Friday, December 29, 2017

Tempahan online untuk syiling peringatan

Hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penyediaan kemudahan tempahan dalam talian (online) bagi jualan wang peringatan yang dikeluarkan oleh BNM. BNM memulakan kemudahan tempahan dalam talian ini lebih awal daripada perancangan berikutan minat orang ramai yang amat menggalakkan terhadap wang peringatan yang dilancarkan baru-baru ini.

duit bnm

Tempahan Online yang julung kalinya diperkenalkan oleh BNM ini adalah untuk:

Orang ramai boleh membuat tempahan mereka di https://duit.bnm.gov.my mulai 29 Disember 2017 hingga 19 Januari 2018, pukul 1.00 petang.

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah.

Keputusan tempahan akan diumumkan pada 25 Januari 2018 di www.bnm.gov.my dan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia serta pejabat BNM di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

Sekiranya terdapat tempahan yang berlebihan, undian akan dibuat. Semua tempahan akan dipertimbangkan dan tiada keistimewaan diberikan pada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan.

Had Tempahan
Bagi memberikan peluang yang sama rata untuk membeli wang peringatan edisi terhad ini menerusi sistem tempahan dalam talian, had pembelian bagi setiap pembeli telah ditetapkan seperti berikut:
  • Wang Kertas 60 Tahun Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu; Sekeping RM600, Sekeping 3 dalam 1 RM60 & 5 keping RM60
  • Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV; Sekeping Perak Berwarna, Sekeping Tembaga, 3 keping Emas Nordic dan satu set 2 dalam 1.
  • Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia; Sekeping Perak Berwarna, 3 keping Emas Nordic dan satu set 2 dalam 1.
Pengambilan Tempahan:
Pembeli yang berjaya boleh membayar dan mengambil tempahan mereka dalam dua peringkat seperti berikut:
  • 25 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018: Wang Kertas 60 Tahun Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Syiling Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia.
  • 22 Februari 2018 hingga 28 Februari 2018: Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV.

Tarikh akhir pengambilan semua wang peringatan adalah pada 28 Februari 2018.

Lokasi pengambilan:
  • Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum).
  • Pejabat-pejabat Bank di seluruh negara (hari bekerja biasa).


Pembeli perlu menunjukkan sendiri bukti pengenalan diri yang sah (MyKad bagi warganegara Malaysia dan Pasport bagi bukan warganegara Malaysia) semasa mengambil wang peringatan.

BNM juga akan membuat lelongan wang kertas yang mempunyai nombor siri istimewa dan duit syiling peringatan emas bersempena dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada 10 Mac 2018 di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Lelongan akan dikendalikan oleh jurulelong bertauliah yang dilantik oleh BNM.

Wang kertas yang akan dilelong termasuklah wang kertas dengan semua nombor sirinya sama (contoh: MRR0000888); wang kertas bernombor siri berturutan (contoh: MRR0001234); dan wang kertas dengan nombor siri istimewa yang lain (contoh: MRR0001957, MRR0002017, MRR0000060, MRR0000600, MRR0006000 dan MRR0060000). Maklumat lanjut mengenai lelongan ini akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh lelongan.


Tarikh-tarikh Penting
  • 29 Disember 2017: Tempahan Dalam Talian Dibuka
  • 19 Januari 2018: Tempahan Dalam Talian Ditutup
  • 25 Januari 2018: Pengumuman Keputusan Tempahan
  • 25 Januari 2018: Pengambilan Bermula bagi; Wang Kertas Peringatan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia
  • 22 Februari 2018: Pengambilan Bermula bagi Duit Syiling Peringatan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V
  • 28 Februari 2018: Pengambilan Semua Wang Peringatan Ditutup
  • 10 Mac 2018: Lelongan Awam