Saturday, November 12, 2016

Syiling 25 tahun Merdeka 1957-1982

Pada 31 Ogos 1982, Bank Negara Malaysia telah melancarkan 3 jenis duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-25 tahun. Syiling peringatan 25 tahun merdeka itu ditempa oleh Royal Mint, United Kingdom dalam bentuk syiling pruf dan juga bukan pruf.

3 denominasi duit syiling dikeluarkan; 500 Ringgit emas, 25 Ringgit perak dan 1 Ringgit Copper-Nickel.

Tunku Merdeka

Pada bahagian hadapan kesemua duit syiling memaparkan imej Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan Merdeka dengan menjulang keris serta menjulang keris dengan berlatar belakang bulan dan bintang dari bendera Malaysia. Perkataan "TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA" dan "MALAYSIA" mengelilingi imej tersebut.

merdeka 25 tahun

Bahagian belakang memaparkan Jata Negara Malaysia di bahagian tengah dengan perkataan "25 TAHUN MERDEKA 1957-1982" di sebelah atas serta nilai muka syiling di bahagian bawah.

Syiling 1 Ringgit Ulang Tahun Kemerdekaan ke-25 Tahun
1 ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 1 Ringgit
Aloi: Copper Nickel
Diameter: 33.40mm
Berat: 16.80g
Mintage Pruf: 15,000 pieces
Mintage bukan pruf: 1,500,000 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling 1 Ringgit)


Syiling 25 Ringgit Ulang Tahun Kemerdekaan ke-25 Tahun
25 Ringgit Perak

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 25 Ringgit
Aloi: Perak .500
Diameter: 42.50mm
Berat: 35.00g
Mintage Pruf: 7,000 pieces
Mintage bukan pruf: 150,000 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling 500 Ringgit Ulang Tahun Kemerdekaan ke-25 Tahun
500 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 500 Ringgit
Aloi: Emas .900 pruf
Diameter: 26.50mm
Berat: 10.26g
Ketebalan: 1.40mm
Mintage Pruf: 1,000 pieces
Mintage bukan pruf: 20,000 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Proof set 3
4,000 sets of RM1, RM25 and RM500
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.