Rabu, 13 Mei 2015

Variety syiling 10 sen 1971

Secara umumnya, ramai para pengumpul duit lama yang sudah mengetahui mengenai die variety yang terdapat pada syiling 10 sen 1971. Di dalam artikel ini, saya cuba berkongsi maklumat mengenai ciri-ciri bagi setiap variety syiling tersebut supaya anda mudah untuk mengenalinya.

10 sen 1971

Ada orang yang cuba untuk melengkapkan kesemua variety dan ada juga yang tidak kisah yang penting beliau mempunyai syiling tersebut. Itu keputusan anda sendiri, saya cuma berkongsi mengenai ciri-ciri setiap variety tersebut.

Daripada mana mulanya cerita 10 sen 1971 V2
Cerita itu timbul apabila Sifu Dickson Niew mula berkongsi dengan rakan-rakan collector semua mengenainya di blog beliau; 10 sen 1971 die variety. Menurut beliau, duit syiling 10 sen untuk tahun tersebut ada dua variety. Pada acara lelongan MNS No.150 bertarikh 18 Disember 2011, harga duit syiling tersebut yang hanya pada kondisi EF telah terjual pada harga RM360 sedangkan ada syiling yang mempunyai gred BU dijual dipasaran pada harga RM360 (pada masa itu). Duit syiling EF itu adalah daripada variety 1.

Apa itu Die Variety?
Ianya adalah duit syiling dengan perubahan dalam reka bentuk biasa dengan duit syiling biasa yang dimaksudkan untuk edaran., Biasanya disebabkan oleh kesilapan dalam penyediaan atau penyenggaraan die duit syiling tersebut. Kadang-kadang kita boleh melihat duit syiling pada tahun yang sama mempunyai sedikit perbezaan pada rekabentuknya.

Selalunya newbies salah faham, mereka ingat nak buat duit syiling itu perlukan satu die sahaja dan boleh cetak berjuta duit syiling dengan satu die. Sebenarnya yang biasa digunapakai di Malaysia, die itu digunakan hanya untuk lebih kurang 5,000 keping syiling sahaja. Oleh itu, untuk kes syiling ini, ada kemungkinan beberapa die digunakan. Nak tahu apa itu die, boleh lihat pada gambar di post; Nak buat duit palsu, apa yang dipegang oleh pegawai polis itu (bulat berwarna hitam) adalah die.


CIRI-CIRI SETIAP VARIETY 10 SEN 1971


10 sen 1971

Duit Syiling 10 sen 1971 V1
1. Permukaannya lebih gelap dan malap, dikeluarkan untuk tujuan edaran.
2. Sisinya adalah berbentuk "bevel" dan tidak lurus. (Sila lihat gambar-Bevel V1)
3. Kemungkinan untuk mendapatkannya pada gred UNC atau BU adalah amat sukar.

malaysia coin

Duit Syiling 10 sen 1971 V2
1. Permukaannya lebih berkilat dan biasanya ditemui pada gred UNC atau BU.
2. Sisinya adalah berbentuk lurus. (Sila lihat gambar-Square V2)
3. Pada perkataan MALAYSIA di belakangnya ada dot yang sangat kecil. Terletak di antara L'A.

10 sen 1971 V3

Duit Syiling 10 sen 1971 V3
1. Permukaannya lebih gelap dan malap, dikeluarkan untuk tujuan edaran.
2. Sisinya adalah berbentuk "bevel" dan tidak lurus. (Sila lihat gambar-Bevel V1)
3. Kemungkinan untuk mendapatkannya pada gred UNC atau BU adalah amat sukar.
4. Apa yang membezakannya dengan Variety 1 adalah tanda lekuk atau garisan seperti tangga disebelah dalam angka 0 pada nilai denominasi 10 sen.


Duit Syiling 10 sen 1971 V4?


Duit Syiling 10 sen 1971 V5?