. Harga yang mereka tawarkan lebih murah tetapi masih terlalu mahal untuk sekeping syiling palsu.

Terdapat juga penjual yang berada berdekatan dengan Muzium dan mereka akan menyuruh pembeli melihat syiling yang ada dipamerkan di Muzium tersebut, adakah sama dengan syiling yang mereka jual? Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak, syiling-syiling di Muzium itu juga palsu. Akibat daripada kurangnya pengetahuan mereka yang menjaga Muzium untuk mengenali syiling-syiling yang asli.

Setakat ini, Muzium Sasana Kijang adalah Muzium terbaik untuk rujukan numismatik di Malaysia. Muzium lain jangan percaya sangat.

Di Malaysia ni dah sampai tahap, pembuat syiling palsu juga menjadi penasihat untuk muzium. Bukan setakat syiling, wang kertas, artifak, malahan dokumen sejarah juga dipalsukan mereka dan dimasukkan ke dalam Muzium.

Bagaimana caranya untuk membendung lambakan syiling palsu?

Kepada pembeli baru, banyakkan bertanya tentang reputasi penjual sebelum berurusan dengan mereka, jangan tanya dikalangan anda sahaja, tanya juga orang lain yang tidak pernah pergi berjumpa atau berurusan dengan penjual tersebut atau baca sahaja tips kami; 5 tips memilih penjual duit lama yang boleh dipercayai.

Setakat ini tidak ada lagi cara terbaik yang boleh dilakukan untuk membendung penjualan syiling palsu.

Di Amerika Syarikat, para penjual duit lama diwajibkan untuk mendaftar dengan pertubuhan tertentu. Jika ada penjual yang didapati oleh pembeli menjual syiling palsu sebagai tulin, mereka boleh melaporkan kepada pentadbir persatuan tersebut. Pentadbir persatuan akan melakukan siasatan dan jika didapati betul ianya syiling palsu, penjual akan didenda dan wang pembeli akan dipulangkan.

Walaupun cara itu kelihatan boleh membendung lambakan syiling palsu tetapi pembeli masih lagi boleh menjual diluar tanpa menyertai persatuan.



Bersambung: Bagaimana mengenal duit syiling palsu

Read More

Khamis, 3 Disember 2020

Cadangan memperbaiki penghantaran Syiling BNM

Jika Bank Negara Malaysia (BNM) mengadakan jualan di Lazada atau Shopee, kami pasti rating BNM akan jatuh dengan teruk sekali akibat kelewatan penghantaran syiling peringatan UKM & Putrajaya. 

Syiling BNM


Duit syiling peringatan 50 tahun UKM & Syiling Ulang Tahun ke-25 Penubuhan Putrajaya sepatutnya mula dibuat penghantaran menggunakan Poslaju pada 23 November 2020. Hingga ke saat artikel ini ditulis, masih ramai lagi rakan-rakan di Lembah Klang yang belum menerima syiling mereka. 

Sudah 9 hari bekerja tetapi tidak nampak syiling yang telah dibuat pembayaran. Jika rakan-rakan yang berada di Lembah Klang mengalami masalah begini, kami beranggapan negeri lain juga mengalami masalah yang sama. 

Selain itu, isu penghantaran menggunakan "Pos Daftar" juga jelas berbeza dengan syarat-syarat yang diwar-warkan BNM sebelum ini, penghantaran menggunakan "Poslaju". Pihak pembeli membayar harga yang mahal untuk kos penghantaran tetapi tidak mendapat perkhidmatan yang dijanjikan. 

Tidak termasuk lagi penghantaran secara berasingan untuk setiap syiling yang dimenangi oleh pembeli. Selain faktor kos, ianya juga akhirnya akan melibatkan masa pembeli untuk menunggu dan ada kemungkinan menambah kos pembeli apabila perlu mengambilnya sendiri di Pejabat Pos. 

RM180 untuk kesemua syiling tersebut sudah seperti kos penghantaran dari luar negara. Kos untuk mengambil Syiling di Sasana Kijang tidak sampai pun RM50, termasuk dengan kos makan dan minum di Sasana Cafe. 

"Pos Daftar" itu juga datang dengan syarat hanya boleh diambil oleh penama dan jika dalam masa 7 hari ianya tidak diambil oleh pemilik di Pejabat Pos, ianya akan dihantar semula ke BNM. 

Dalam masa hampir 2 minggu, pihak kami hanya menerima satu syiling daripada 11 koleksi duit syiling yang dibeli. 

Berdasarkan kepada keadaam ini, nampaknya penghantaran duit syiling kali ini tidak akan selesai pada tahun 2020. 

Syiling APEC 2020 akan menyusul tidak lama lagi, semoga keadaan seperti ini tidak lagi berulang. 

Di sini kami berikan kepada BNM cadangan untuk memperbaiki penghantaran duit syiling peringatan, semoga kakitangan BNM boleh membacanya dengan hati terbuka dan menerima pandangan daripada kami: 

Cadangan untuk memperbaiki penghantaran Syiling BNM: 

1. Berikan pilihan mengambil sendiri di Sasana Kijang 
Selain menjimatkan kos pelanggan, ianya sudah pasti menjimatkan masa menunggu. Terutamanya untuk mereka yang menang lebih dari 10 duit syiling untuk satu nama. Mungkin pilihan itu hanya diberikan kepada mereka yang berada di Lembah Klang. Pengambilan duit syiling boleh dilakukan dengan mengadakan temujanji atau secara pandu lalu (drive-thru). 

2. Penghantaran menggunakan Poslaju sahaja 
Walaupun berharga mahal, penghantaran menggunakan Poslaju adalah kaedah terbaik untuk penghantaran duit syiling menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad. Pos Daftar akan mengambil masa sehingga seminggu untuk satu barangan walaupun destinasi yang dituju hanya bersebelahan dengan pejabat BNM. Jika boleh, adalah lebih baik untuk BNM mencari perkhidmatan courier yang lain. 

3. Sekalikan duit syiling yang dibeli 
Pada kebiasaannya untuk pembelian online, berapa banyak pun barangan yang dibeli, penjual pada kebiasaannya membuat penghantaran untuk kesemua barangan tersebut untuk menjimatkan kos pembeli. Satu bayaran pos untuk satu barangan melibatkan kos yang tinggi kepada pembeli. 

Kami difahamkan, penghantaran secara berasingan ini berlaku kemungkinan akibat daripada terma Pos Malaysia Berhad yang meletakkan had insuran RM300 untuk satu parcel Poslaju mereka.

Pos Malaysia Berhad juga ada menjual Flexipack prepaid box, kos pos yang dibayar pengguna rasanya lebih dari cukup untuk membeli Flexipack prepaid box tersebut. 

Jika menggunakan kotak yang disediakan oleh Poslaju pun baru berharga RM3 untuk saiz S (2kg), rasanya sudah cukup untuk menyimpan kesemua koleksi yang dimenangi pembeli.

4. Berikan Tracking Number Poslaju kepada pembeli
Sewajarnya, pembelian online mesti disertakan sekali dengan tracking number poslaju/posdaftar untuk memudahkan pembeli tahu dimana barangan mereka.

5. Beri ruang kepada pembeli untuk membuat aduan/pertanyaan
Ramai pembeli yang tidak tahu dimana mereka boleh bertanya jika ada masalah dengan pembelian yang dibuat. Sewajarnya BNM perlu menyediakan atau memaklumkan kepada pembeli yang telah membuat pembayaran, dimana mereka boleh membuat aduan/pertanyaan.

Bayangkan dalam masa 2 minggu, tidak ada satu syiling pun sampai kepada pembeli. Duit dah bayar tapi barang tak sampai, tidak tahu nak buat aduan kat mana.


Kami faham BNM pastinya mengalami kekangan tertentu yang tidak membolehkan cadangan-cadangan ini dilakukan. Namun, kami berharap penghantaran syiling dimasa akan datang dapat diperbaiki.

Pendapat anda?
Read More

Rabu, 22 April 2020

Berat Duit Syiling Malaysia

Kepada mereka yang baru belajar bejinak-jinak dengan numismatik, berat duit syiling Malaysia adalah suatu perkara penting yang perlu diketahui. Berat duit syiling memainkan peranan sebagai salah satu cara untuk mengetahui duit syiling tersebut asli atau pun palsu.

Duit Syiling Malaysia

Walau bagaimanapun, dengan teknologi yang ada sekarang, tidak mustahil untuk pembuat duit syiling mengeluarkan duit syiling palsu yang mempunyai berat yang hampir serupa dengan duit syiling yang betul.

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk melihat ciri-ciri lain terutamanya untuk syiling yang berharga mahal seperti duit syiling 10 sen 1971. Berikut adalah berat duit syiling Malaysia mengikut siri:

Berat duit syiling parlimen
Siri pertama duit syiling Malaysia hanya mula diperkenalkan pada 12 Jun 1967 dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan diikuti oleh pengenalan duit syiling 1 ringgit (yang menggunakan simbol "$" duit syiling terbesar dalam siri ini) pada 1 Mei 1971. Info Lanjut: Duit Syiling Parlimen

duit parlimen

Denominasi Berat (gram)
1 sen 1.94
5 sen 1.41
10 sen 2.82
20 sen 5.65
50 sen  9.33
1 Ringgit 17.00


Berat duit syiling Bunga Raya
Duit Malaysia siri kedua diperkenalkan ke dalam edaran pada 4 September 1989 dengan tradisi Malaysia sabagai ciri-ciri reka bentuk/tema. Info Lanjut: Duit Syiling Bunga Raya.


Denominasi Berat (gram)
1 sen 1.74
5 sen 1.41
10 sen 2.82
20 sen 5.66
50 sen  9.33
1 Ringgit 9.30

Berat duit syiling kraftangan
Duit Malaysia siri ketiga memaparkan corak budaya dan warisan negara melalui motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara, bertemakan 'Keunikan Malaysia'. Info Lanjut: duit syiling kraftangan

kraftangan

Denominasi Berat (gram)
5 sen 1.72
10 sen 2.98
20 sen 4.18
50 sen  5.66
Read More

Isnin, 8 Julai 2019

Senarai ejen sah membeli syiling lama

Soalan yang selalu ditanya oleh mangsa mangsa scam pembeli duit lama, adakah ejen sah membeli syiling lama di Malaysia? Kepada anda yang mencari senarai ejen sah membeli syiling lama, bolehlah membaca artikel ini untuk dijadikan panduan.

ejen sah

Scammer pembeli duit lama adakalanya mengaku mereka adalah ejen sah membeli duit lama untuk sesuatu muzium atau bank pusat sesuatu negara. Jika ada akaun Facebook atau instagram yang membuat pengakuan sebegini, kami 120% pasti yang pemilik id Facebook/Instagram itu adalah scammer yang sedang memancing mangsanya.

Kenapa kami berkata demikian? Mana tahu pemilik id Facebook/Instagram itu adalah ejen sah membeli syiling lama?

Persoalan di ataslah yang kerap kali memerangkap mangsa scam jual beli duit lama.

Apabila mereka yang tidak faham berkenaan numismatik berkongsi duit syiling dengan harapan ada orang akan membeli syiling mereka pada harga mahal, ada di antara mereka yang hanya memikirkan keuntungan apabila ada "bakal pembeli" bertanya mengenai duit syiling mereka tanpa menyiasat atau berfikir logik akal terlebih dahulu.

Secara logik akal, kenapa ejen sesuatu muzium/bank perlu membeli duit syiling yang buruk daripada anda? Adakah mereka tidak takut ditipu oleh orang yang tiada kredibiliti didalam numismatik? Bukankah lebih mudah membeli dengan penjual duit lama?

Selain itu, soalan yang paling mudah, adakah duit syiling anda itu rare dan berharga mahal?

Adakah anda membuat rujukan mengenai harga duit lama sebelum menjualnya?

Kenapa ejen tersebut ingin membeli pada harga mahal sedangkan beliau boleh membelinya pada harga yang jauh lebih murah jika beli dari penjual duit lama.

Tidak salah menjual duit lama yang anda ada sehingga beribu ringgit tetapi ianya secara tidak langsung menarik scammer untuk mencuba peluang menipu anda.

Jika anda tidak ditipu, ada kemungkinan rakan-rakan atau keluarga anda akan menjadi mangsa mereka.

Cakap-cakap khabar angin dari rakan-rakan yang tidak tahu berkenaan numismatik ada kalanya menjadi penyumbang kepada penipuan jual beli duit lama.

Oleh itu, jika tidak tahu, lebih baik membaca dahulu mencari ilmu sebelum anda menjual duit lama dan jangan percaya wujudnya ejen sah membeli syiling lama.

Read More

Rabu, 10 April 2019

Kenapa duit Malaysia dijual berpuluh ribu Ringgit?

Kenapa duit syiling Malaysia boleh dijual sehingga berpuluh ribu Ringgit didalam acara lelongan awam yang dikongsi oleh blog ini? Kenapa syiling yang anda ada tidak ada orang beli, hanya scammer duit lama luar negara yang menghubungi anda?

duit Malaysia

Kalau anda tidak pentingkan ilmu, jual sahaja duit lama anda dengan harga lebih RM10,000 di mana-mana laman web jualan online, sila baca artikel sebelum ini; Duit lama boleh dijual lebih RM10000 di internet.

Seperti yang kami katakan sebelum ini, apa istimewanya duit lama yang anda ada sehingga ianya dijual pada harga yang tinggi?

Kita lihat semula 2 syiling teratas untuk Top 15 Duit syiling Malaysia termahal.

Syiling Malaysia

Untuk syiling yang masih lagi berada di tempat pertama, Syiling pattern Malaysia 1966 terjual RM743,731 oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura pada 10 Mac 2015.
Kenapa syiling itu mendapat harga yang sangat mahal?:
  • Syiling tersebut tidak pernah digunakan oleh Malaysia.
  • Duit syiling pattern pada kebiasaannya hanya wujud tidak lebih dari 4 set untuk sesuatu syiling pattern.
  • Ini adalah set lengkap, bukan mudah untuk mendapatkan set lengkap untuk syiling pattern.
  • Hampir kesemua syiling tersebut mendapat gred MS 64.
  • Syiling tersebut ada dicatatkan didalam sejarah negara. Sejarah mengenai syiling pattern Malaysia 1966 ini boleh anda baca didalam artikel ini; Sejarah Syiling Malaysia 1966 yang tidak dikeluarkan.


50 sen 1969

Untuk Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong dengan harga RM81,846 pada 4 Oktober 2014. Mesti ramai yang berkata mereka ada syiling tersebut dan ramai juga yang berkata blog ini menipu syiling tersebut boleh dijual pada harga tinggi kerana syiling yang mereka ada nak jual RM1,000 sekeping pun tiada nak beli.

Kenapa syiling itu mendapat harga yang sangat mahal?:
  • Ini adalah syiling Milled Edge bukan syiling biasa security edge yang dimiliki oleh ramai orang.
  • Syiling ini mendapat gred MS65, gred tertinggi pada waktu itu. Gred kedua tertinggi pun hanya MS62. Hanya pada tahun 2016, sekeping syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) dengan gred MS66 muncul dan dilelong pada harga RM73,193.

Jika anda lihat kedua-dua syiling ini, kesukaran untuk mencarinya pada gred yang tinggi, kondisi yang lengkap dan juga keunikannya menjadikan ianya buruan para collector elit. Kenapa collector elit? Kerana collector biasa sudah pasti tidak mampu membeli pada harga yang mahal sebegini.

Nak jual duit lama kenalah ada ilmu, jangan main redah saja ikut suka.

Sekarang ini, scammer pembeli duit lama dari luar negara senantiasa menunggu peluang menipu anda yang tamak nak kaya cepat. 

Hobi ini ada ilmunya, ada sejarahnya dan juga ada pantang larangnya.

Apa salah belajar, selagi anda tidak belajar numismatik, anda tidak akan faham kenapa duit syiling Malaysia boleh dijual sehingga berpuluh ribu Ringgit.

Read More

Selasa, 2 April 2019

Mengumpul buku numismatik sebagai hobi

Buku Numismatik adalah sebahagian daripada koleksi yang perlu dimiliki oleh pengumpul duit lama tegar. Terdapat pelbagai jenis buku numismatik yang boleh dikumpul; buku katalog harga, buku panduan numismatik, buku mengenai koleksi numismatik dan juga buku sejarah yang mempunyai cerita mengenai numismatik.

buku numismatik

Ada pengumpul buku numismatik yang ingin memastikan mereka mempunyai buku panduan harga yang terkini tetapi ada juga pengumpul yang suka mengumpul buku numismatik lama dan tidak lagi dicetak sebagai koleksi perpustakaan numismatik mereka.

Pada kebiasaannya, apabila sudah berminat dengan numismatik, setiap orang perlu mendapatkan buku katalog harga yang terkini sebagai panduan harga duit lama. Untuk numismatik Malaysia, kami hanya syorkan anda untuk membeli buku katalog Steven Tan dan juga buku katalog KN Boon.

Kedua-dua buku ini mempunyai sejarah penerbitan yang panjang, boleh baca mengenainya di link yang kami kongsikan di atas. Buku asli siri pertama berharga mahal dan agak sukar untuk menemuinya.

Menjadi trend masa kini untuk membeli lebih dari dua naskhah buku katalog kedua-dua orang Master Sifu ini untuk dijadikan panduan dan juga koleksi. Selain itu, siri lama buku katalog tersebut juga semakin dicari oleh para pengumpul buku numismatik.

Selain buku katalog kedua-dua orang sifu tersebut, terdapat juga buku katalog lama yang diterbitkan oleh Eureka Metro yang turut menjadi buruan para pengumpul buku numismatik di Malaysia.

Selain buku katalog, ramai juga pengumpul buku numismatik yang mengkhususkan kepada buku yang dikeluarkan oleh seseorang penulis. Dua orang penulis yang tidak asing lagi untuk dunia numismatik Malaysia adalah Master Sifu Saran Singh dan juga Allahyarham Master Sifu Dato' (Dr.) Mohd Kassim Haji Ali. Ada di antara buku mereka ini yang dikategorikan sebagai rare dan dijual pada harga yang tinggi. Namun, ada juga buku mereka ini yang diterbitkan semula, terutamanya buku yang diterbitkan oleh Jabatan Muzium.

Buku yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) juga adalah antara buku numismatik yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh para pengumpul buku numismatik. Kebanyakkan daripada buku tersebut dikeluarkan untuk mempromosikan koleksi numismatik yang ada di Muzium Bank Negara. Namun, ada juga buku terbitan BNM berkenaan dengan promosi wang kertas dan duit syiling terbaru menjadi buruan pengumpul. Selain daripada buku-buku edisi terhad yang hanya dikeluarkan kepada orang kenamaan yang menghadiri majlis BNM.

Buku mengenai koleksi para pengumpul terkenal seperti Buku Koleksi Frank Goon yang diterbitkan oleh Spink Singapura juga digemari oleh para pengumpul kerana ia sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai panduan apabila ingin membeli koleksi yang berharga mahal. Selain itu, ianya juga memberi peluang kepada para pengumpul untuk melihat koleksi rare serta tidak pernah dilihat oleh pengumpul biasa.

Terdapat juga buku-buku sejarah yang menulis serba sedikit mengenai numismatik dicari oleh para pengumpul buku numismatik. Buku-buku terbitan Arkib Negara misalnya berkongsi mengenai dokumen bersejarah numismatik didalam buku mereka. Selain buku-buku mengenai sejarah Bank dan Institusi Kewangan di negara ini.

Jika dilihat sekilas pandang, tidaklah sukar untuk mengumpul buku numismatik Malaysia kerana kita tidak mempunyai jumlah koleksi buku yang banyak tetapi ianya tidak semudah yang disangka. Buku-buku lama tidak banyak dicetak pada waktu itu kerana jumlah pengumpul duit lama yang tidak ramai dan ianya banyak dijual kepada rakan-rakan numismatik diluar negara. 

Adakah anda salah seorang daripada pengumpul buku numismatik sebagai hobi? Buku numismatik bagaimana yang anda kumpul?
Read More

Isnin, 18 Februari 2019

Mengumpul duit syiling edaran

Mengumpul duit syiling edaran adalah salah satu dari cabang numismatik yang paling mudah dan digemari oleh pengumpul baru. Adakalanya ia tidak memerlukan sebarang kos yang besar, jika anda hanya mengumpul syiling yang terkini serta tanpa mengambil kira variety yang ditemui rakan-rakan collector lain.

syiling edaran

Didalam kes syiling edaran Malaysia, hanya ada syiling kraftangan yang di edarkan sebagai syiling baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Setakat ini, Malaysia tidak ada mengeluarkan syiling edaran edisi terhad seperti negara lain (sebagai contoh Thailand dan Kanada).

Syiling edaran Malaysia biasanya dikumpul mengikut tahun pengeluaran dan juga denominasi duit syiling. Setiap tahun, pengumpul syiling edaran akan menunggu bilakah syiling edaran Malaysia akan mula dikeluarkan. Pada kebiasaannya, pada penghujung Mac kebanyakkan dari denominasi syiling sudah ditemui.

Untuk mereka yang sukakan cabaran, setiap variety duit syiling juga akan dikumpul. Variety duit syiling adalah sebarang perubahan dalam reka bentuk biasa syiling, biasanya disebabkan oleh kesilapan dalam penyediaan atau penyelenggaraan die duit syiling tersebut.

Jika anda mempunyai modal lebih, anda bolehlah membeli duit syiling pada kondisi Brilliant Uncirculated untuk syiling edaran. Mencari syiling pada kondisi ini didalam edaran adalah sangat sukar terutamanya untuk syiling kraftangan Malaysia.

Selain syiling Kraftangan, anda juga boleh mengumpul siri lengkap syiling Parlimen dan juga syiling bunga raya. Ini agak sukar untuk dilengkapkan kecuali anda membeli daripada penjual duit lama dan memakan kos yang agak tinggi. 

Duit syiling yang mempunyai keluaran (mintage) yang rendah sudah pasti memerlukan anda mengeluarkan modal untuk membelinya daripada rakan-rakan atau penjual duit lama.

Namun, tidak semua tahun duit syiling edaran ada dikeluarkan oleh BNM. Anda boleh merujuk artikel kami sebelum ini mengenai duit syiling yang tidak ada dikeluarkan; syiling tiada keluaran mengikut tahun.

Selamat mengumpul duit syiling edaran kepada rakan-rakan pengumpul duit lama.

Read More

Khamis, 14 Februari 2019

Wang Kertas koyak tiada nilai? Betulkah?

Kami terpanggil untuk menulis mengenai wang kertas koyak yang tidak diterima oleh ramai peniaga kerana dikhuatiri tiada nilai apabila dimasukkan ke bank-bank perdagangan. Ada juga rakan-rakan Facebook yang berkongsi cerita mengenai kedai yang menerima wang kertas koyak atau digam kerana koyak.

Wang koyak

Sesetengah kedai meletakkan memo siap dengan contoh tidak akan menerima wang kertas koyak, dicantumkan, diconteng dan sebagainya.

Ramai yang tidak tahu bukan semua wang sebegitu mempunyai masalah untuk ditukarkan di bank-bank perdagangan (Maybank, CIMB, RHB, Public Bank dll), kami sendiri biasa memasukkan wang tabung anak-anak dengan wang rosak yang sedemikian.

Kepada yang rajin membaca lebih lanjut, boleh baca artikel yang kami tulis sebelum ini; Cara tukar duit rosak di BNM.

Wang kertas bagaimana yang tiada nilai?
1. Wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada wang kertas yang asal.
2. Wang kertas yang rosak dengan sebarang cara yang nyata (iaitu, tanda yang dibuat di atas potret Yang DiPertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas itu sebagai kad jemputan/pad tulis).
3. Wang kertas yang luntur warnanya dengan teruk sehingga tidak nampak corak reka bentuk wang kertas asal (mungkin terkena clorox dll)

Selain itu, anda juga perlu lihat adakah wang kertas yang anda terima itu kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal. Jika kurang, nilai wang kertas tersebut juga akan kurang. Jadi perlu berhati-hati menerima wang sebegini.

Jika hanya terkoyak sedikit, tidak perlu hantar ke Bank Negara Malaysia, memadai dengan pergi ke bank-bank perdagangan. Jika bank-bank perdagangan tidak mahu menerima barulah pergi ke cawangan Bank Negara Malaysia.


Kes-kes yang meragukan
Sebarang kes yang meragukan yang menyukarkan penilaian dibuat disebabkan wang kertas itu dalam keadaan yang sudah rosak (sebagai contoh, satu helai wang kertas yang terbakar dengan teruk atau kerosakan pada wang kertas yang sukar menentukan saiznya) hendaklah dirujuk pada Bank Negara Malaysia untuk penilaian.

Jika anda rasa wang kertas tersebut rosak agak teruk, sebagai contoh anda tidak pasti wang kertas yang anda ada tu kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau tulisan yang ada pada wang kertas tersebut merosakkan wang kertas atau tidak, adalah lebih baik anda tidak menerima wang sebegitu.

Semoga lebih ramai peniaga yang rajin membaca dan belajar tidak semua wang kertas koyak itu tiada nilai.

Read More

Khamis, 7 Februari 2019

Trend page Facebook Pembeli Duit Lama

Jika anda membuat carian "Pembeli Duit Lama" atau "Jual Beli Duit Lama" di Facebook, anda akan menemui berpuluh-puluh Facebook page yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Namun, apa yang menjadi persoalan, adakah page-page tersebut betul-betul membeli duit lama?

Pembeli Duit Lama

Trend page Facebook Pembeli Duit Lama kami lihat makin menular apabila ramai admin page Facebook yang mendapat beribu-ribu like daripada netizen dengan hanya berkongsi ayat seolah-olah mereka ingin membeli duit lama yang anda jual.

Ada sesetengah page yang meletakkan gambar duit beribu Ringgit yang dikatakan sebagai modal untuk membeli duit lama untuk menarik pembaca like dan share post mereka.

Sebenarnya kebanyakan admin page tersebut hanya mengejar like untuk page mereka sahaja, banyak like untuk page bermakna peluang mereka untuk menjual page tersebut kepada orang lain akan menjadi lebih mudah. Ada page Jual Beli Duit Lama yang mencecah sehingga 100,000 lebih like yang kemudiannya bertukar menjadi page jualan barang-barang bundle.

Trend page Facebook Pembeli Duit Lama ini sedikit sebanyak memberikan maklumat yang salah berkenaan numismatik. Syiling yang tidak mempunyai nilai numismatik dikatakan boleh dijual sehingga berpuluh ribu ringgit.

Namun, kami di kalangan warga numismatik tidak boleh berbuat apa kerana mereka tidak melanggar apa-apa peraturan Facebook. Untuk blog www.malaysiancoin.com kami hanya boleh mengambil tindakan apabila mereka menggunakan gambar dan maklumat daripada blog kami tanpa izin serta menyebarkan cerita yang tidak benar mengenai gambar tersebut.

Page sebegini juga membuka peluang kepada scammer untuk mendapatkan maklumat bakal mangsa mereka kerana kebanyakkan netizen dengan mudahnya mengiklankan duit lama mereka beserta dengan nombor telefon mereka.

Jika tidak pun, ada yang mencuba nasib menghantar mesej kepada scammer luar negara yang turut meletakkan iklan mereka di page-page tersebut.

Jadi tidak hairanlah jika scam jual beli duit lama makin berleluasa.

Apa sahaja berita sensasi mengenai numismatik akan cepat tular kerana ianya memberikan harapan kepada orang yang menekan butang like dan share untuk menjadi orang kaya.

Adakah orang Malaysia lebih suka mencuba nasib atau lebih suka membaca mencari ilmu?

Tepuk dada tanya selera....
Read More

Khamis, 24 Januari 2019

Kenapa bukan collector salah faham tentang hobi ini

Bukan collector duit lama dimana-mana negara sekalipun mempunyai tanggapan yang lebih kurang sama tentang hobi mengumpul duit lama. Berikut kami senaraikan salah faham yang biasanya ditimbulkan oleh bukan collector tentang hobi ini.

mengumpul duit lama

Jika anda bukan collector cuba belajar dan memahami hobi ini, pastinya kes-kes scam duit lama di Media Sosial dapat dikurangkan. 😊

Hobi mengumpul duit lama ini nampak mudah tetapi jika tiada ilmu anda mungkin mengalami kerugian dikemudian hari.


Kenapa bukan collector salah faham tentang hobi mengumpul duit lama:

1. Malas membaca mencari ilmu
Sebab utama salah faham dikalangan bukan collector mengenai hobi ini biasanya terjadi kerana sifat malas membaca. Menjadi suatu trend atau tabiat buruk pembaca dari Media Sosial sekarang ini, mereka hanya membaca tajuk dan memberikan pendapat hanya berdasarkan tajuk yang mereka baca.


2. Cerita palsu duit lama yang dibaca di Internet.
Cerita mengenai duit lama berharga tinggi adalah antara cerita yang mudah untuk ditularkan. Oleh sebab itu, banyak blog serta Facebook pages yang ditulis oleh bukan collector amat gemar menulis cerita palsu mengenai harga duit lama. Bukan collector lebih percaya kepada cerita yang di viralkan kerana ianya memberi harapan kepada mereka untuk membuat keuntungan tinggi.


3. Mempunyai anggapan yang salah
Kebanyakkan bukan collector mempunyai tafsiran/anggapan/andaian mereka sendiri mengenai hobi mengumpul duit lama antaranya beranggap setiap duit syiling boleh dijual pada harga yang tinggi dan pengumpul duit lama tak kisah tentang harga duit syiling, letaklah harga berapa sekalipun, jika nasib baik pasti ada pembeli duit lama yang akan beli. 😁

Rasa macam pengumpul duit lama ni bodoh sangat lak. 😂

Kami telah tulis mengenainya sebelum ini; 7 anggapan salah bukan collector kepada hobi mengumpul duit lama.


4. Kawan-kawan yang memberi ilmu yang salah
Apabila bercerita tentang duit lama, pasti ada kawan-kawan yang akan memberikan nasihat percuma kepada rakan-rakan bukan collector. Kalau yang bagi nasihat tu seorang collector takpelah tapi kalau yang bagi nasihat tu dia sendiri pun tak pernah simpan duit lama? 😓


5. Peranan surat khabar yang suka berkongsi Berita sensasi
Pada masa sekarang, suratkhabar fizikal bukanlah menjadi pilihan kebanyakkan pembaca Malaysia, boleh lihat jumlah edaran kesemua suratkhabar yang sudah mula jatuh merudum. Berita sensasi yang suka dikongsi mengenai duit lama berharga tinggi, memberi tanggapan berita tersebut betul. Ayat temuramah yang pasti ada didalam berita-berita seperti itu, "ada yang menawarkan harga berjuta ringgit tapi saya tak jual". Sedangkan collector duit lama pun kalau ada orang nak beli syilingnya pada harga berjuta ringgit sanggup nak jual. 😅


6. Takut ditipu oleh pengumpul duit lama
Kebanyakkan daripada bukan collector tidak mahu percaya duit syiling yang mereka ada berharga murah kerana takut ditipu oleh pengumpul duit lama. Itulah sebabnya apabila pengumpul duit lama memberitahu syiling 50 sen 1967 dan 1968 terbelah mereka hanya berharga RM3, itu pun jika ada yang nak beli, ramai yang tidak percaya.


7. Di kebanyakkan laman web, duit lama dijual pada harga tinggi
Lazada, Mudah, Shoppe, Facebook dan banyak lagi laman web e-dagang, duit lama dijual pada harga yang tinggi. Bukan collector melihat harga yang dijual itu bermaksud itulah harga pasaran duit lama untuk syiling yang mereka ada. Mereka tak tahu yang jual pada harga tinggi berpuluh ribu tu sebenarnya bukan collector macam mereka juga. 😒



Kesimpulannya, nak faham mengenai hobi mengumpul duit lama ni, belajarlah membaca mencari ilmu. 

Tak nak baca blog kami, ada banyak buku-buku numismatik yang diterbitkan oleh rakan-rakan numismatik. Pergi cari buku-buku tersebut dikedai-kedai numismatik berdekatan anda.

Tak nak baca blog kami, boleh baca blog-blog rakan numismatik lain yang banyak berkongsi ilmu mengenai hobi ini. 

Tapi kalau nak baca juga, kami ada tulis artikel sebelum ini untuk bukan collector belajar mengenai hobi mengumpul duit lama ini; Apa yang anda perlu tahu mengenai koleksi duit lama.

Rakan-rakan collector ada yang nak tambah? Sila komen di Facebook pages Malaysiacoin.
Read More

Rabu, 12 Disember 2018

Koleksi ephemera berkaitan duit syiling

Selain duit atau wang kertas, apa sahaja barang-barang yang ada kaitannya dengan duit atau wang kertas biasanya dijadikan koleksi oleh para pengumpul. Poster, flyer, keratan akhbar, risalah dan juga lakaran asal duit syiling adalah antara barangan ephemera yang dikumpul oleh pengumpul duit lama.

Koleksi ephemera

Ephemera bermaksud barang-barang yang digunakan pada masa singkat semasa ianya dikeluarkan. Sebagai contoh tiket bas, tiket panggung wayang, poster dan juga poskad.

Tidak ramai orang yang mengumpul koleksi ephemera berkaitan duit syiling atau mata wang Malaysia kerana harga jualannya yang rendah dan memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan koleksi ephemera. Namun, adakalanya ia hanya memakan kos yang rendah untuk mendapatkan koleksi tersebut kerana pemilik asalnya ingin menggunakan ruang yang digunakan untuk menyimpan koleksi ephemera atau barang tersebut tidak lagi diperlukan.

Selain daripada pasar karat (flea market), ada pengumpul yang sanggup menunggu sehingga jualan syiling peringatan selesai untuk mendapatkan bunting, risalah, tag tangan bernombor Bank Negara Malaysia (BNM) dan adakalanya kotak kayu yang digunakan untuk menyimpan syiling peringatan BNM. Itu pun jika bernasib baik. Benda-benda tersebut mungkin di anggap sebagai sampah bagi sesetengah orang tetapi ianya adalah koleksi berharga bagi para pengumpul tegar numismatik.

Selain koleksi berkaitan BNM, ada juga pengumpul ephemera yang mengumpul barang-barang berkaitan Pameran Wang seperti Pameran Wang Trigo Kuala Lumpur dan juga Kuala Lumpur International Money Fair (KLIMOF) yang pernah diadakan lebih sedekad yang lalu.

Selain itu, barang-barang seperti bunting, poster dan juga risalah boleh didapati daripada pencetak asal yang mendapat kontrak mencetak barang-barang tersebut. Itu pun jika ada maklumat mengenai pencetak tersebut bocor ditangan pengumpul.

Pengumpul koleksi ephemera numismatik pada kebiasaannya adalah para pengumpul tegar yang inginkan kelainan berbanding pengumpul lain.

Koleksi ephemera numismatik seperti lakaran asal duit syiling dari perekanya amat sukar didapati dan menjadi buruan para pengumpul. Kebiasannya di Malaysia, para pengumpul ephemera amat jarang berkongsi barang-barang yang di anggap rare sebegini kerana khuatir barang-barang tersebut dirampas oleh pihak berkuasa.

Adakah anda salah seorang pengumpul koleksi ephemera numismatik?
Read More

Selasa, 11 Disember 2018

Mengumpul duit syiling palsu

Satu lagi cabang mengumpul duit syiling yang agak menarik adalah mengumpul duit syiling palsu. Kepada bukan collector, ianya mungkin agak pelik tetapi mengumpul duit syiling palsu adalah salah satu cabang numismatik yang ada peminatnya yang tersendiri.

Kenapa numismatist mengumpul duit palsu?
Antara sebab paling utama adalah untuk pendidikan, duit syiling palsu yang disimpan memastikan collector faham bagaimana untuk membezakan duit syiling palsu dengan yang asli. Selain itu, ianya juga digunakan untuk melihat cara bagaimana syiling palsu tersebut dibuat. Ada yang dibuat menggunakan acuan die dan hampir menyerupai syiling yang asli.

Raja Sweden

Selain dibuat untuk digunakan sebagai duit syiling asli, ada duit syiling yang dikeluarkan untuk mengejek seorang Raja atau pemerintah. Syiling palsu seperti yang dipaparkan di atas adalah syiling yang dikeluarkan untuk menghina Raja Sweden. Permukaan yang mempunyai potrait Raja Carl XVI Gustaf ditukar perkataannya menjadi sesuatu yang menghina raja tersebut. 

Ada juga duit palsu yang dikeluarkan untuk tahun duit syiling yang tidak pernah dikeluarkan atau pun tahun yang dikeluarkan tetapi mempunyai jumlah keluaran yang sedikit, ianya adalah perangkap kepada collector baru yang mempunyai wang yang banyak tetapi tidak mempunyai panduan untuk mengumpul yang betul. Duit syiling 50 sen 2006 adalah antara duit syiling yang dikeluarkan khas untuk collector seperti ini.

Adakalanya, duit syiling palsu dikeluarkan dengan denominasi yang berlainan untuk mengaburi mata para collector yang tidak berpengalaman, ianya dijual dengan harga yang mahal. Jika tiada ahli numismatist yang berkongsi maklumat mengenai duit palsu tersebut, sudah pasti ramai yang membelinya dengan harapan ianya boleh dijual dengan harga yang tinggi suatu hari nanti.

Duit syiling Straits Settlements adalah antara duit syiling yang mempunyai duit syiling palsu dengan denominasi yang berlainan. Ada bukan collector yang membeli syiling sebegini kerana menganggapnya sebagai rare.

Duit Syiling palsu Malaysia
Duit syiling 50 sen Bunga Raya dan Parlimen adalah duit syiling yang banyak memasuki edaran dan tanpa disedari ianya digunakan oleh kita seharian. Ianya sukar dikenal pasti oleh orang biasa kerana ianya dibuat menggunakan acuan die serta hampir menyerupai syiling yang asli.

Syiling palsu

Ada kalanya, ahli numismatist yang tidak berpengalaman turut tidak mengenali duit syiling palsu yang dibuat menggunakan acuan die. Ianya memerlukan pengalaman dan pendedahan kepada duit syiling palsu Malaysia.

Ada yang menggunakan logam yang hampir sama dengan logam syiling yang asli. Pada kebiasannya, logam yang digunakan mempunyai harga pasaran yang lebih murah daripada nilai muka syiling tersebut untuk memastikan pembuat duit syiling palsu mendapat keuntungan. Duit syiling palsu yang melekat magnet adalah lebih rare daripada duit syiling palsu yang biasa.

Ada juga duit syiling palsu yang disalut (plated) dengan logam menyerupai logam yang asli tetapi didalamnya menggunakan logam yang murah. Warna asal logam akan kelihatan apabila syiling palsu tersebut sudah lama berada di edaran.

Anda boleh membaca artikel yang ditulis oleh Sifu Dickson Niew sebelum ini mengenai duit syiling palsu Malaysia; Malaysia counterfeit coins: 50 sen Bunga Raya


Menyimpan duit syiling palsu adalah satu kesalahan
Ahli numismatist bukan bertujuan menyimpan duit syiling palsu untuk membuat duit syiling palsu. Kebanyakkan ahli numismatist tahu ianya adalah menjadi satu kesalahan dibawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Kanun Keseksaan memiliki wang palsu. Namun, kami perlu untuk menyimpannya sebagai rujukan dan panduan untuk membezakannya dengan yang asli.
Read More

Isnin, 10 Disember 2018

Mengumpul duit syiling bi-logam

Selain duit syiling luar negara, mengumpul duit syiling bi-logam (bi-metal) atau dwilogam juga adalah salah satu cabang mengumpul duit lama yang digemari oleh para pengumpul duit lama di Malaysia. Ianya tidak memakan belanja yang besar berbanding dengan cabang mengumpul duit lama yang lain.

syiling bi-logam

Apa itu duit syiling bi-logam?
Duit syiling bi-logam adalah syiling yang terdiri daripada dua (2) logam atau aloi, pada kebiasaannya disusun dengan cincin luar dan cincin pusat yang berbeza logam atau aloinya.


Duit syiling bi-logam luar negara
Kebanyakkan pengumpul duit syiling bi-logam memilih untuk mengumpul syiling luar negara kerana ianya lebih murah dan boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai pengumpul duit lama. Jika anda tidak kisah dengan kualiti duit syiling, ada di antara syiling bi-logam ini yang boleh didapati pada harga serendah RM5 sekeping.

Syiling negara jiran, Thailand antara negara yang suka mengeluarkan syiling bi-logam selain daripada negara euro. Selain dari itu, India, Russia, Mexico, Turki dan China adalah antara negara yang banyak mengeluarkan syiling bi-metal.

Ada di antara syiling bi-metal ini yang susah didapati di pasaran kerana ianya dikeluarkan sebagai syiling peringatan dan dikeluarkan dalam jumlah yang kecil oleh kilang wang negara tersebut.


Duit syiling bi-logam yang dikeluarkan oleh Malaysia
Semasa artikel ini ditulis, Bank Negara Malaysia hanya ada mengeluarkan tiga (3) syiling bi-logam. Kesemua syiling tersebut adalah duit syiling peringatan 1 Ringgit. Untuk anda yang baru sahaja bermula mengumpul duit syiling bi-logam, disyorkan untuk melangkau koleksi ini kerana harganya yang agak mahal berbanding syiling bi-logam luar negara.

shah alam

Syiling peringatan 1 Ringgit Bandaraya Shah Alam dikeluarkan sempena pengisytiharan status Shah Alam sebagai bandaraya pada tahun 2000.

Piala Thomas

Syiling peringatan 1 Ringgit Piala Thomas ini dikeluarkan pada 2 Mei 2000 sempena kejuaraan itu yang di adakan di Malaysia pada 11-21 Mei 2000. Ianya menggunakan logam Nickel dan Brass. Bahagian tengah syiling berlatar belakangkan corak bulu tangkis (shuttlecock) dan Piala Thomas sebagai motif utamanya ditengah-tengah.


Songket

Syiling Peringatan 1 Ringgit Songket ini dikeluarkan pada 14 Februari 2006. Ianya menggunakan 75% Copper dan 25% Nickel. Hanya 20,000 keping syiling 1 Ringgit ini dikeluarkan bersempana dengan usaha mempromosikan tenunan songket Malaysia yang dimulakan oleh Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood.


Bagaimana dengan anda? Adakah anda ada mengumpul duit syiling bi-logam?
Read More

Jumaat, 11 Mei 2018

Kesan cap jari pada syiling

Collector newbies seringkali tidak sedar pada duit syiling mereka, ada kesan cap cari yang mencacatkan duit syiling yang disimpan. Secara umumnya, apabila kesan cap jari sudah kelihatan, duit syiling tersebut sudah rosak dan tidak ianya tidak mungkin boleh di perbaiki lagi.

cap jari

Kesan cap jari terjadi apabila collector memegang permukaan duit syiling, peluh dan juga minyak yang ada pada jari akan dipindahkan pada syiling yang dipegang. 

Pada kebiasaannya, kesan cap jari ini tidak akan terus kelihatan, ia memerlukan beberapa hari hingga beberapa bulan sebelum kesan cap jari tersebut kelihatan dengan jelas pada duit syiling.

Kesan cap jari tersebut tidak merosakkan logam syiling tetapi ia menjadikan permukaan syiling tersebut menjadi kurang menarik.

Sebab itu, adalah disarankan untuk mencuci serta mengeringkan tangan sebelum memegang duit syiling dan disarankan juga memegang tepi duit syiling bagi mengelakkan sebarang kesan pada syiling yang anda kumpul.

Cara terbaik adalah mengelakkan memegang syiling berkondisi Uncirculated dan Brilliant Uncirculated anda secara terus. Gunakan sarung tangan atau penyepit duit syiling yang khas.

Namun, kesan cap jari pada syiling boleh jadi berharga jika cap jari tersebut adalah milik celebriti atau tokoh ternama seperti Perdana Menteri yang baru, Tun Dr. Mahathir. Jika anda dapat sahkan yang ianya adalah cap jari yang asli sudah pasti harga syiling tersebut akan melambung tinggi.

Anda dah baca artikel kami sebelum ini? Kemungkinan untuk rakyat Malaysia memiliki Syiling Peringatan dengan potrait Tun Dr. Mahathir kembali terbuka. adakah anda akan membelinya jika Bank Negara Malaysia (BNM) membuatnya?

Read More

Ahad, 4 Februari 2018

Soalan Lazim Tempahan Online Wang Peringatan

Berikut merupakan soalan-soalan lazim yang kerap ditanya oleh orang ramai berkenaan dengan Tempahan dalam talian (Online) Wang Peringatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Soalan dan jawapan ini dikongsi oleh BNM semasa mengumumkan tempahan online wang peringatan.

Soalan Lazim bnm


TEMPAHAN DALAM TALIAN UNTUK WANG PERINGATAN YANG DIKELUARKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA
SOALAN LAZIM


Tempahan

1. Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan?
Tempahan boleh dibuat di https://duit.bnm.gov.my

2. Saya tidak mempunyai akses kepada Internet. Bagaimanakah cara untuk saya membuat tempahan?
Anda boleh meminta bantuan orang lain untuk membuat tempahan bagi pihak anda. Namun, anda perlu mengambil sendiri wang peringatan yang ditempah. Wakil TIDAK dibenarkan.

3. Adakah Muzium dan Galeri Seni (MAG) terletak di ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur?
Tidak, MAG terletak di bangunan Sasana Kijang, kira-kira 200 meter dari ibu pejabat Bank Negara Malaysia.

4. Adakah saya boleh membuat tempahan untuk lebih daripada seorang?
Ya, anda boleh membuat tempahan untuk lebih daripada seorang. Namun, setiap tempahan hendaklah mengandungi butir peribadi pembuat tempahan berkenaan (nama dan nombor kad pengenalan/pasport). Pengambilan wang peringatan hendaklah dibuat sendiri oleh pembeli yang berjaya. Wakil TIDAK dibenarkan.

5. Adakah terdapat had umur bagi mereka yang berminat membuat tempahan?
Tiada had umur ditetapkan. Namun, pengambilan wang peringatan hendaklah dibuat sendiri oleh pembeli yang berjaya itu. Wakil TIDAK dibenarkan.

6. Bolehkah saya membuat tempahan jika saya tidak mempunyai MyKad?
Bukan warganegara Malaysia boleh menggunakan butiran pasport untuk membuat tempahan. Pembeli yang berjaya perlu menunjukkan bukti pengenalan diri yang sah semasa mengambil wang peringatan.

7. Saya warganegara Malaysia. Bolehkah saya membuat tempahan dengan menggunakan butiran pasport?
Tidak boleh. Warganegara Malaysia hendaklah menggunakan butiran MyKad sahaja. Hanya bukan warganegara Malaysia dibenarkan menggunakan butiran pasport.

8. Terdapat kesilapan dalam tempahan saya. Bolehkah saya menghantar semula tempahan yang telah dibetulkan?
Anda tidak dibenarkan meminda tempahan setelah tempahan dihantar. Oleh itu, sila pastikan tempahan anda betul dan tepat, sebelum menghantarnya.

9. Mengapakah Bank Negara Malaysia memperkenalkan tempahan dalam talian?
Tempahan dalam talian bertujuan memudahkan orang ramai membuat tempahan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh tempahan yang ditetapkan, tanpa perlu berada di lokasi jualan.

10. Adakah proses tempahan baharu ini menyusahkan?
Proses tempahan dalam talian yang baharu dan lebih baik ini lebih mudah dan cepat.



Proses Pengundian

11. Bagaimanakah saya boleh memastikan bahawa tempahan saya sudah dimasukkan dalam senarai undian?
Anda boleh menyimpan/mencetak pengesahan tempahan anda selepas selesai menghantarnya.

12. Bagaimanakah saya boleh memastikan bahawa proses undian dibuat secara telus?
Proses undian dibuat dengan bantuan sistem komputer. Keseluruhan proses ini dipantau oleh juruaudit dalam Bank Negara Malaysia untuk memastikan ketelusan proses.


Pengumuman Keputusan Tempahan

13. Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan tempahan?
Keputusan tempahan atau undian bagi wang peringatan akan diumumkan pada 25 Januari 2018 di www.bnm.gov.my dan di Muzium dan Galeri Seni (MAG) Bank Negara Malaysia serta Pejabat-Pejabat Bank Negara Malaysia di seluruh negara.

14. Bagaimanakah penjualan dibuat sekiranya tempahan yang diterima kurang daripada kuantiti yang dijual?
Sekiranya ini berlaku, semua tempahan wang peringatan berkenaan dianggap berjaya. Wang peringatan selebihnya akan dijual secara runcit di MAG.


Pengambilan Tempahan Yang Berjaya

15. Tempahan saya berjaya. Bilakah saya boleh mengambil wang peringatan tersebut?
Pembeli yang berjaya boleh membayar dan mengambil wang peringatan yang ditempah di lokasi pengambilan yang ditetapkan pada tarikh berikut:
25 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018:
 Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
 Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia
22 Februari 2018 hingga 28 Februari 2018:
 Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V

Lokasi pengambilan adalah di Muzium dan Galeri Seni, Bank Negara Malaysia (setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum) dan Pejabat-Pejabat Bank di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu (hari bekerja biasa). Pembeli perlu datang sendiri dan menunjukkan bukti pengenalan diri yang sah (MyKad untuk warganegara Malaysia atau Pasport untuk bukan warganegara Malaysia) untuk mengambil wang peringatan yang ditempah.

16. Untuk pengambilan wang peringatan, bolehkah saya membawa salinan cetak dokumen pengenalan diri sebagai bukti?
Ya, salinan cetak atau bukti pengenalan diri yang asal diterima dalam proses pengambilan wang peringatan. Bukti pengenalan diri HENDAKLAH sama seperti butiran yang dinyatakan dalam tempahan yang dihantar.

17. Saya merupakan warganegara Malaysia. Bolehkah saya mengambil tempahan dengan menggunakan pasport Malaysia?
Tidak boleh. Pasport Malaysia tidak diterima sebagai dokumen pengenalan diri yang sah bagi warganegara Malaysia yang ingin mengambil wang peringatan yang ditempah.

18. Bilakah saya boleh membuat pembayaran?
Pengumuman bagi jualan atau keputusan undian wang peringatan akan dibuat pada 25 Januari 2018 dalam seksyen Notis dan Pengumuman, laman sesawang Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my). Jika anda pembeli yang berjaya, anda boleh membuat pembayaran semasa mengambil wang peringatan tersebut.

19. Bolehkah saya mengambil wang peringatan bagi pihak pembeli lain yang berjaya?
Tidak boleh. Pembeli yang berjaya perlu mengambil sendiri wang peringatan yang ditempah, dengan membawa bukti pengenalan diri. Pengambilan bagi pihak pembeli yang lain TIDAK dibenarkan.

20. Saya tidak dapat mengambil wang peringatan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bolehkah saya mengambil wang peringatan tersebut pada masa yang lain?
Tidak boleh. Pembeli yang berjaya perlu mengambil sendiri wang peringatan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Wang peringatan yang tidak diambil akan dimasukkan dalam senarai rizab wang peringatan.

Read More

Ahad, 28 Januari 2018

Mengambil Wang Peringatan di Sasana Kijang, apa yang anda perlu tahu

Bukan semua orang yang memenangi undian tempahan wang peringatan pernah pergi ke Sasana Kijang, ramai yang tak tahu dimana hendak meletakkan kenderaan, dimana perlu pergi dan bagaimana pula dengan cara pembayaran di Sasana Kijang. Apa yang anda perlu tahu tentang mengambil Wang Peringatan di Sasana Kijang?


Sasana

Dimana Sasana Kijang?
Sasana Kijang terletak bersebelahan dengan Memorial Tunku Abdul Rahman dan Open Universiti Malaysia (OUM). Ianya juga terletak tidak jauh daripada bangunan Bank Negara Malaysia di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.

Apa yang perlu anda bawa?
Jangan lupa Kad pengenalan atau Passport orang yang memenangi tempahan wang peringatan tersebut. Pemenang undian perlu ada semasa mengambil tempahan wang peringatan. Setakat ini tiada maklumat jika boleh membuat surat wakil jika pemenang tidak dapat hadir.

Kurangkan membawa beg untuk masuk ke Sasana Kijang kerana perlu di scan oleh pengawal keselamatan. Jika anda tidak kisah dengan perkara ini, tidak ada masalah.

Adakah Stesen LRT berdekatan Sasana Kijang?
Stesen keretapi atau LRT terdekat adalah Stesen Komuter Bank Negara tetapi anda perlu berjalan mendaki bukit sejauh 1 kilometer untuk sampai ke Sasana Kijang.

Masa terbaik untuk mengambil wang peringatan
Hari pertama dan juga Sabtu dan Ahad yang pertama pada kebiasaannya ramai orang yang akan pergi mengambil wang peringatan mereka. Hari bekerja selain daripada hari mula-mula wang peringatan boleh diambil adalah waktu terbaik kerana orang ramai sudah mula berkurangan.

Tempat letak kenderaan (Parking)
Tempat letak kenderaan (Parking) di Sasana Kijang dikenakan bayaran RM5 sekali masuk pada hari biasa dan percuma pada masa cuti hujung minggu (Sabtu Ahad) dan juga cuti umum. Anda boleh meletakkan kenderaan di Aras LG5 semasa hari biasa.

Ada dua laluan masuk ke Tempat letak kenderaan (Parking) Sasana Kijang:
i. Disebelah atas, boleh kelihatan pondok pengawal, berdekatan dengan pintu masuk Memorial Tunku Abdul Rahman.
ii. Disebelah bawah, berdekatan dengan pintu masuk Open Universiti Malaysia (OUM).

Jika boleh, elakkan untuk meletakkan kenderaan dibahu jalan sekitar Sasana Kijang kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur biasanya akan menunda atau menyaman kenderaan yang meletakkan kenderaan dibahu jalan.

Tempat mengambil Wang Peringatan
Setakat 28 Januari 2018, tempat mengambil wang peringatan adalah di Auditorium Sasana Kijang bukan di Muzium & Galeri Seni seperti sebelum ini. Jika anda menaiki lif daripada tempat letak kereta, ianya disebelah kiri. Untuk lebih mudah, ianya terletak di tengah-tengah bangunan Sasana Kijang.

Kaedah pembayaran Wang Peringatan
Bayaran pembelian wang peringatan di Sasana Kijang boleh menggunakan wang tunai atau kad kredit. Di pejabat Bank Negara Malaysia di negeri juga sudah boleh menggunakan kad kredit, asalkan mesin kad kredit tidak bermasalah semasa anda datang.

Apa yang ada di Sasana Kijang?
Anda boleh baca artikel kami sebelum ini; Sasana Kijang-Muzium Bank Negara Malaysia.

Read More

Rabu, 25 Januari 2017

Syiling atau medalion?

Kita kerap kali membaca di dalam akhbar arus perdana, terdapat berita mengenai "syiling" baru dikeluarkan tetapi apabila berita itu dibaca dengan teliti, ia sebenarnya hanyalah medalion peringatan yang menyerupai seperti syiling.

syiling emas

Bagi bukan collector, apa sahaja yang bulat menyerupai bentuk seperti duit syiling itu adalah "syiling" tetapi didalam numismatik terdapat perbezaaan di antara syiling dan medalion.

Apakah yang dimaksudkan sebagai syiling?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, syiling adalah mata wang yg dibuat drpd logam dan wang bermaksud alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah.

Apakah yang dimaksudkan sebagai medalion?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, medalion adalah sejenis barang perhiasan yg berbentuk bulat atau lonjong dll (dibuat drpd emas dll dan digantungkan pd kalung, jam, dll).

Maksud Syiling menurut numismatik
Didalam Numismatik, duit syiling adalah mata wang yang mempunyai nilai yang diperakui sah (legal tender) yang dikeluarkan oleh kerajaan atau negara. Jika ianya tidak mempunyai nilai yang diperakui sah ianya bukanlah syiling.

Untuk kes Malaysia, setiap syiling perlu ada nilai Ringgit atau Sen dicetak dipermukaan syiling tersebut. Hanya Bank Negara Malaysia sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan duit syiling "Malaysia" sepertimana yang diperuntukkan dibawah Akta Bank Negara Malaysia 2009

Mengikut akta tersebut unit mata wang di Malaysia ialah ringgit, yang dibahagikan kepada satu ratus sen dan singkatan bagi ringgit ialah “RM” atau “MYR”.

Selain itu, menurut Akta tersebut, Bank Negara hendaklah menjadi pihak berkuasa tunggal untuk mengeluarkan mata wang kertas dan syiling di Malaysia dan wang kertas dan syiling itu hanya boleh dicetak atau ditempa oleh atau di bawah kuasa Bank. Hanya mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara adalah sah diperlakukan di Malaysia.

Syiling Kraftangan


syiling

Trend masa kini, syiling atau medalion?
Sudah menjadi trend masa kini, setiap kali ada medallion dikeluarkan ianya dikaitkan dengan duit syiling serta numismatik. Bagi bukan collector, ianya perkara biasa sahaja tidak ada silapnya tetapi bagi collector ianya adalah kesilapan kecil yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bukan warga numismatik yang cuba untuk menjual produk mereka sebagai koleksi numismatik.

Mungkin ramai yang beranggapan apabila ianya disebut sebagai syiling, ramai collector numismatik yang akan membeli produk mereka. Namun, adakah ianya dibolehkan didalam Malaysia untuk menyebut produk medalion sebagai syiling mengikut Akta Bank Negara Malaysia?

Sebenarnya, penjual medalion tidak perlu risau, didalam numismatik, medalion juga adalah antara yang dikumpul oleh warga numismatik. Medalion ada pengumpulnya yang tersendiri, sebutlah koleksi itu sebagai "syiling" tetapi jika collector tersebut tidak berminat dengan medalion, mereka tidak akan membelinya kecuali untuk collector yang terikut-ikut dengan trend rakan-rakan yang membeli medalion sebagai koleksi.

Selain dari itu, ada juga rakan-rakan collector yang berminat membeli medalion kerana tema dan juga rekabentuk medalion tersebut menarik.

Ada juga medalion yang suatu waktu dahulu dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit pada masa sekarang ini menjadi popular dikalangan warga numismatik.

Jumlah yang sedikit itu bukanlah 999 keping (untuk medalion berharga lebih dari RM100), didalam numismatik Malaysia, apa sahaja yang dikeluarkan pada jumlah lebih dari 200 keping/set itu biasanya dah agak banyak.

Tidak semua orang mengumpul medalion kerana ianya tidak mempunyai "legal tender" tetapi tidak bermakna medalion tidak dikumpul oleh pengumpul syiling.

Pihak kami melihat, trend mengelar "medalion" sebagai "duit syiling" seolah-olah ianya adalah koleksi numismatik yang "legal tender" adalah suatu cara marketing yang tidak sihat.

Setahu kami hanya Bank Negara Malaysia sahaja yang boleh mengeluarkan "Duit Syiling" di Malaysia tetapi mungkin sekarang ini dibenarkan medalion disebut sebagai "Duit Syiling" tetapi carian kami untuk akhbar-akhbar lama sebelum ini, ianya disebut dengan jelas sebagai medalion bukan syiling, paling tidak pun disebut syiling medalion.

Pendapat anda bagaimana?
Read More

Selasa, 24 Januari 2017

Mana satu obverse reverse duit syiling?

Semalam kami membicarakan mengenai istilah yang digunapakai didalam numismatik untuk duit syiling Parlimen Malaysia, Istilah Numismatik: Anatomi duit syiling. Ada yang bertanya betulkah muka depan (obverse) syiling parlimen Malaysia adalah imej parlimen sepertimana yang kami kongsikan.

malaysia coin obverse

Kami memang akui adalah agak sukar untuk menentukan obverse atau reverse duit syiling Malaysia kerana syiling kita tidak ada potret wajah pemimpin seperti syiling UK atau US.

Sebab itu ada yang memanggil muka depan syiling sebagai "head" atau didalam bahasa melayunya "kepala" kerana ia biasanya mempunyai imej potret.

Secara umumnya, muka duit syiling yang mempunyai imej yang lebih besar dipanggil sebagai muka hadapan (obverse).

Jika anda mempunyai buku rujukan numismatik, Buku yang dihasilkan oleh Master Sifu Steven Tan dan Master Sifu KN Boon sebenarnya ada mendapat kelulusan dari Bank Negara. Ianya sudah pasti telah disemak sebelum diterbitkan untuk edaran pasaran.

Anda yang mempunyai buku tersebut pasti perasan, muka hadapan (obverse) syiling pada kebiasaannya diletakkan disebelah kiri dan muka belakang (reverse) diletakkan disebelah kanan. Anda juga sepatutnya boleh melihat kedudukan syiling sebegini di Muzium matawang atau muzium-muzium negeri kerana ianya adalah standard untuk memaparkan duit syiling. Namun, adakalanya ia diletakkan terbalik kerana kurang pengetahuan mengenai syiling tersebut.

Bagi duit syiling Malaysia, cara yang paling mudah untuk membezakan obverse atau reverse duit syiling adalah dengan melihat nilai denominasi duit syiling tersebut. Muka yang mempunyai nilai denominasi (1 Ringgit, 50 sen,  etc) pada kebiasaannya adalah muka belakang (reverse) duit syiling Malaysia.

Semoga suatu hari nanti ada yang berpeluang untuk melihat sendiri duit syiling Malaysia ditempa dikilang Wang Bank Negara di Shah Alam dan juga semoga Bank Negara Malaysia sudi membenarkan Kilang Wang dilawati untuk memudahkan para collector bertanya sendiri tentang proses tempaan duit syiling Malaysia.

Read More

Isnin, 23 Januari 2017

Istilah Numismatik: Anatomi duit syiling

Kepada bukan collector, sudah pasti ramai yang tidak tahu dan tidak faham nama-nama khas atau istilah numismatik yang betul, tepat dan sesuai untuk duit syiling. Hari ini kita berbincang mengenai Anatomi duit syiling Malaysia.

Istilah Numismatik

Istilah numismatik untuk duit syiling pastinya boleh mengelirukan untuk pengumpul duit syiling yang baru dan ia adalah penting bagi setiap pengumpul duit syiling untuk belajar nama istilah yang selalu digunakan oleh pengumpul duit syiling.

Setiap daripada istilah tersebut kami letakkan gambar untuk memudahkan anda memahami di mana setiap bahagian yang kami maksudkan terletak pada duit syiling anda.

Di bawah anda akan mencari terma duit syiling yang berkaitan dengan bahagian-bahagian duit syiling yang berbeza yang anda sering akan mendengar apabila membincangkan syiling dan duit syiling mengumpul dengan numismatists lain. Ilustrasi grafik akan membantu anda memahami di mana setiap istilah numismatik duit syiling itu berada pada duit syiling Malaysia. Duit Syiling Parlimen kami gunakan kerana ia mempunyai nama singkatan perekanya.

Setiap gambar juga kami mempunyai penjelasan yang lebih lanjut di bawah ilustrasi tersebut.

Kebanyakkan dari istilah-istilah ini kami menggunakan istilah bahasa Inggeris kerana ianya istilah yang biasa dipakai, jika dialih bahasa, tidak ramai ahli numismatik yang faham apa yang anda tanya kepada mereka nanti.

Anatomi duit syiling-bahasa numismatik:

muka depan

Obverse
Muka depan duit syiling Malaysia biasanya mempunyai motif atau imej utama sesuatu siri duit syiling tersebut. Anda boleh baca huraian lanjut didalam artikel ini; Mana satu obverse reverse duit syiling.

Inscriptions
Inskripsi adalah perkataan yang terdapat pada permukaan syiling bertujuan untuk menerangkan kepada kita kenapa syiling tersebut dibuat dan siapa yang mengeluarkannya.

Rim
Rim adalah bahagian yang mengelilingi duit syiling, biasanya adalah bahagian yang lebih tinggi daripada permukaan yang lain. Ianya diperbuat sedemikian untuk melindungi rekabentuk syiling dari cepat rosak.

Field
Latar belakang rata yang tidak digunakan untuk sebarang rekabentuk atau inskripsi.

Relief
Bahagian duit syiling yang lebih tinggi daripada Field.

Designer's initials
Singkatan nama pereka atau tandatangan pereka duit syiling ke atas rekabentuk syiling yang dihasilkannya dipanggil sebagai Designer's initials. Jika anda lihat pada duit syiling parlimen Malaysia, terdapat huruf GC. Tanda GC itu bermaksud "Geoffrey Colley", beliau adalah seorang pereka bentuk duit syiling UK yang terkenal dan banyak membuat rekaan duit syiling untuk pelbagai negara. Beliaulah yang membuat rekabentuk duit syiling parlimen kita. Anda boleh baca lebih lanjut didalam artikel ini; Syiling tanpa tanda GC 5 kali lebih mahal?

Denticles
Ianya kelihatan seperti gigi kecil yang mengelilingi duit syiling disepanjang rim duit syiling.


muka belakang

Reverse
Muka belakang duit syiling. Anda boleh baca huraian lanjut didalam artikel ini; Mana satu obverse reverse duit syiling.

Tahun
Tahun pada duit syiling biasanya menunjukkan bilakah ianya ditempa. Namun, ada medallion yang menyerupai duit syiling diletakkan tahun-tahun tertentu, bukan maklumat tahun tempahan medallion tersebut.

Denominasi
Denominasi atau nilai muka duit syiling adalah ditulis dalam SEN dan RINGGIT.

coin edge

Edge
Bahagian tepi atau bahagian sisi duit syiling biasanya mempunyai ciri-ciri keselamatannya yang tersendiri. Kepada anda yang masih tak faham apa itu Milled Edge terutamanya untuk syiling 50 sen, anda boleh baca maklumat yang kami berikan sebelum ini; Gambar syiling Milled Edge.

Read More