Sabtu, 13 April 2013

1 ringgit 1971 London Mint

Ramai daripada bukan collector yang tak tahu dan tak faham tentang duit syiling 1 ringgit 1971 London Mint. Macamana nak periksa jika duit syiling 1 ringgit yang mereka ada tu ditempa di London Mint? Adakah harga duit London Mint tu mahal sampai ada yang jual RM5,000 sekeping?

Walaupun Sifu Dickson Niew ada menerangkan mengenainya di blog beliau; Malaysia 1 ringgit Minted in UK. Ada yang masih tidak faham kerana artikel tersebut ditulis didalam bahasa Inggeris. Memang ramai yang bertanya kepada saya mengenai perkara ini dan kebetulan baru-baru ini apabila saya berjumpa dengan Sifu Dickson Niew, ada seorang "anak muridnya" turut bertanya perkara yang sama.

$1 1971

Kebanyakan daripada bukan collector silap faham yang harga syiling London Mint sangat mahal, sebenarnya harganya hanya sekali ganda daripada duit 1 ringgit 1971 Shah Alam. Jika harga duit syiling Shah Alam Mint berharga RM8 sekeping, harga untuk London Mint ini hanyalah RM15 sekeping. Yang jual harga mahal-mahal tu sebab nak kaya cepat kot. Ingat jual beli duit lama ni skim cepat kaya ke? Lebih-lebih lagi yang jual kat mudah.my tu, harga melampau tak ingat dunia. Saya ada kongsikan mengenai penjual duit lama di Mudah.my sebelum ini; Jangan jadikan Mudah.my sebagai panduan harga.

Spesifikasi teknikal:
Nilai Muka: $1
Komposisi: Copper-nickel
Berat: 17.00g
Diameter: 33.9mm
Tempaan (Mintage): 2,378,995 pcs (500,000 pcs London Mint)
Ketebalan: 2.55mm
Mint: Shah Alam Mint, London Mint.
Bacaan lanjut di Nilai harga duit syiling 1 ringgit.


Daripada 2,378,995 keping keseluruhan yang ditempa, 500,000 keping adalah duit 1 ringgit 1971 London Mint. Ramai juga bukan collector yang salah faham duit 1 ringgit 1971 ini berharga mahal sedangkan ianya adalah duit 1 ringgit copper-nickel yang paling murah dipasaran sebab jumlah tempaannya yang banyak. Oleh itu, duit syiling London Mint ini juga "Bukan RARE" kerana ianya boleh didapati dengan mudah.

Bagaimana nak membezakan duit syiling 1 ringgit Shah Alam dengan duit 1 ringgit UK?

1. Perkara pertama yang anda perlu lihat adalah perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" di sisi duit syiling 1 ringgit anda. Bandingkan diantara 2 duit syiling 1 ringgit 1971.

London Mint

2. Lihat pada huruf "M". Jika bentuk yang menyerupai "V" pada huruf "M" tersebut sama panjang dengan kaki "M" bermakna ianya adalah duit syiling London Mint. Jika bentuk "V" tersebut berjuntai maknanya ia adalah duit syiling yang ditempa di London Mint (lihat gambar).

3. Tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA" juga lebih cantik dan kemas pada duit London Mint berbanding dengan duit dari Shah Alam Mint.

4. Kedudukan huruf "S" pada syiling London Mint juga adalah agak tinggi dan lebih gemuk sedikit berbanding dengan duit syiling Shah Alam Mint (lihat gambar).

Penerangan Daripada Sifu Dickson Niew mengenai 1 Ringgit 1971 Shah Alam Mint & London Mint:

Ada beberapa lagi perbezaan pada duit syiling tersebut tetapi rasanya cukuplah jika saya kongsikan apa yang mudah dilihat dengan mata kasar. Diharap rakan-rakan semua faham apa yang saya ingin sampaikan didalam artikel ini.