Tuesday, August 21, 2012

Duit syiling 1 ringgit siri kedua

Duit syiling 1 ringgit siri kedua mula diperkenalkan ke dalam edaran pada 4 September 1989 dengan tradisi Malaysia sebagai ciri-ciri reka bentuk/tema. Pada awal edarannya, simbol "$" digunakan sebagai simbol denominasi. Namun, pada 14 November 1993, ianya digantikan dengan symbol "RINGGIT". Hinggakan ada kedai yang tidak mahu menerima duit syiling "1 ringgit" kerana mereka beranggapan ianya syiling palsu. Pada 7 Disember 2005, syiling ini ditarik edarannya dan tidak sah lagi menjadi duit syiling Malaysia kerana masalah wang palsu yang banyak di dalam edaran.

$1 malaysia

keris

Pada bahagian belakang denominasi 50 sen siri kedua mempunyai bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling dan nilai denominasi di bawah. Pada Bahagian hadapannya tertera keris dengan rekabentuk latar belakang bermotifkan tenunan Songket. Keris merupakan sejenis senjata tradisional Melayu yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan. Ianya merupakan salah satu lambang utama dalam pentadbiran diraja di Malaysia. Dahulu ianya merupakan senjata, kini keris digunakan dalam istiadat tertentu dan ianya juga merupakan satu hasil karya seni.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 ringgit.
Diameter: 24.50 mm.
Berat: 9.30 gm.
Ketebalan: 2.60 mm.
Komposisi: Cu: 84, Zn: 12, Sn: 4.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.

Gambar Duit Syiling Malaysia Siri kedua-1ringgit:
syiling lama

seringgit

duit syiling

seringgit emas

Tahun dikeluarkan:
1989: 20,409,995
1990: 80,101,998
1991: 169,000,868
1992: 139,041,750
1993: 178,893,810 ($1 and 1 ringgit)
1994: 36,899,026
1995: 132,172,580
1996: 59,460,000

Tahun tiada keluaran:
Di berhentikan pengeluaran pada tahun 1996 dan tidak sah edaran selepas 7 Disember 2005.