Sabtu, 19 Ogos 2017

Senarai Harga Malaysia Coin Card

Senarai lengkap harga kad Syiling Malaysia atau lebih dikenali sebagai coin card Malaysia. Apa yang dimaksudkan sebagai coincard adalah duit syiling peringatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia didalam bentuk kad yang disertai dengan maklumat mengenai syiling peringatan pada kad tersebut. Ianya mula dikeluarkan pada tahun 2000 dan masih lagi dikeluarkan oleh BNM sehingga kini.

Coincard


Harga pasaran didalam senarai ini dibuat berdasarkan pemerhatian saya di sekitar Lembah Klang pada Julai 2017.

Coin card mempunyai peminatnya yang tersendiri dan ia juga tidak boleh lari daripada spekulasi harga pasaran. Harga pasaran yang dikongsikan didalam ini adalah berdasarkan kepada jumlah penawaran coin card tersebut di Lembah Klang semasa tinjauan harga pasaran dibuat dan juga harga yang ditawarkan oleh penjual. 

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.

Senarai Harga Malaysia Coincard:
Tahun Syiling Unc B.Unc Proof
1967 syiling baru 1967 -1,300-
1990 Duit Malaysia Siri ke-2 -BM 50, En 70-
2000 Thomas-Uber Cup -80-
2000 Bandaraya Shah Alam -110-
2001 Sukan SEA ke-21 (Sea Games) -25-
2002 10th Men's Hockey World Cup -50-
2002 Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XII -100-
2002 45 tahun merdeka 1957-2002 -140-
2003 Non-Aligned Movement (NAM) -50-
2003 Pendidikan-Land Animal series (12 coins) -200-
2003 Langkawi International Maritime & Aerospace -45-
2003 Persidangan Ketua Negara Islam ke-10 (OIC) -30-
2004 100 tahun Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj -80-
2005 30th annual Meeting of IDB -30-
2005 Pendidikan-Bird series (12 coins) -140-
2005 Sidang Kemuncak Asean ke 11 -50-
2006 Songket Seni Warisan Agung -50-
2006 50th Years of Felda -40-
2006 50th Years of Universiti Teknologi Mara -100-
2006 Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK 9) -100-
2006 Pendidikan-Marine Animal & Reptiles  (12 coins) -800-
2007 200 tahun sambutan penubuhan Pasukan Polis -140-
2007 Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIII -120-
2007 50 tahun merdeka 1957-2007 -60-
2008 50 tahun Tentera Udara Diraja Malaysia -50-
2008 100 tahun St. John Ambulans -40-
2009 Ulangtahun ke-50 Bank Negara Malaysia -50-
2009 International Year of Astronomy 2009 -40-
2009 75 tahun-Jubli Intan TLDM -40-
2009 Ulangtahun ke-50 Parlimen Malaysia -40-
2010 125 tahun Keretapi Tanah Melayu -40-
2010 50 tahun Bunga Raya-Bunga Kebangsaan -50-
2010 125 tahun JUPEM -40-
2011 Duit Malaysia Siri ke-3 -20-
2011 50 tahun ulangtahun WWF -60-
2012 100 tahun Pandu Puteri -25-
2012 Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV -40-
2013 50 tahun Muzium Negara -20-
2013 Hari Malaysia ke 50 tahun -20-
2013 80 Tahun ATM-Angkatan Tentera Malaysia -20-
2014 40 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China -20-
2014 75 Tahun Taman Negara Malaysia -15-
2015 ASEAN 2015 -15-
2015 50 Tahun Masjid Negara -15-
2016 Ping Pong Berpasukan Dunia 2016 -15-
2016 50 tahun Yayasan Sabah -15-
2016 Ulang Tahun RTM ke-70 -15-
2016 100 tahun Pandu Puteri Malaysia -15-
2016 50 tahun FELCRA -15-
2017 100 tahun Industri Kelapa Sawit -15-
2017 Sukan SEA 2017 -15-
2017 60 Tahun Arkib Negara -15-
2017 Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV -15-
*Harga didalam Ringgit Malaysia.


PS: Jika anda hendak copy paste senarai dan harga di atas, tolong jangan lupa untuk sertakan link www.malaysiancoin.com.

PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ