Harga duit syiling 50 sen mengikut tahun

Harga duit syiling 50 sen agak sukar untuk saya dapatkan kerana ada di antaranya yang tidak ada dipasaran. Saya terpaksa bergantung kepada jualan-jualan online untuk mendapatkan harga pasaran. Duit syiling 50 sen tahun 1969, 1971, 1979, 1985, 1986, 1987, 1989, 1993, 1994, 1995 dan 1996 adalah di antara syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama. Duit syiling 50 sen juga ada yang mempunyai extra dot untuk tahun 1979 dan juga 1988. Tidak juga lupa, syiling "Milled Edge" yang mempunyai harga sangat tinggi daripada syiling-syiling yang lain untuk tahun 1967, 1968 dan 1969. Ramai bukan kolektor yang silap faham, mereka ingatkan duit syiling 50 sen berparit atau belah tepi yang mempunyai harga tinggi dipasaran, sebenarnya pengumpul duit lama mencari duit 50 sen milled edge ini. Harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sekeping kerana agak sukar untuk menemuinya. Selain itu, apa yang istimewanya mengenai duit syiling 50 sen adalah syiling 50 sen 1988 bunga raya dan juga tahun 2006. Duit syiling 1988 bunga raya ini dapat dilihat di Sasana Kijang tetapi tidak ada sesiapa lagi yang dapat menemuinya di dalam edaran. Manakala duit syiling 50 sen tahun 2006 bunga raya belum ditemui oleh mana-mana kolektor lagi walaupun menurut rekod, ianya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Kepada mereka yang mengumpul duit syiling 50 sen, mesti rasa tak lengkap tanpa duit syiling 50 sen tahun 2006 kan? Harga yang saya kongsikan adalah berdasarkan harga pasaran (setakat 14-11-2012) dan mungkin akan berubah mengikut masa.

50 sen

Artikel ini ditulis untuk berkongsi nilai duit syiling 50 sen Malaysia mengikut tahun kepada mereka yang bukan kolektor. Oleh itu, harga yang saya kongsikan di sini adalah hanya untuk duit yang mempunyai kondisi circulated (telah berada didalam edaran) atau very fine sahaja. Jika anda benar-benar ingin menjadi pengumpul duit lama, perlu sekurang-kurangnya memiliki buku rujukan daripada Steven Tan atau KN Boon. Anda boleh membaca mengenainya di blog saya; Steven Tan 20th edition book atau KN Boon 6th edition book

Jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link http://www.malaysiancoin.com. Saya benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog saya. Jangan lupa untuk Facebook Like atau tweet artikel ini.

Senarai Tahun Keluaran Duit 50 sen Parlimen:
1967 ------>Harga VF=RM4
1968 ------>Harga VF=RM4
1969 ------->Harga VF=RM20
1971 ------>Harga VF=RM5
1973 ------>Harga VF=FV
1977 ------>Harga VF=RM3
1978 ------>Harga VF=RM4
1979 ------>Harga VF=RM5
1979 -Extra dot ------>Harga VF=RM35
1980 ------>Harga VF=RM3
1981 ------>Harga VF=RM2
1982 ------>Harga VF=RM2
1983 ------>Harga VF=RM4
1984 ------>Harga VF=RM4
1985 ------>Harga VF=RM5
1986 ------>Harga VF=RM5
1987 ------>Harga VF=RM5
1988 ------>Harga VF=RM1
1988 -Extra dot ------>Harga VF=RM20

Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 50 sen Parlimen
Source: http://www.malaysiancoin.com.

50 sen milled edge

Harga 50 sen Parlimen Milled Edge:
1967 ------>Harga VF=RM1500
1968 ------>Harga VF=RM1500
1969 ------>Harga VF=RM2300

Senarai Tahun Keluaran Duit 50 sen Bunga Raya:
1989 ------>Harga VF=RM5
1990 ------>Harga VF=RM1
1991 ------>Harga VF=RM1
1992 ------>Harga VF=RM3
1993 ------>Harga VF=RM5
1994 ------>Harga VF=RM5
1995 ------->Harga VF=RM25
1996 ------>Harga VF=RM5
1997 ------>Harga VF=RM2
1998 ------>Harga VF=FV
1999 ------>Harga VF=RM2
2000 ------>Harga VF=FV
2001 ------>Harga VF=FV
2002 ------>Harga VF=FV
2003 ------>Harga VF=FV
2004 ------>Harga VF=FV
2005 ------>Harga VF=FV
2006 -(tidak pernah ditemui lagi)
2007 ------>Harga VF=FV
2008 ------>Harga VF=FV
2009 ------>Harga VF=FV
2010 ------>Harga VF=FV
2011 ------>Harga VF=FV

Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 50 sen Bunga Raya.
Source: http://www.malaysiancoin.com.

Kepada bukan kolektor yang tidak memahami mengenai kondisi duit syiling mereka, bolehlah membaca mengenainya di post saya; coin pictures grading for newbies. FV bermaksud Face Value atau hanya mempunyai harga pasaran pada nilai muka sahaja. Kepada pengumpul duit lama yang merasakan nilai yang saya kongsikan di sini kurang tepat, anda boleh bertanyakan terus di Facebook page saya. Cuma jangan bertanyakan pada saya nilai untuk duit syiling uncirculated dsb. Jika anda serius untuk mengumpul duit lama atau ingin membuat pelaburan didalam duit lama, beli salah satu buku yang saya nyatakan diatas. Anda perlu ada ilmu numismatik jika anda ingin melabur didalam hobi ini. 

PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ


 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.