Isnin, 1 Julai 2013

7 anggapan salah bukan collector kepada kita

Sedar atau tidak, mereka yang tidak mengumpul duit lama mempunyai anggapan mereka sendiri kepada hobi ini atau orang yang mengumpul duit lama seperti kita semua. Mereka membuat anggapan dan andaian kerana mereka tidak mempunyai ilmu serta cerita-cerita dari mulut ke mulut yang mereka dengar. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga kepada mana-mana collector di seluruh dunia.

collector

Di sini saya senaraikan 7 anggapan salah bukan collector kepada kita:

1. Pengumpul duit lama ada banyak duit @kaya.
Jika orang yang tidak mengenali anda bertanya apa hobi anda dan anda menjawab mengumpul duit lama. Ada kemungkinan keluarnya jawapan "Ini mesti banyak duit kan sebab tu boleh kumpul duit lama". Mereka ini mungkin banyak kali melihat atau membaca berita mengenai duit lama yang berjaya di lelong jutaan ringgit. Padahal kebanyakan dari kita memulakan hobi ini dengan apa yang diwariskan kepada kita dan juga duit syiling edaran yang kita temui. Untuk mereka yang mengumpul duit lama perak, ada yang mengikat perut untuk membeli sekeping syiling. Malahan, ada juga syiling yang kita perolehi hasil daripada "Swap" dengan kawan-kawan collector. Apabila dah minat, kita pasti akan cuba untuk mendapatkan duit syiling yang kita hajati bukan? Memang ada pengumpul duit lama yang kaya tetapi kebanyakannya hanyalah orang biasa.


2. Duit lama berusia lebih 100 tahun berharga tinggi
Jika bukan collector terjumpa duit lama yang berusia lebih daripada 100 tahun (dengan hanya melihat pada tahun yang ada pada duit syiling tersebut). Mereka secara automatik akan terfikir yang duit itu mesti berharga mahal dan boleh dijual dengan harga yang sangat tinggit. Pemberita yang sibuk mencari rating juga ada kalanya tidak kisah jika cerita mengenai duit berharga berjuta ringgit itu betul atau tidak seperti kisah di Betulkah syiling lama bernilai tinggi? Jika dulu pemberita suratkhabar berkongsi kepada kita berita yang betul tetapi sekarang ini pemberita suratkhabar dah macam majalah tabloid "Mastika" pulak. Buat cerita semata-mata nak kejar pembeli suratkhabar. Duit itu palsu pun tak kisah yang penting ada cerita sensasi.


3. Semua collector itu kedekut
Dapat duit baki nasi lemak pun asyik belek-belek duit baki tu, takut tak cukup ke? Bukannya banyak pun setakat duit syiling sahaja. Itulah tanggapan bukan collector apabila melihat gelagat kita. Walhal kita membelek duit syiling itu untuk melihat jika kita ada mendapat syiling "keydate" dari duit baki tersebut. Perbuatan pelik kita itu biasanya disalah anggap oleh mereka. Ramai dari kita yang tidak kisah serta tidak sedar orang memandang kita membelek duit baki.


4. Tahun pada syiling adalah umur duit lama tersebut
Bagi bukan collector, usia duit syiling tersebut adalah berdasarkan tahun yang dilihat mereka ada pada duit syiling itu. Mereka tidak tahu ada syiling yang dibuat dibuat lewat daripada tahun yang tercatat pada duit syiling itu. Ada juga "duit syiling" palsu yang dibuat dengan tarikh/tahun yang mengingatkan kepada sejarah tertentu seperti duit syiling Yasin yang menjadi trend kepada bukan collector. Siap ada cerita simpan duit Yasin ni boleh jumpa bunian lagi. Hahahaha....


5. Apa sahaja yang bulat adalah duit syiling
Bukan collector tak kenal apa itu medallion (sebut medal nanti dorang ingat lain pulak) dan juga token. Bagi mereka jika jumpa tertulis "MALAYSIA" pada sekeping logam yang bulat dan kelihatan seperti duit syiling mesti berharga tinggi. Kadang-kala medal yang baru sahaja dibuat (tahun di medal tu tulis 1957) pun dibeli oleh mereka sebab penjual kata duit itu "rare". Dah beli baru nak tanya dengan kita mengenai medallion yang dibeli tersebut. Apabila kita terangkan kepada mereka apa yang mereka beli itu bukan "duit syiling" dan tidak "rare" serta tidaklah semahal yang mereka sangkakan marah kita balik. Duit syiling biasanya ada nilai denominasi, tahun dan juga negara pengeluarnyanya pada duit syiling tersebut.


6. Semua duit syiling lama dibeli oleh collector
Tengok sahaja di Mudah.my, beratus orang menjual duit 50 sen tahun 1967, 1968 atau 1969 pada harga beribu ringgit. Padahal duit itu hanya duit syiling security edge yang bagi kebanyakan collector hanya mempunyai harga biasa-biasa sahaja kecuali untuk syiling yang mempunyai kondisi Brilliant Uncirculated yang agak sukar ditemui untuk tahun tersebut. Ramai daripada mereka yang tidak tahu collector mencari duit syiling pada tahun tersebut untuk syiling yang mempunyai milled edge sahaja. Itu belum termasuk mereka yang menawarkan duit syiling tahun 1971 sebab kononnya dicari oleh collector. Padahal kebanyakan daripada kita mencari 10 sen 1971 sahaja.


7. Tidak pernah terfikir didunia ini ada duit palsu
Biasanya apabila ada keluar berita atau artikel mengenai duit syiling Amerika yang dijual dengan harga berjuta US Dollar akan ada bukan collector yang menghantar sms atau email kepada saya bertanyakan mengenai duit syiling "rare" yang ada didalam simpanan mereka. Apabila kita nyatakan yang duit mereka itu palsu mereka tidak akan percaya. Malah, ada yang terus menghubungi akhbar dan mengeluarkan kenyataan yang mereka juga ada duit yang serupa seperti yang dikeluarkan didalam suratkhabar. Pelik bin Ajaib, pemberita biasanya akan menyiarkan cerita tersebut. Bagi bukan collector, duit palsu untuk syiling yang mempunyai tahun "rare" itu tidak wujud barangkali. Hahahaha....