Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Ogos 2022

Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka

Malaya mula mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Pada malam 30 Ogos 1957, orang ramai berkumpul di padang Kelab Diraja Selangor menunggu detik 31 Ogos 1957. Apabila tengah malam menandakan tanggal 31 Ogos bermula, bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama dengan nyanyian "Negaraku" berkumandang. Di ikuti dengan 7 laungan "Merdeka" yang diketuai oleh Perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman. Pada tanggal 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan dengan kehadiran Sabah & Sarawak menganggotai Malaysia. Namun, hari kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Hari Malaysia disambut pada tanggal 16 September setiap tahun.

Senarai acara & informasi mengenai logo serta tema Hari Kebangsaan 2022 boleh diperolehi di artikel berikut; Logo & Tema Merdeka Malaysia 2022.

Logo & Tema Merdeka

Pada 2012, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kontroversi logo 55 tahun merdeka-Janji ditepati. Pemilik logo tersebut, Kementerian Penerangan, masih mahu mengekalkan logo yang dikutuk oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia. Rekabentuk logo yang tidak mencerminkan kemajuan negara ini (senang cerita design logo 55 tahun merdeka adalah logo kemerdekaan yang terburuk) beserta dengan tema kemerdekaan yanng tidak ada kena-mengena dengan sambutan kemerdekaan mengecewakan ramai rakyat Malaysia termasuk saya.

Untuk memudahkan anda membuat perbandingan, di sini saya sertakan tema dan logo merdeka Malaysia setiap tahun dari tahun 1970. Logo hanya mula diguna pakai pada tahun 1976.

Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka Malaysia

Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.
Tema: Muhibah dan Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.
Tema: Masyarakat Progresif
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.
Tema: Masyarakat Adil
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.
Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.
Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.
Tema: Masyarakat Berdikari
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema: Ketahanan Rakyat
Merdeka 1976
Logo Merdeka 1976


Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.
Tema: Bersatu Maju
logo merdeka 1977
Logo Merdeka 1977


Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.
Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan
Logo Merdeka 1978
Logo Merdeka 1978


Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.
Tema: Bersatu Berdisplin
Logo Merdeka 1979
Logo Merdeka 1979

Tahun: 1980-Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun
Tema: Berdisplin Berbakti
Logo Merdeka 1980
Logo Merdeka 1980


Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.
Tema: Berdisplin Berharmoni
Logo Merdeka 1981
Logo Merdeka 1981


Tahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.
Tema: Berdisplin Giat Maju
Logo Merdeka 1982
Logo Merdeka 1982


Tahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.
Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan
Logo Merdeka 1983
Logo Merdeka 1983


Tahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.
Tema: Amanah Asas Kejayaan
Logo Merdeka 1984
Logo Merdeka 1984


Tahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.
Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan
Logo Merdeka 1985
Logo Merdeka 1985


Tahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun
Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh
Logo Merdeka 1986
Logo Merdeka 1986


Tahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.
Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju
Logo Merdeka 1987
Logo Merdeka 1987


Tahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.
Tema: Bersatu
Logo Merdeka 1988
Logo Merdeka 1988


Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.
Tema: Bersatu
Logo Merdeka 1989
Logo Merdeka 1989


Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.
Tema: Berjaya
Logo Merdeka 1990
Logo Merdeka 1990


Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.
Tema: Wawasan 2020
Logo Merdeka 1991
Logo Merdeka 1991


Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun
Tema: Wawasan Asas Kemajuan
Logo Merdeka 1992
Logo Merdeka 1992


Tahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.
Tema: Bersatu Menuju Wawasan
Logo Merdeka 1993
Logo Merdeka 1993


Tahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan
Logo Merdeka 1994
Logo Merdeka 1994


Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun.
Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan
Logo Merdeka 1995
Logo Merdeka 1995


Tahun: 1996-Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.
Tema: Budaya Penentu Kecapaian
Logo Merdeka 1996
Logo Merdeka 1996


Tahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.
Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Logo Merdeka 1997
Logo Merdeka 1997


Tahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.
Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
Logo Merdeka 1998
Logo Merdeka 1998


Tahun: 1999-Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.
Tema: Bersatu Ke Alaf Baru
Logo Merdeka 1999
Logo Merdeka 1999


Tahun: 2000 hingga 2006-Sambutan Kemerdekaan ke 43 hingga 49 tahun.
Tema: Keranamu Malaysia
Logo Merdeka 2000_2001_2002_2003_2004_2005_2006
Logo Merdeka 2000_2001_2002_2003_2004_2005_2006


Tahun: 2007-Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun
Tema: Malaysiaku Gemilang
Logo Merdeka 50
Logo Merdeka 50


Tahun: 2008-Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun
Tema: Perpaduan Teras Kejayaan
Logo Merdeka 2008
Logo Merdeka 2008


Tahun: 2009-Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun
Tema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Logo Merdeka 2009
Logo Merdeka 2009


Tahun: 2010-Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi
Logo Merdeka 2010
Logo Merdeka 2010


Tahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Logo Merdeka 2011
Logo Merdeka 2011


Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.
Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati
Nota: Logo ditarik balik kemudian
Logo Merdeka 2012
Logo Merdeka 2012


Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Logo Merdeka 2013
Logo Merdeka 2013


Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Logo Merdeka 2014
Logo Merdeka 2014


Tahun: 2015-Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.
Tema: Malaysia #SehatiSejiwa
Logo Merdeka 2015
Logo Merdeka 2015



Tahun: 2016-Sambutan Kemerdekaan ke-59 tahun.
Tema: Malaysia #SehatiSejiwa
Logo Merdeka 2015
Logo Merdeka 2016



Tahun: 2017-Sambutan Kemerdekaan ke-60 tahun.
Tema:  Negaraku #SehatiSejiwa
Logo Merdeka 2017
Logo Merdeka 2017



Tahun: 2018-Sambutan Kemerdekaan ke-61 tahun.
Tema: Sayangi Malaysiaku
Merdeka 2018
Logo Merdeka 2018



Tahun: 2019-Sambutan Kemerdekaan ke-62 tahun.
Tema: Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
Logo merdeka 2019
Logo Merdeka 2019


Tahun: 2020-Sambutan Kemerdekaan ke-63 tahun.

logo merdeka 2020
Logo Merdeka 2020


Tahun: 2021-Sambutan Kemerdekaan ke-64 tahun.

logo merdeka 2021
Logo Merdeka 2021

Tahun: 2022-Sambutan Kemerdekaan ke-65 tahun.

logo merdeka 2022

Logo Merdeka 2022
Read More

Keluarga Malaysia Teguh Bersama: Lirik & Lagu Hari Kebangsaan 2022

Lagu Keluarga Malaysia Teguh Bersama dipilih sebagai lagu rasmi Hari Kebangsaan 2022. Lagu Keluarga Malaysia Teguh Bersama dicipta oleh Kusham dan liriknya oleh Zaira Sham.

Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Keluarga Malaysia Teguh Bersama dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 bersama dengan logo berkonsepkan Jalur Liputan Internet yang melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Keluarga Malaysia Teguh Bersama: Lirik & Lagu Hari Kebangsaan 2022

Setiap jiwa pasti bangga 
Atas nama bangsa Malaysia 
Sekian lama merdeka 
Tertumpahnya cinta 

Usia kita makin dewasa 
Berkali-kali kita diuji 
Kasihnya bangsa dibela 
Maruah dijaga 

Ooooo Laungan kita 
Malaysiaku..tanah airku 
Negaraku.. Malaysiaku.. 
Lihatlah kita..wahai bangsaku 

Semaikan cinta gerak hati pasti murni 
Nyala semangat dipalu 
Kita bagaikan aur dengan tebing 
Keluarga Malaysia teguh bersama 

Lagu : Kusham 
Lirik : Zaira Sham
Read More

Isnin, 24 Ogos 2020

Logo & Tema Merdeka Malaysia 2020

#MalaysiaPrihatin dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2020, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020 akan diadakan pada 28 Julai 2020 di Putrajaya.

logo Hari Kebangsaan 2020

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan, memaklumkan tema dan logo itu diperkenalkan oleh Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika mengadakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak.

Empat aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini. - Aktiviti terbabit ialah Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara bermula 9 Julai hingga 16 September, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya (28 Julai), Sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur (31 Ogos) dan Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak (16 September). 

Selain itu, pelbagai program serta pertandingan kenegaraan turut diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara, serta memberi peluang penyertaan kepada semua lapisan masyarakat. - Antaranya, Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), Merdeka@Komuniti, Pertandingan Pidato Kenegaraan, Sayembara Puisi Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka, yang akan bermula 16 Julai hingga 16 September depan.

logo merdeka 2020


RASIONAL LOGO
Logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang, melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

MAKSUD LOGO
Logo berbentuk hati
melambangkan Keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum. 
Warna biru tua 
Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Bulan Sabit
Islam adalah agama bagi persekutuan.
Bintang Pecah 14
Perpaduan 13 buah begeri dan kerajaan Persekutuan.
7 Jalur Merah Putih berbentuk hati
Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
Stigma Bunga Raya
Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
5 titik merah
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

RASIONAL TEMA
'Malaysia' membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan. "'Prihatin' pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia,

LAGU RASMI
Lagu tema Hari Kebangsaan 2020 bertajuk 'Malaysia Prihatin'; ciptaan Dato' Mokhzani Ismail dan lirik oleh El Sol Akhmad.

Untuk senarai penuh logo dan tema merdeka daripada tahun 1970 sehingga yang terkini, anda boleh melayari artikel; Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka.


Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Read More

Malaysia Prihatin: Lirik & Lagu Hari Kebangsaan 2020

Untuk tahun 2020, lagu 'Malaysia Prihatin' dipilih sebagai Lagu Hari Kebangsaan 2020. Lagu Malaysia Bersih ciptaan Dato' Mokhzani Ismail dan lirik oleh El Sol Akhmad. Ianya dinyanyikan oleh Siti Sarah, Alif Satar, Syamel, Aina Abdul.

Malaysia Prihatin

Malaysia Prihatin dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2020, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Semangat Malaysia Prihatin ini dizahirkan bukan saja oleh mereka yang bertugas di barisan hadapan, malah rakyat daripada pelbagai laporan masyarakat yang juga wira tidak didendangkan.

Lirik Lagu Tema Merdeka 2020: Malaysia Prihatin

Kedamaian
Milik kita bersama
Amanah bangsa
Abadikanlah
Junjung slamanya
Sinar cahaya satukan jiwa
Jiwa dan ragamu Teguh
Pada setiap insan Kita gapaikan
Semarakkan Api cinta di hati Agar gemilang
Untuk mu pertiwi
Mekar di persada Satu langkah satu hati C/O
Kita gunungkan
Di mana bumi dipijak Di situ langit di junjung Semangat sejiwa
Dizahirkan
Walau di mana berada Makmurnya seiringan Agar teguh tulus ikhlas Malaysiaku
Tanah air yg tercinta
Prihatin selamanya Negara bangsa diutamakan Khidmat diberi dgn penuh rela
Aaa..aaa.aa
Namamu harum di puncak dunia Payung mahkota teras pertiwi Di Persada
Nan Gemilang

Read More

Khamis, 30 April 2020

Duit syiling 1 ringgit Bunga Raya

Maklumat mengenai duit syiling 1 Ringgit Bunga Raya yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling ini dikeluarkan bermula daripada tahun 1989 sehingga 1996. Pada 7 Disember 2005, syiling ini ditarik edarannya oleh BNM dan tidak sah lagi menjadi duit syiling Malaysia.

Duit syiling Bunga Raya mula diperkenalkan ke dalam edaran pada 4 September 1989 dengan tradisi Malaysia sebagai ciri-ciri reka bentuk/tema. Pada awal edaran syiling Ringgit ini, simbol "$" digunakan sebagai simbol denominasi. Namun, pada 14 November 1993, ianya digantikan dengan simbol "RINGGIT".


Pada bahagian belakang nilai denominasi $1 di bahagian bawah dengan bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit di antara nilai denominasi.

1 Ringgit

Pada Bahagian hadapannya tertera ukiran keris sebagai motif utama dengan rekabentuk latar belakang bermotifkan tenunan Songket.

Keris merupakan sejenis senjata tradisional Melayu yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan. Ianya merupakan salah satu lambang utama dalam pentadbiran diraja di Malaysia. Dahulu ianya merupakan senjata, kini keris digunakan dalam istiadat tertentu dan ianya juga merupakan satu hasil karya seni.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 ringgit.
Diameter: 24.50 mm.
Berat: 9.30 gm.
Ketebalan: 2.60 mm.
Komposisi: Cu: 84, Zn: 12, Sn: 4.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.


SENARAI DUIT SYILING 1 RINGGIT BUNGA RAYA:

Tahun Keluaran Mintage (pcs)
1989 20,409,995
1990 80,101,998
1991 169,000,868
1992 139,041,750
1993 178,893,810 ($1 & 1 ringgit)
1994 36,899,026
1995 132,172,580
1996 59,460,000

Tahun tiada keluaran:
Di berhentikan pengeluaran pada tahun 1996 dan tidak sah edaran selepas 7 Disember 2005.

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel; Nilai duit syiling 1 Ringgit mengikut tahun
Read More

Selasa, 28 April 2020

Duit Malaysia Siri Kedua - Bunga Raya

Duit Malaysia siri kedua diperkenalkan ke dalam edaran pada 4 September 1989 dengan tradisi Malaysia sabagai ciri-ciri reka bentuk/tema. Siri duit syiling ini telah direka oleh Low Yee Kheng dan dicetak oleh Kilang Wang Bank Negara di Shah Alam.

Pengumpul duit syiling Malaysia merujuk duit syiling ini sebagai "Siri Bunga Raya". Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan siri syiling ini sebagai "Siri artifak Budaya". Denominasi dikeluarkan adalah 1, 5, 10, 20, 50 sen dan 1 ringgit, sama seperti yang dikeluarkan untuk Duit Syiling Parlimen.

Duit Bunga Raya

Bahagian belakang enam denominasi terbabit mempunyai reka bentuk yang sama. Dengan bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling dan nilai denominasi di bawah. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit.

1 sen

Duit Syiling 1 Sen Bunga Raya
Rebana Ubi adalah sejenis gendang berwarna-warni yang diperbuat daripada kulit tebal berlilitkan rotan dibahagian tepi dan kayu tebak dibahagian bawah. Ia biasanya dipalu secara berkumpulan lima orang di majlis-majlis perkahwinan. Paluan Rebana Ubi juga dilakukan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu. 

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 sen.
Diameter: 17.78 mm.
Berat: 1.74 gm.
Ketebalan: 1.26 mm.
Komposisi: Copper Clad Steel.
The Edge: Plain.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik: Syiling 1 sen Bunga Raya.


5 sen

Duit Syiling 5 Sen Bunga Raya
Permainan Gasing merupakan satu sukan yang menghiburkan di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Ianya popular sewaktu musim padi masak dan dipercayai membawa hasil tuaian yang lumayan. Pertandingan gasing menarik perhatian ramai kerana masing-masing berusaha menewaskan antara satu sama lain.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 5 sen.
Diameter: 16.25 mm.
Berat: 1.41 gm.
Ketebalan: 1.04 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik:Syiling 5 sen Bunga Raya.


10 sen

Duit Syiling 10 Sen Bunga Raya
Papan congkak digunakan untuk permainan tradisional masa lapang dirumah di perkampungan Melayu oleh kanak-kanak dengan menggunakan biji guli. Ianya diperbuat daripada kayu dan mempunyai beberapa lubang. Permainan ini mempunyai beberapa peraturan dan dimainkan oleh dua orang. Papan congkak biasanya diletakkan di atas tikar anyaman tradisional yang banyak terdapat di perkampungan Melayu. 

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 10 sen.
Diameter: 19.40 mm.
Berat: 2.82 gm.
Ketebalan: 1.75 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik: Syiling 10 sen Bunga Raya.


20 sen

Duit Syiling 20 Sen Bunga Raya
Tepak sirih yang diukir cantik digunakan untuk menyimpan daun sirih serta rencah-rencahnya. Ia biasanya digunakan di upacara tertentu dan merupakan satu adat menyambut tetamu di kalangan orang Melayu. 

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 20 sen.
Diameter: 23.59 mm.
Berat: 5.66 gm.
Ketebalan: 1.75 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik: Syiling 20 Sen Bunga Raya.


50 sen

Duit Syiling 50 Sen Bunga Raya
Wau merupakan satu permainan masa lapang yang popular semasa musim berangin terutama di kalangan penduduk pantai timur semenanjung Malaysia. Ianya memerlukan kemahiran, ketangkasan dan pengalaman untuk membuat dan melayangkannya. Wau juga kadangkala menjadi alat perhiasan dinding rumah di Malaysia. 

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 50 sen.
Diameter: 27.76 mm.
Berat: 9.33 gm.
Ketebalan: 2,18 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Huruf Ukir.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik: Syiling 50 sen Bunga Raya.


1 Ringgit

Duit Syiling 1 Ringgit Bunga Raya
Keris merupakan sejenis senjata tradisional Melayu yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan. Ianya merupakan salah satu lambang utama dalam pentadbiran diraja di Malaysia. Dahulu ianya merupakan senjata, kini keris digunakan dalam istiadat tertentu dan ianya juga merupakan satu hasil karya seni. Rekabentuk latar belakang bermotifkan tenunan Songket.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 ringgit.
Diameter: 24.50 mm.
Berat: 9.30 gm.
Ketebalan: 2.60 mm.
Komposisi: Cu: 84, Zn: 12, Sn: 4.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.
Info lanjut mengenai mintage, tahun tiada keluaran dll, sila klik: Syiling 1 Ringgit Bunga Raya.
Read More