Isnin, 11 Februari 2019

Duit lama boleh dijual lebih RM10000 di internet

Pelik tapi benar, semua duit lama boleh dijual lebih RM10,000 di internet. Nak jual sehingga harga 50,000 Ringgit pun boleh. Lihat saja di Mudah.my, Lazada, Carousell, Shoppee dan juga laman web jualan online mesti ramai yang jual pada harga sebegitu tinggi.

duit lama berharga

Namun, apa istimewanya duit lama yang anda ada sehingga ianya dijual pada harga yang tinggi?

Adakah kerana syiling yang anda ada tu pernah masuk didalam Top 15 duit syiling termahal Malaysia yang pernah dilelong?

Sesiapa sahaja boleh meletakkan harga yang mereka nak di laman web jualan online tetapi adakah orang akan membelinya? 😉

Adakah pengumpul duit lama mempunyai ilmu yang cetek, beli pada harga mahal untuk syiling yang tiada nilai didalam numismatik?

Syiling mana yang lebih mahal, syiling belah tepi atau syiling lekat magnet?

Ada berapa banyak syiling yang serupa dengan anda di Malaysia, jumlah pengeluaran (mintage) syiling tu anda dah periksa?

Bagaimana pula dengan kondisi syiling tersebut (UNC, Extremely Fine atau Fine sahaja)?

Adakah anda faham tentang istilah yang digunakan oleh pengumpul duit lama; mintage, kondisi duit syiling dll?

Kalau anda masih tak faham apa jawapan yang sepatutnya untuk kesemua persoalan di atas, kami nasihatkan anda untuk berhenti jual duit syiling lama. Jangan buat malu diri sendiri, tiada ilmu tapi nak berniaga juga benda yang anda tak tahu.

Kalau tak tahu malu, silalah berniaga duit lama. Kemungkinan untuk anda ditipu oleh pembeli scammer duit lama luar negara sangat tinggi kerana anda tak tahu apa yang anda jual.

Nak mencuba nasib nanti tak pasal-pasal duit habis bagi kat scammer. 😁

Pernahkah anda terfikir pengumpul duit lama sudah pasti mempunyai ilmu sedikit sebanyak bila nak beli duit lama. Biasa yang nak beli duit buruk yang anda jual tu scammer luar negara sahaja.

Duit lama boleh dijual lebih RM10000 di internet tapi kami pasti hanya scammer sahaja yang menghubungi penjual duit lama yang meletakkan harga hilang akal macam tu.

Belajarlah serba sedikit ilmu numismatik sebelum anda menjual duit lama.

Sekarang ni nak ilmu free senang jer dapat.

Nak kena scam free pun senang juga.... 😏