Khamis, 23 April 2020

Duit Syiling Siri Pertama - Parlimen

Siri pertama duit syiling Malaysia hanya mula diperkenalkan pada 12 Jun 1967 dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan diikuti oleh pengenalan duit syiling 1 ringgit (yang menggunakan simbol "$" duit syiling terbesar dalam siri ini) pada 1 Mei 1971.

Duit syiling siri pertama juga dikenali sebagai "siri Parlimen" dikalangan pengumpul duit lama kerana gambar parlimen di belakang syiling tersebut.

Ketika duit pertama Malaysia ini digunakan, duit lama British & Malaya Borneo masih lagi boleh digunakan sehingga ianya ditarik balik pada 16 Januari 1969.

Duit Parlimen

Pada bahagian hadapan siri ini kelihatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, sebagai lambang demokrasi Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang berbucu 13 diambil daripada bendera Malaysia, melambangkan Malaysia sebagai negara Islam dan 13 buah negeri di Malaysia.

Rekabentuk bahagian belakang untuk duit syiling seringgit adalah berbeza dengan duit syiling yang lain; Lambang bulan dan bintangnya lebih besar dan bintangnya berbucu 14 berbanding berbucu 13 untuk duit 1, 5, 10, 20 dan 50 sen.

Pada bahagian belakang, nilai denominasi tertera ditengah-tengah dan di apit bahagian tepi oleh bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia.

Duit syiling ini direka oleh Geoffrey Colley dan anda boleh menemui ukiran "GC" di bahagian hadapan duit syiling siri ini, dibawah bangunan Parlimen. Namun, ada juga duit syiling yang tidak mempunyai ukiran GC kerana masalah die syiling (alat untuk menempa duit syiling) yang tersumbat.

Duit Syiling Parlimen - Siri Pertama

1 sen Parlimen

Duit Syiling 1 Sen Parlimen

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 sen.
Diameter: 17.7 mm.
Berat: 1.94 gm.
Komposisi: Copper (1967-1973) Copper Clad Steel (1973-1988).
Sisi: Plain.
Mint: Royal Mint, UK., Hamburg Mint, Germany & Kilang Wang Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik: Syiling 1 sen Parlimen


5 sen

Duit Syiling 5 Sen Parlimen

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 5 sen.
Diameter: 16.2 mm.
Berat: 1.41 gm.
Komposisi: Copper -Nickel.
Sisi: Milled.
Mint: Royal Mint, UK & Kilang Wang Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik: Syiling 5 sen Parlimen


10 sen

Duit Syiling 10 Sen Parlimen

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 10 sen.
Diameter: 19.4 mm.
Berat: 2.82 gm.
Komposisi: Copper -Nickel.
Sisi: Milled.
Mint: Royal Mint, UK & Kilang Wang Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik: Syiling 10 sen Parlimen


20 sen

Duit Syiling 20 Sen Parlimen

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 20 sen.
Diameter: 23.5 mm.
Berat: 5.65 gm.
Komposisi: Copper -Nickel.
Sisi: Milled.
Mint: Royal Mint, UK., Hamburg Mint, Germany & Kilang Wang Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik: Syiling 20 sen Parlimen


50 sen

Duit Syiling 50 Sen Parlimen

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 50 sen.
Diameter: 27.7 mm.
Berat: 9.33 gm.
Komposisi: Copper -Nickel.
Sisi: Security Edge.
Mint: Royal Mint, UK & Kilang Wang Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik: Syiling 50 sen Parlimen


1 Ringgit

Duit Syiling 1 Ringgit Parlimen

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 ringgit.
Diameter: 33.9 mm.
Berat: 17.00 gm.
Komposisi: Copper -Nickel.
Sisi : Huruf ukir "BANK NEGARA MALAYSIA"
Mint:  Kilang Wang Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik: Syiling $1 ringgit Parlimen